Nak buat cheese cake tidaklah sesusah mana pun. Bahan pun tidak banyak. Cheese Cake atau kek keju, memang menjadi kegemaran ramai terutama anak-anak. Selalunya makan cheese cake di kedai kek dan pastri, lembut dan gebu sahaja.

Kalau ada yang kata nak buat cheese cake susah, cuba buat cheese cake ini yang hanya guna tiga bahan sahaja. Resipi cheesecake yang dikongsikan Nurul Ain Ridzwan ini sesuai untuk mereka yang baru pertama kali nak buat kek. Hasilnya memang puas hati.

RESIPI CHEESECAKE HOMEMADE

Resipi Cheese Cake Gebu, Gebas, Hanya Guna Tiga Bahan Je

BAHAN-BAHAN:

120gm tatura cream cheese
120gm susu pekat manis
3 biji telur gred B
Parutan cheddar cheese | jika suka

CARA MEMBUAT:

1. Pukul cream cheese bersama susu pekat manis hingga berkrim dan tiada ketulan (boleh kurangkan susu jika tidak mahu kurang manis). Boleh guna blender atau mixer.

Resipi Cheese Cake Gebu, Gebas, Hanya Guna Tiga Bahan Je

IKLAN

2. Asingkan putih telur dan kuning. Putar putih telur hingga berkrim (meringue).

3. Masukkan kuning telur dalam adunan cheese yang dicampur susu tadi. Kacau rata.

4. Kemudian campurkan adunan putih telur, kaup balik adunan menggunakan senduk hingga semua bahan bercampur sekata.

Resipi Cheese Cake Gebu, Gebas, Hanya Guna Tiga Bahan Je

IKLAN

5. Tuang dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper.

6. Panaskan ketuhar dengan suhu 150C selama 10 minit, kemudian bakar kek dengan teknik water bath ( isi loyang berisi adunan kek dalam loyang lebih besar berisi air).

7. Bakar pada suhu 160 C selama 30 minit dengan api atas bawah. Rendahkan suhu kepada 150 C untuk 25 minit seterus atau hingga masak (bergantung kepada oven anda gunakan).

Resipi Cheese Cake Gebu, Gebas, Hanya Guna Tiga Bahan Je

IKLAN

8. Untuk pastikan ia masak atau tidak, boleh cucuk dengan lidi. Tengok sama ada tekstur masih melakat atau tidak pada lidi. Jika tidak melekat, ia sudah masak.

9. Tutup api dan biarkan dalam oven 15 minit dengan pintu oven terbuka sedikit baru keluarkan.

10. Keluarkan dari ketuhar dan boleh hiaskan atasnya dengan parutan keju Cheddar. Kalau nak larutkan parutan keju boleh masukkan dalam oven sekejap. Tanpa topping pun kek ini sangat sedap ye.

Resipi Cheese Cake Gebu, Gebas, Hanya Guna Tiga Bahan Je

INFO: Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang pertama kali nak cuba buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.

Kredit: Nurul Ain Ridzwan

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI