Resipi Chicken Bone Broth Yang Sihat Dan Sedap Untuk Si Kecil

Share

Resipi Chicken Bone Broth yang sihat dan sedap untuk si kecil! Sangat berguna kalau nak buat makanan untuk anak-anak kecil supaya makanan lebih berperisa dan sedap.

Paling penting tiada apa-apa bahan perasa tambahan dan sememangnya selamat. Resipi ringkas dari Azreen, boleh membantu ibu yang ingin membuat sendiri chicken bone broth.

Nak buat resipi ni memerlukan masa yang panjang. Dinasihati untuk mula masak pada awal pagi. Azreen reneh broth ni dalam 3 jam macam tu. Lagi lama lagi bagus sebenarnya.

BAHAN-BAHAN :

– 3 batang daun celery (dipotong kecil)

– 4 biji tomato (dipotong dadu)

– 2 sudu besar Unsalted butter

– 1 biji bawang besar (dihiris)

– 5 ulas bawang putih (dihiris)

– 2 biji bawang merah kecil (dihiris)

– 1 sup bunjut

– 10 ketul ayam di bahagian tulang

– 1 batang lobak merah (dipotong kecil)

– 1 biji halia (dihiris)

– 2 sudu kecil jus perahan lemon

CARA-CARANYA :

Cairkan unsalted butter dalam periuk besar. Api perlahan ya.

Masukkan bawang putih, bawang merah, bawang kecil dan halia. Tumis sampai naik bau.

Masukkan segelas air dan kacau.

Masukkan ayam.

Masukkan tomato, celery dan lobak merah. Masukkan segelas air dan kacau hingga sebati. Biarkan ia masak selama sejam. Selepas sejam, masukkan jus perahan lemon dan sup bunjut. Kacau lagi.

Biarkan ia reneh dalam dua jam.Tapis broth tadi dan masukkan dalam food containers.

Biar ia sejuk dulu sebelum masuk ke peti ais.

Sudah siap #homemadebabyfood #chickenbonebroth

 

IKLAN