
Sesetengah anak tengok nasi pun dah tak mahu. Apatah lagi nak makan kan? Disebabkan masalah ini ibu dah habis idea nak pujuk anak makan. Mungkin bagi anak yang tiada masalah memilih makan, ibu masak apa pun semua ok.
Selagi ibu boleh berkreatif dengan makanan, tak salah untuk cuba tarik minat anak. Mungkin awal-awal anak makan sikit je tapi lama-kelamaan dia mula minat dan sukakan menu yang berkhasiat baginya.

Apa kata kali ini ibu cuba resepi Chicken Rice Ball dari Puan Fazariana Mohd Ali bagi memberikan kepelbagaian dalam menu anak. Menggunakan bahan yang mudah dan boleh siap dalam masa 30 minit.

RESEPI CHICKEN RICE BALL
BAHAN-BAHAN
Daging ayam kisar
Bawang besar*
Bawang putih*
Lobak merah*
Halia -diparut
Lada hitam -ditumbuk
Garam
Beras

CARA-CARA
- Bahan * dipotong dadu, kemudian campurkan daging ayam kisar, halia, lada hitam, garam/perasa. Gaul sebati.
- Bulatkan bahan-bahan yang telah digaul tadi menjadi bebola kecil.
- Kemudian golekkan di atas beras yang telah dicuci bersih.
- Kukus bebola dalam 15 – 20minit. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!
SUMBER: Fazariana Mohd Ali
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak Tak Nak Makan Sebab Dia Kenyang Susu! Doktor Kongsi Cara Latih Anak Suka Makan

Perkara yang mama paling risau adalah anak menolak untuk makan tetapi asyik minta susu.
Sebenarnya anak menolak untuk makan kerana ada kaitan dengan susu yang mereka minum. Tapi kenapa? Ikuti perkongsian dari doktor ini.

8 TIPS LATIH ANAK MAKAN DAN KURANGKAN MINUM SUSU
1. Berikan kata dua pada anak. Makan dulu baru susu. Selagi tak makan, tak ada susu.
2. Ibu bapa harus sepakat dan hati kental. Jangan ada yang mengalah bila tengok anak menangis dan protes taknak makan.
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)
3. Bila anak dah rasa sendiri yang dia lapar kalau tak makan, dan susu tak ada sebagai pengganti makanan, anak akan belajar untuk makan.
4. Berikan 2 menu makanan, dan berikan anak kuasa untuk memilih. Contohnya, “Abang nak makan nasi ayam atau bihun sup malam ni?”. Jangan tanya terlalu umum seperti “Abang nak makan apa malam ni?”, nanti dia jawab nak aiskrim pula hehehe.
5. Pilih susu segar / penuh krim / susu tanpa gula. Anak tak perlukan lagi susu formula setelah 2 tahun ke atas. Nutrisi akan diperoleh dari pemakanan yang sihat.
6. Ajar anak minum susu dalam cawan. Kalau anak bergantung pada botol untuk tidur, berikan hanya untuk tidur. Boleh kurangkan jumlah sedikit demi sedikit.
7. Berikan masa yang spesifik di mana anak seharusnya berhenti botol. Contohnya dari awal harus katakan pada anak “Abang bila dah masuk 3 tahun, tak perlu susu botol dah. Abang dah besar, boleh minum dari cawan saja macam ibu”. Selalu ingatkan, sampailah pada hari tersebut, harus terus berhenti.
Beli lah cawan dengan design paling disukainya sebagai motivasi. Kalau anak belum bersedia, boleh anjakkan tapi berikan syarat seperti kurangkan jumlah / jarakkan selang sehari. Sehingga anak boleh terima dan rasakan sebenarnya botol itu tak penting.
8. Tapi jangan la pula gantikan susu dengan makanan instant seperti roti, biskut dan jajan. Lagi kurang nutrisi anak nanti. Kalau susah nak sediakan makanan khas untuk anak, berikan apa yang kita makan. Biasanya anak-anak akan lebih cepat lapar berbanding kita yang dewasa, sentiasa sediakan jajan sihat / buah-buahan untuk dikunyah.
*Ikuti tips ini yang dikongsikan oleh doktor aimi, Insyaallah, akan nampak hasilnya. Apabila anak sudah pandai makan, mudahlah ibu bapa tidak perlu lagi pening-pening mahu pergi beli susu formula banyak-banyak lagi. Kos juga dapat dikurangkan. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Sumber : Dr Aimi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini. Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi Kek Coklat Kukus Paling Mudah. Hasilnya Moist Habis!

Kek coklat kukus adalah salah satu juadah yang amat mudah disediakan. Bahan-bahannya mudah untuk didapati dan rasanya yang sangat sedap membuatkan kek coklat kukus antara hidangan yang mendapat tempat di hati ramai.
Bagi yang ingin mencuba resipi mudah, ikuti perkongsian ini.
Resipi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan minyak
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
2 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 sudu essence vanila
Cara Penyediaan:
- Campur minyak, serbuk koko dan tepung gandum dan kacau sampai sebati menggunakan guna whisk atau senduk. Kemudian masuk kan Baking soda dan juga baking powder. Kacau lagi.
- Seterusnya masuk kan susu cair dan juga essence vanila dan teruskan kacau supaya sebati.
- Selepas sebati dan adunan tidak berketul, masuk kan pula telur, susu pekat dan juga gula dan kacau lagi sehingga betul-betul sebati. Sebati ok bukan sejati.
- Diah guna kan bekas plastik dadih yang bersaiz kecil tu dan untuk satu adunan kek kukus ni boleh dapat dalam 17 bekas.
- Tuang adunan hanya separuh atau suku sahaja kalau nak letak topping. Kek ni akan kembang dengan jayanya.
- Tutup je bekas plastik tu dengan penutup dia masa kukus dalam pengukus.
- Kukus kek dalam anggaran 20 minit.

- Siap.
Kredit: rodiah amir
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Buat Lubang Masa Nak Goreng, Baru Cantik” Wanita Ini Kongsi Resipi Donut Guna Sukatan Cawan

Kadang-kadang rasa geram bila buat donut tak segebu yang kita nak kan? Kalau mama nak resipi donut yang gebu boleh ikuti resipi mudah ini.

Kita pandai buat donut kampung je🙈
Bahan-bahan:
1/2 cawan air suam
1/2 paket mauripan
1 sudu gula
1 sudu susu pekat
(campurkan n biar smpi yis kembang)
2 cawan tepung gandum
1 sudu marjerin
1 biji telor
Garam secubit
Cara penyediaan;
(Gaul smpi sebati semua ni,masukkan air yis tadi sikit-sikit,tak cukup tambah air suam,uli smpi doh tak lekat kat tangan,doh jangan keras,lembut je..biarkan 40minit atau sampai doh naik sekali ganda)
Bulatkan ikut size yang nak,biarkan naik sikit,boleh la goreng..minyak panas,api sedang-sedang je. Saya suka buat lubang sebelum goreng,tak suka buat lubang awal,nanti lubang tak cantik..cara saya la😄
Kredit: Imah Akma
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


