Anak kadang-kadang ada harinya tak nak makan nasi. Sebagai ibu, kita perlu pelbagaikan menu untuk si manja. Yang penting menu yang disediakan cukup khasiatnya yang diperlukan oleh si manja. Kalau anak tak nak makan nasi, mama semua boleh cuba resipi Chicken Rice Ball yang mudah ini, tetap menggunakan nasi sebagai bahannya.
Ada masalah anak tak mau makan nasi? Anak tak mau suap sebab nak pegang sendiri pulak? Bolehlah buatkan Chicken Rice Ball macam #NadhifMateen makan ni
Ads
Bahan-bahanya;
? Nasi ? Dada ayam ? Lobak (potong dadu) ? Telor ? Tepung Faiza (sikit je untuk golek2) *tak letak pun takpe ? Blend kasar manja2 je (nasi + telor + lobak + ayam) ? Bentukkan bulat2, golek2 kat tepung & bekukan atau chiller ? Goreng atau kukus
Ads
Anak ummi nak masuk 11 bulan + 2 batang gigi. Ummi punya bebola terbeso sikit jadi kenalah tolong belahkan bebola tu kecik sikit sebelum dia makan.
Tercari-cari pencuci mulut yang sedap tetapi paling senang hendak disediakan, triffle puding cocktail ini antara manisan yang cukup mudah disediakan. Hanya kacaukan sahaja adunan hingga mendidih dan tuangkan ke atas lapisan kek. Cukup mudah.
Resipi ringkas tapi sedap yang dikongsikan oleh Sharla Rose ini menggunakan kek gulung, kastard, jeli serta paling sedap disekalikan dengan cocktail buah-buahan yang membuatkan puding bertambah enak rasanya. Ringkas tapi cukup mudah dan sedap. Nak tahu macam mana rasanya enaknya, jom cuba!
Nak pulangkan pinggan jiran-jiran, tak tahu nak balas apa, so harini kita bagi dessert je. Buat untuk anak-anak sekali.
TRIFFLE PUDING COCKTAIL
Bahan-bahan untuk 1 adunan:
1 roll kek gulung (tak kisah perisa apa-apa pun)
1 tin buah cocktail
1 paket kristal jelly (saya guna perisa Red Berry, Epal, Manggo)
5 sb tepung custard
1 tin susu cair
Gula ikut sesedap rasa
Selasih (optional)
1. Potong dan susun roll cake dalam bekas. Tuang air buah cocktail sikit-sikit menggunakan sudu ke atas kek yang disusun dalam mangkuk.
2. Masukkan susu cair ke dalam periuk sehingga mendidih, bancuh 400ml air dengan 5 sudu tepung custard.
3. Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair yang dah mendidih tadi. Kacau atas dapur hingga kental dengan api yang perlahan.
4. Sentiasa kacau supaya tak hangit. Dah agak kental, curahkan atas kek yang dah susun tadi. Ratakan.
5.Tuang buah-buahan cocktail atas lapisan custard. Ratakan. Boleh tambah selasih kalau suka.
6. Masak kristal jelly dengan 400ml air, sedikit gula. Dah larut semua tapis curah perlahan-lahan atas lapisan cocktail. Masukkan dalam peti sejuk.
Done!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amalan pemakanan sihat perlu dimulakan sejak usia kecil lagi. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak untuk mengamalkan pemakanan sihat supaya mereka tahu kepentingan penjagaan pemakanan untuk kesihatan tubuh badan dalam jangka masa panjang.
Memperkenalkan anak-anak makan makanan sihat memang memerlukan kesabaran kerana tidak semua jenis makanan tersebut akan digemari oleh si kecil.
Selain ikan, ayam, daging sebagai sumber protein, makanan laut seperti udang merupakan sumber protein yang sangat penting dalam diet.
Dr Rizal Abu Bakar yang terkenal di facebook gemar berkongsi tip-tip pemakanan sihat dan makanan yang bagus untuk dimasukkan dalam diet sekeluarga, kali ini berkongsi kebaikan udang dalam diet makanan.
Antara yang terkini dikongsi oleh Dr Rizal adalah udang yang bukan sahaja sebagai sumber protein tetapi juga rupanya mengandungi tinggi kandungan Selenium.
Selenoprotein sangat penting. Nama lain, selenium.
Selenium juga tinggi dalam seafood contohnya tiger prawns.
Selenium adalah anti oksida paling efektif untuk kekalkan sel sihat dan bantu hasilkan DNA.
Bekalkan hampir 100% keperluan selenium harian. Paling padu, selenium dalam udang ni senang diserap ke dalam tubuh. Hampir 80 ke 85%.
Cakap pasai udang, kena include sekali kandungan zink. Untuk sistem imun. Untuk kuatkan tulang.
Ini resepi mudah buat udang berlado: – 500g udang harimau – 5 biji limau kasturi
Bahan kisar:
– 1 senduk kecil cili kisar
– 4 ulas bawang putih
– 6 ulas bawang merah
– 5 biji tomato ceri
– 1 inci halia
Bahan iringan:
– 3 sudu besar puri cili
– 1/2 sudu besar serbuk kunyit
– Garam bukit secukup rasa
– Gula kelapa secukup rasa
– Daun ketumbar
Caranya pun mudah:
1. Siang udang. Perah jus limau kasturi. Perap selama 1 jam.
2. Untuk hilangkan rasa dan bau hanyir.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan kisar. Goreng sekejap.
4. Kecilkan api dan masukkan udang.
5. Masukkan serbuk kunyit, puri cili, gula dan garam.
6. Kacau hingga sebati.
7. Masukkan daun ketumbar. Gaul rata selama 2 minit.
8. Tutup api, siap untuk dihidang.
Mesti susah hati kita bila berat badan anak berada di bawah paras normal setiap kali dibawa menjalani pemeriksaan di klinik. Doktor dan jururawat juga akan ‘membebel’ kenapa berat badan anak tak naik mengikut jadual sepatutnya sedangkan anak tiada masalah makan dan menyusu.
Mengapa ada bayi (6 bulan ke atas) atau kanak-kanak yang masih tetap kurus dan berat badannnya berada di bawah paras normal walaupun mempunyai selera makan yang baik? Berikut antara penyebabnya yang mungkin dialami oleh si manja anda.
a. Faktor genetik.
b. Kemampuan mengunyah dan menelan yang belum sempurna.
c. Keletihan kerana terlalu aktif.
d. Jangkitan saluran kencing.
e. Masalah anemia kekurangan zat besi.
Apabila anda sudah merawat masalah yang menjadi punca kepada berat badan anak tidak bertambah, maka lakukan pula beberapa tip bagi menambah berat badan mereka. Apa pun ia mesti dirujuk kepada pakar pemakanan yang bertauliah terlebih dahulu.
1. Berikan tiga kali hidangan makanan utama (karbohidrat, sayur dan lauk) dalam sehari dan dua kali kudapan yang terdiri daripada buah-buahan, roti dan biskut.
2. Masukkan hidangan menu berasaskan daging lembu sebagai makanan utama untuk anak. Ini kerana daging mengandungi zat besi yang tinggi. Tetapi jangan bagi anak minum susu selepas makan daging kerana susu menghalang penyerapan zat besi dalam badan. Sebaiknya hidangkan jus buah yang mengandungi vitamin C kerana ia membantu penyerapan zat besi.
3. Tambah satu sudu kecil minyak zaitun extra virgin ke dalam hidangan makanan anak yang sudah siap dimasak. Minyak zaitun kaya dengan kandungan lemak. Minyak zaitun extra virgin yang tidak bersuhu tinggi dan tidak menggunakan bahan kimia dalam proses pembuatannya sangat sesuai ditambah ke dalam makanan si kecil.
4. Gandakan kandungan karbohidrat dalam menu utama anak. Contohnya hidangkan nasi dan sup ayam yang turut mengandungi kentang dan makaroni.
5. Hidangkan buah-buahan yang tinggi kalori seperti pisang dan avokado sebagai kudapan anak.
6. Berikan anak snek tambahan seperti roti, biskut atau pisang satu jam sebelum dia tidur.
7. Penggunaan mentega juga boleh membantu merangsang penambahan berat badan anak. Gunakan ia untuk menggoreng telur atau roti.
Walaupun anda berusaha untuk menambahkan jumlah pengambilan karbohidrat dalam menu anak tetapi perlu tetap mengekalkan gizi yang seimbang iaitu mesti ada hidangan protein, zat besi dan vitamin dalam menu hariannya.
Berikut adalah 15 jenis makanan yang berupaya membantu menambah berat badan bayi dan kanak-kanak.
1. Susu penuh krim
2. Yogurt penuh krim
3. Keju
4. Pisang
5. Ragi
6. Avokado
7. Keledek
8. Telur
9. Ubi kentang
10. Mentega
11. Ghee
12. Mentega kacang
13. Minyak zaitun
14. Kekacang
15. Ciku
Semoga pertambahan berat badan anak berlaku dalam keadaan yang sihat. Sentiasa pastikan anak mendapat segala khasiat makanan yang diperlukan untuk membesar dengan sihat dalam menu hariannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.