Resipi Cuppiza Sarapan Anak Super Pantas, Boleh Jimat Masa Mama, Guna Lebihan Roti Je!

Share

Tidak kira ketika hari bersekolah atau dihujung minggu, menyediakan sarapan yang super pantas pastinya menjadi kegemaran mana-mana ibu. Maklumlah cara menyediakannya menjimatkan masa malah langkahnya juga mudah. Pun begitu jangan hanya yang mudah tetapi pastinya juga khasiatnya kepada anak-anak kita.

Resipi Cuppiza yang disediakan oleh Eyqa Roslan ini mama boleh cuba. Hanya gunakan lebihan roti yang digabungkan bersama telur, mayonis dan sosej. Satukan sahaja semua bahan dan bakar. Memang mudah dan super pantas! Jom ikut langkah yang dikongsikannya.

 

Harini saya nak share 1 resepi simple dan cepat! Cuppizza, hehe taktau nak bagi nama apa. Sesuai untuk parties, breakfast or bekal roadtrip dalam kereta. Kalau roti tak habis, bila buat ni..silap-silap kena beli roti baru. Hehe

Bahan bahan untuk 5 ketul cuppiza:
Roti 3 keping
Telur 3 biji
Hotdog 2 (kalau nak)
Bawang holland
Mayonaise 1 sudu besar

Potong semua bahan-bahan tu bentuk dadu dan nipis-nipis.

Gaulkan dalam mangkuk kemudian masukkan dalam bekas cupcake atau muffin.

Panaskan air fryer 5 minit suhu 180 C. Bakar selama 10 minit, suhu 160 C.

Siappp!

IKLAN