Menu simple seperti daging goreng kunyit sudah semestinya menjadi pilihan waktu berbuka atau bersahur. Bukan hanya mudah cara membuatnya bahkan rasanya yang sedap buat ia sentiasa jadi pilihan.
Pun begitu memasak daging goreng perlukan tipnya agar lebih lembut dan sedap. Perkongsian resipi Aisyah Humaira ini anda kena cuba.
Air tangan resipi ayahnya ini turut menambah halia yang ditumbuk. Ia dikatakan membantu menyedapkan lagi daging kunyit. Yang ni wajib cuba!
Ads
Daging goreng kunyit resipi ayah Zie. Dia suka yang garing tapi liat-liat lembut. Kalau ayah goreng daging mesti kami berebut kunyah meratah. Sedap! Sebab letak benda tu kot.
Bahan-bahan:
1 mangkuk daging dihiris nipis
1 sudu kecil penuh serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk kari daging
1 sudu besar halia yang ditumbuk lumat (ni rahsia daging lebih berperisa dan sedap)
Garam, maggi cukup rasa secukupnya
2-3 sudu besar air
Ads
1. Satukan semua bahan ni.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng hingga masak.
Ads
3. Jika suka boleh masukkan sayur kegemaran ketika daging hampir masak seperti kacang panjang, cili padi atau lobak merah.
Memulakan makanan pejal adalah satu detik penting dalam perkembangan bayi. Ia bukan sahaja berkaitan dengan keperluan nutrisi yang meningkat, tetapi juga merupakan langkah awal dalam pembentukan tabiat makan sihat sepanjang hayat. Namun, persoalan besar yang sering timbul dalam kalangan ibu bapa adalah: “Bila masa yang sesuai untuk mula?” Artikel ini akan membimbing anda dalam memahami tanda-tanda kesediaan bayi, jenis makanan pertama yang sesuai, serta tip untuk memulakan pemakanan pejal secara selamat dan sihat.
Bilakah Bayi Bersedia untuk Makanan Pejal?
Menurut pakar pediatrik dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), makanan pejal boleh diperkenalkan sekitar umur 6 bulan. Namun, bukan semata-mata berdasarkan usia, tetapi juga berdasarkan tanda-tanda kesediaan fizikal dan perkembangan bayi, antaranya:
Bayi boleh duduk dengan sokongan yang baik.
Kawalan kepala yang stabil.
Menunjukkan minat terhadap makanan, seperti cuba mengambil makanan orang dewasa.
Mengurangkan refleks menjelir lidah secara automatik, yang menunjukkan bayi tidak lagi menolak makanan keluar dari mulut.
Jika bayi belum menunjukkan tanda-tanda ini, adalah lebih baik untuk menunggu sedikit masa lagi walaupun telah mencapai umur 6 bulan.
Kenapa Tidak Boleh Awal atau Terlalu Lambat?
Memperkenalkan makanan pejal terlalu awal (sebelum 4 bulan) boleh meningkatkan risiko:
Tercekik
Masalah penghadaman
Risiko alahan
Sementara memperkenalkan makanan terlalu lewat (selepas 8 bulan) pula boleh menyebabkan:
Kekurangan zat makanan (zat besi dan zink)
Kesukaran untuk menerima tekstur makanan
Masalah perkembangan oral motor
Jenis Makanan Pertama yang Sesuai
Makanan pertama haruslah mudah dihadam, rendah risiko alahan dan kaya dengan zat. Antara pilihan terbaik ialah:
✅ Bijirin bayi yang diperkaya zat besi
Contohnya: beras atau oat yang dicampur dengan susu ibu atau formula.
✅ Sayuran yang dikukus dan dilenyek
Lobak merah, labu, ubi keledek.
✅ Buah-buahan lembut
Pisang, avokado, epal kukus yang dikisar.
✅ Protein haiwan (selepas beberapa minggu permulaan)
Ayam, ikan, hati yang dimasak lembut dan dikisar.
Nota penting: Perkenalkan satu jenis makanan pada satu masa, dan tunggu 2-3 hari sebelum memperkenalkan yang baru untuk mengesan sebarang alahan.
Cara Memulakan dengan Selamat
Perkenalkan secara perlahan-lahan – Mulakan dengan 1-2 sudu kecil sehari.
Gunakan tekstur yang sesuai – Lenyek halus atau kisar. Tingkatkan tekstur secara beransur.
Pantau reaksi bayi – Lihat jika ada tanda alahan seperti ruam, muntah atau cirit-birit.
Teruskan penyusuan susu ibu/formula – Makanan pejal adalah pelengkap, bukan pengganti.
Elakkan garam, gula dan madu – Terutama sebelum usia 1 tahun.
Pastikan kebersihan – Peralatan, tangan dan makanan mesti bersih untuk elak keracunan.
Antara soalan lain yang sering kali ditanya:
1. Bolehkah saya buat puri sendiri di rumah? Ya, sangat digalakkan. Anda boleh kawal bahan dan pastikan tiada garam atau gula tambahan.
2. Adakah bayi perlu minum air semasa makan? Sedikit air boleh diberi semasa makan untuk bantu menelan, tapi susu tetap keutamaan.
3. Bila boleh beri makanan bertekstur kasar? Sekitar umur 8-10 bulan, bayi biasanya sudah bersedia untuk makanan yang dilenyek kasar atau dipotong kecil.
Permulaan makanan pejal adalah satu perjalanan yang menyeronokkan dan mencabar bagi ibu bapa. Dengan pendekatan yang sabar dan penuh perhatian, anda boleh membantu anak anda membina asas pemakanan yang sihat dan seimbang. Ingatlah, setiap bayi berkembang pada kadar yang berbeza – jangan bandingkan, tetapi peka dengan keperluan dan respons si kecil anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zaman sekarang, cara kita mengurus dan membina didikan anak lelaki memang perlu diubah 360 darjah. Ancaman terhadap fitrah anak bukan lagi hanya datang dari luar rumah malah ada yang ‘masuk’ melalui telefon bimbit, permainan digital, video kartun dan juga kandungan media yang kelihatan tidak berbahaya.
Semuanya berlaku secara halus, perlahan dan tanpa disedari. Ini menjadikan didikan anak lelaki sangat penting untuk diperkukuh sejak kecil.
Seorang bekas guru berkongsi panduan yang sangat bernilai tentang bagaimana ibu ayah boleh melindungi anak lelaki sebelum mereka terjebak dalam pergaulan yang merosakkan iaitu songsang. Gaya didikan hari ini perlu lebih bijaksana, lebih rapat dan lebih strategik.
Di sini Pa&Ma himpunkan semula 7 cara penting yang boleh mula dipraktikkan hari ini juga sebagai sebahagian daripada didikan anak lelaki moden.
Ramai ibu ayah lebih fokus ajar anak perempuan tentang keselamatan tubuh, tetapi sebenarnya anak lelaki juga perlu ilmu yang sama. Didikan awal ini adalah pertahanan pertama mereka.
Ajar anak lelaki tentang Body Safety Literacy:
Anak yang ada ilmu keselamatan tubuh lebih sukar dimanipulasi dan lebih cepat sedar bila seseorang cuba mengambil kesempatan.
Anak lelaki yang jauh dari ibu ayah cenderung mencari perhatian di luar rumah. Inilah ruang paling berbahaya kerana bukan semua yang nampak ‘baik’ itu benar-benar ikhlas.
Jadi, sejak kecil, jadilah:
Bila hubungan rapat, dunia luar payah ‘masuk’. Bila hubungan renggang, pengaruh luar masuk tanpa halangan. Hubungan kuat menjadi asas kukuh kepada didikan anak lelaki yang sihat.
Anak lelaki yang tidak jelas identiti diri sangat mudah dipengaruhi sesiapa sahaja.
Mereka mudah hanyut bila:
Identiti lelaki dibentuk melalui:
Bila identiti kuat, anak sukar dipengaruhi atau ditarik ke arah pergaulan songsang. Faktor ini sangat besar dalam membina didikan anak lelaki yang kukuh.
Ini bahagian paling kritikal. Unsur songsang sekarang muncul dalam:
Skrin adalah pintu paling mudah untuk masuknya pengaruh merosakkan.
Lakukan Digital Shielding:
Ibu ayah bukan polis, tetapi coach dunia digital anak-anak.
Kawan adalah cermin dan pengaruh paling kuat.
Kawan baik → perangai ikut baik.
Kawan pelik → perangai pun berubah pelik.
Perhatikan:
‘Circle’ anak boleh menentukan masa depan mereka stabil atau sebaliknya.
Topik seksualiti dan pergaulan songsang bukan lagi topik tabu. Jika ibu ayah diam, anak akan belajar dari media atau rakan dan itu jauh lebih berbahaya.
Gunakan:
Bila pintu komunikasi terbuka, anak tidak perlu cari jawapan di tempat yang salah.
Kita tak mampu pantau anak 24 jam. Kita tak boleh tapis semua konten. Kita tak boleh baca apa yang mereka fikir. Tetapi Allah boleh.
Doa khusus untuk anak lelaki:
“Ya Allah, peliharalah anak lelaki ini daripada fitnah akhir zaman.
Jauhkan dia daripada kecelaruan fitrah.
Lindungi maruahnya, akhlaknya, hatinya dan fikirannya.
Jadikan dia lelaki yang Engkau jaga, bukan lelaki yang dunia rosakkan.”
Membesarkan anak lelaki pada zaman moden bukan lagi sekadar memantau tetapi membimbing, melindungi, membina identiti dan menyertai dunia mereka. Gabungan hubungan rapat, disiplin digital, komunikasi terbuka dan doa adalah kunci utama kepada didikan anak lelaki yang berkesan untuk melindungi mereka daripada pengaruh songsang.
Terbaru, pelakon dan usahawan Yana Samsudin memaklumkan dirinya sedang hamil enam bulan. Berkongsi berita itu kepada umum ketika majlis pelancaran produk minuman susu oat jenamanya iaitu Bagoos yang berlangsung di KLCC.
Menurutnya tiada niat untuk menyembunyikan kehamilan cahaya mata ketiganya itu, sebaliknya lebih selesa untuk tidak menghebohkan kepada umum.
Berbeza dengan kehamilannya sebelum ini untuk anak yang pertama dan kedua, suami berkongsi berita gembira tersebut. Namun untuk anak yang ketiga ini Yana akan maklumkan bahawa dirinya tengah hamil jika ada yang bertanya dan lihat perubahan fizikal saya.
“Memang cara saya daripada anak pertama dan kedua bila usia dah tujuh lapan bulan baru hebohkan pada orang ramai. Sebabnya saya kan ada PCOS (sindrom ovari polisistik) yang saya tak tahu tarikh subur. Saya pula dah tiga kali keguguran.
“Bagi saya, kalau masih awal hamil itu kalau tak cakap pun tidak apa lagi kot. Tiada niat pun tak nak beritahu, siapa nampak saya tidak menidakkan. Alhamdulillah dah enam bulan, insya-Allah hujung bulan Januari atau awal Februari tahun depan saya bersalin,” jelasnya.
Dalam masa sama, Yana turut berkongsi pengalaman dengan mendedahkan dirinya mengalami alahan yang teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital beberapa kali untuk kandungan kali ini.
“Saya alami alahan yang sangat teruk. Siang malam rasa susah nak bangun. Baring je selalu, nak makan pun tak lalu sangat. Sampai banyak kali juga masuk keluar hospital.
“Masuk air dalam badan banyak kali, masukkan vitamin juga. Sampai dah masuk kandungan lima bulan baru okay sikit. Dah la masa lima bulan tu saya diuji juga dengan Influenza A,” kongsinya lagi yang akan melahirkan zuriat ketiganya itu dengan kaedah pembedahan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!