Resipi Kek Chiffon Pandan Naik Elok & Gebu, Air Tangan Orang Lama, Tak Guna Ovalette Pun!

Share

Sesekali hujung minggu, anak-anak mula minta buatkan kek homemade. Ternanti-nanti resipi kek sedap dari ibu, apa kata ubah selera anak-anak dengan kek chiffon panda ni pula.

Bukan sahaja tak susah bahkan paling lembut dan gebu. Jom cuba perkongsian resipi Ummu Ashraf!


Alhamdulillah, siap dah kek chiffon pandan orang lama tanpa guna ovalette. Kek chiffon pandan biasanya sedap dan wangi bila menggunakan daun pandan segar dan pati santan.

Resepi saya terjemahkan dan olah dari blog “I eat, I shoot, I post”.

Bahan:
Bahagian A
6 biji kuning telur
100 gm gula castor
140 ml santan
115 ml minyak jagung
2 sudu besar pati daun pandan (blend 8 helai daun pandan dengan 1 sudu besar air – perah)

Bahan B:
2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil esen pandan
1/2 sudu kecil garam

Bahan Ayak:
180 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
2 sudu kecil baking powder

Pukul kuning telur dan gula castor sampai kembang.

Dalam bekas lain, satukan santan, minyak jagung dan pati daun pandan.

Kacau rata semua bahan B dan masukkan dalam adunan kuning telur. Pukul rata.

Masukkan bahan ayak dan gaul bahan ini ke dalam adunan kuning telur tadi. Kacau hingga tidak berbintil.

Bahan C:
9 putih telur
1 sudu teh jus lemon
100 gm gula castor

Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan jus lemon, pukul hingga kembang.

Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis. Teruskan memukul hingga putih telur bertanduk (macam dalam gambar kedua).

Fold kan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan pandan. Aduk dengan berhati-hati. Masukkan 1/3 lagi putih telur, aduk – ulang hingga habis putih telur. Aduk dengan lembut hingga tak nampak lagi alur-alur putih telur.

Masukkan adunan dalam loyang kek chiffon 10 inci. Loyang jangan diminyakkan. Bakar 55 minit pada suhu 170 darjah C. Letakkan loyang pada bahagian paling bawah oven.

Selepas 30 minit, letakkan aluminium foil di atas kek untuk memastikan kek tidak merekah akibat haba bahagian atas oven.

Menarik: 6 Bulan Ni, Sayalah Paling Bahagia, Rutin Urus Bilal Mencabar Tapi Membahagiakan PU Riz!

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN