Labu sememangnya cukup baik untuk anak-anak kita kerana tinggi khasiatnya dalam tumbesaran anak. Selain puri untuk anak yang kecil, jejari labu kita pelbagaikan dengan kuih tradisional cina pula untuk menu anak-anak dan keluarga.

Nak buat macam mana? Jom cuba menu perkongsian Shahmila Radha.

h

NAN GUA BING (TRADITIONAL CHINESE PUMPKIN CAKE)
Kata kawan saya berbangsa cina, Nan Gua Bing ni memang kuih tradisonal orang cina. Kalau hari cuti dan hari perayaan, memang kuih ni wajib buat. Kulit dia dari tepung pulut dan labu, inti tu selalunya kacang merah atau salted egg.

Rasanya crispy kat luar, cair kat dalam. Lemak manis gitu, tambah pulak roll dalam sesame seeds memang crunchy!

Saya share step by step cara nak buat. Resepi ni dah banyak kali guna, memang mudah dan selalunya menjadi.

Bahan-bahan:
Labu (rebus dan lenyekkan anggaran dalam 2/3 senduk besar
Tepung Pulut (2 senduk)
Gula icing/gula pasir 1 sudu besar

Resipi Kuih Labu Bijan, Siap Inti Kacang Merah, Rangup Di Luar, Cair Di Dalam!

Gaul semua bahan kat atas. Jangan campur dengan air.

Saya suka kuih ni lembut dan rasa labu tu, jadi saya kurangkan tepung pulut. Kalau nak kuihnya keras sikit lebihkan tepung pulut.

IKLAN

Letak pewarna kuning telur sikit kalau nak dia jadi cantik (golden colour) bila goreng.

Resipi Kuih Labu Bijan, Siap Inti Kacang Merah, Rangup Di Luar, Cair Di Dalam!

Doh dia jadi macam ni. Saya suka kurangkan tepung supaya rasa labu tu. Tapi kalau nak keras sikit tambah tepung lebih ok!

Resipi Kuih Labu Bijan, Siap Inti Kacang Merah, Rangup Di Luar, Cair Di Dalam!

Inti kacang merah ni saya beli yang ready made. Buat bulat-bulat macam dalam gambar dan ketepikan. Letak tepung sikit atas tangan, supaya tak lekat bila nak uli nanti. Mula, leperkan dulu dan letak inti kat tengah.

Resipi Kuih Labu Bijan, Siap Inti Kacang Merah, Rangup Di Luar, Cair Di Dalam!

IKLAN

Balut inti tu dan pastikan inti tak terkeluar. Guna inti kacang merah memang senang nak uli sebab dia tak cair.

Resipi Kuih Labu Bijan, Siap Inti Kacang Merah, Rangup Di Luar, Cair Di Dalam!

Bila dah bulat jadi bola, leperkan semula. Jangan risau. Inti tu takkan terkeluar. Ada sebab kenapa kuih ni leper sebenarnya. Bila leper kuih ni akan masak sekata dan inti dalam tu akan melt.

Resipi Kuih Labu Bijan, Siap Inti Kacang Merah, Rangup Di Luar, Cair Di Dalam!

Kuih ni boleh deep fry atau pan fry. Kalau nak kurangkan minyak masa menggoreng pun boleh, guna non stick pan fry dan boleh goreng macam biasa. Api kena sederhana, jangan terlalu kuat, kang dia cepat hangus. Bila dah nampak colour dia turn to golden brown, kena cepat-cepat angkat!

Resipi Kuih Labu Bijan, Siap Inti Kacang Merah, Rangup Di Luar, Cair Di Dalam!

IKLAN

Bila dah siap roll dalam sesame seeds depan belakang. Selepas goreng warna dia akan jadi golden brown colour.

Resipi Kuih Labu Bijan, Siap Inti Kacang Merah, Rangup Di Luar, Cair Di Dalam! Resipi Kuih Labu Bijan, Siap Inti Kacang Merah, Rangup Di Luar, Cair Di Dalam!

Bila dah siap goreng tapis dulu minyak, baru hidang dalam pinggan. Nampak tak inti dia cair! Makan panas-panas memang ngam!

Selamat Mencuba!!

Menarik: Bodygoals Betul, Cantik & Langsing-, Bella Astillah Dipuji Tak Macam Anak Dua

Resipi Kuih Labu Bijan, Siap Inti Kacang Merah, Rangup Di Luar, Cair Di Dalam!

Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).

Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI