Sedapnya dapat makan lepat jagung lepas angkat dari periuk kukus. Paling sedap bila tergigit ketulan-ketulan jagung halus itu. Dapat pula lepat yang lembut. Memang teringat-ingat rasanya.
Keenakan lepat jagung ini bukan sahaja terletak pada rasanya, namun terletak juga pada rupa parasnya yang dibungkus dengan kulit jagung. Jika sebelum ini, cubaan kita untuk membuat lepat sering tertangguh gara-gara tiada daun pisang. Tetapi, kali ini gunakan sahaja kulit jagung itu sendiri yang dicuci bersih.
Resipi Lepat Jagung, Tak Perlu Guna Daun Pisang
BAHAN-BAHAN:
2 tongkol jagung (disagat/ guna mincer atau kisar dengan santan)*
1 tongkol jagung (dihiris halus)*
1 cawan santan ( ¾ santan pekat dicampur ¼ air)*
½ cawan tepung beras*
¼ cawan tepung jagung*
¼ tepung gandum*
¼ cawan gula*
Secubit garam*
Kuit jagung (dicuci bersih)
Sedapnya Makan Panas-panas
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan bertanda (*) di dalam periuk. Kacau atas api yang sederhana sehingga sebati dan kental.
2. Sementara itu, didihkan air di dalam pengukus. Cedok sedikit bancuhan lepat tadi ke dalam kulit jagung dan kemaskan.
3. Setelah siap, susun lepat dalam periuk kukusan dan kukus dalam masa lebih kurang 20 minit.
4. Sedia untuk dinikmati. Enak dimakan ketika panas-panas.
Kredit: Lily Marion
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Letak Chocolate Coins Dalam Adunan, Kek Coklat Kukus Simple Jadi Lagi Sedap Kebabom!
Wow! Tanpa kepingan coklat pun kek coklat dah cukup sedap, inilah pula ditambah dengan kepingan coklat coins di dalam bancuhan adunannya. Rasa lagi sedap dan padu.
Nak tahu macam mana digabungkan, jom cuba resipi perkongsian Pn Wan Nor Ezzati Fatini. Memang lain macam sedapnya!
Resepi :
3 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
Masukkan semua bahan di atas ke dalam blender dan kisar selama 4-5 minit.
Lepas siap, tapis guna penapis.
Bahan-bahan ayak :
1 1/4 cawan tepung gandum (saya guna superfine flour)
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
Lepas diayak, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan yang dikisar tadi. Kacau guna whisk.
Masukkan adunan ke dalam silicone cups dan letakkan beberapa biji chocolate coins.
Kukus selama 20-25 minit. Pastikan steamer dah dipanaskan terlebih dahulu.
Simple dan sedap. Suami dan anak saya suka sangat. Selamat mencuba!
Menarik: Sedapnya Aiskrim Coconut Shake, Tak Tambah Air Pun, 100 Peratus Air Kelapa, Padunya!
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Just daftar je kat SINI. https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/
FREE je tau Webinar ni!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Biskut Mama Carey 7 Bahan, Cantiknya Warna, Nak Buat Pun Mudah!
Selain biskut Almond London, biskut Mama Carey antara biskut yang cukup digemari oleh semua. Selain warna dan rupanya yang cantik dan sekata, biskut ini juga cukup digemari kerana mudah hendak disediakan. Lorekan cantik di atasnya juga menjadi daya penarik.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Nor Hazwani Ali.
Tak dapat rentas negeri balik kampung, kuih raya tetap buat untuk anak-anak raya kat rumah. Ni kuih raya ke 5 saya. #teamrayadiselangor
Mama Carey
Bahan-bahan:
200g buttercup
1/2 cwn gula kastor ( blend halus )
1 biji kuning telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
2 cwn + 2 sudu besar tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1/2 cwn susu tepung
Pukul butter dan gula hingga sebati
Kemudian masukkan telur & esen vanilla. Pukul lagi hingga rata.
Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung. Gaul dengan tangan dan uli hingga jadi doh yang agak lembut.
Jika adunan lembut sangat tambah sedikit tepung dalam 1 sudu besar.
Simpan dalam peti ais dalam 15 minit, keluarkan dan canai. Jangan nipis sangat, terap dengan acuan yang sesuai. Bakar pada suhu 150c selama 10 minit. Sejukkan dulu sebelum hias.
Topping aicing
1 biji putih telur
3/4 cwn gula icing (di ayak)
1 sudu besar tepung jagung
Pewarna
Menarik: Resipi Kek Sarang Semut Mudah, Tukar Api Atas Bawah, Barulah Jadi Cantik Bersarang
Pukul telur putih hingga kembang kemudian masukkan gula icing & tepung jagung. Pukul lagi dengan high speed hingga likat.
Masukkan dalam piping beg & picit icing atas biskut. Rata dengan jari telunjuk, biar tebal skit ye baru nampak cantik.
Ambil pencungkih gigi celup dalam pewarna hijau & buat 3 line pada biskut dan tarik ke bawah. Celup pula pewarna merah buat 3 titik atas daun dan buat gerakan membulat antara titik-titik untuk corak bunga.
Bakar sekali lagi pada suhu 150c selama 10 minit hingga aising keras.
Siap.
Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak, Ini Apa Yang Boleh Dibuat!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Pukul 12 Malam Pun Belum Tidur Lagi, Ada Kaitan Dengan Pemakanan. Elak Bagi Coklat, Kafein
Jangan ingat orang dewasa sahaja yang mengalami masalah tidur malam, kanak-kanak pun tidak terkecuali juga. Aduh, ibu bapa susah hati fikirkan langkah mengatasi keadaan tersebut?
Masalah tidur malam dalam kalangan kanak-kanak
Umumnya, terdapat beberapa keadaan yang melibatkan masalah tidur malam kanak-kanak. Ia boleh diatasi dengan melakukan penyesuaian rutin waktu tidur mereka.
Walau bagaimanapun, terdapat juga gangguan tidur yang memerlukan perhatian khusus serta rawatan profesional. Ini bagi mengetahui langkah mengatasi masalah yang dialami. .
Langkah mengatasi masalah tidur malam anak
Berikut disenaraikan 6 masalah tidur malam yang sering dialami kanak-kanak serta langkah mengatasi untuk dicuba.
Antara masalah tidur anak adalah:
Insomnia
Biasanya kanak-kanak boleh melelapkan mata dalam tempoh 20 minit setelah berada di tempat tidur.
Tetapi ada juga anak yang kerap mengalami masalah untuk tidur, kekal tidur atau sukar untuk melelapkan mata kembali setelah terjaga. Jika ia kerap berlaku,anak anda mungkin mengalami insomnia.
Ia bukan masalah serius. Namun, keadaan itu boleh mengakibatkan anak letih dan mudah terganggu emosi keesokan harinya.
Langkah mengatasi gangguan ini adalah dengan mengikuti rutin tidur yang baik selama 2 minggu. Ia merangkumi waktu tidur dan bangun yang teratur. Bagi anak yang lebih dewasa, elakkan mereka daripada tidur siang.
Hindari daripada memberikan makanan atau minuman yang mengandungi kafein kepada anak.
Adakalanya masalah tidur malam insomnia ini boleh jadi gejala kemurungan, gangguan kegelisahan atau hiperaktif.
Tidur berjalan
Keadaan ini biasa berlaku pada kanak-kanak berusia 2 tahun sehingga awal remaja.
Ia dipercayai berlaku jika anak terlalu letih, mempunyai suhu badan tinggi atau berasa tertekan mahupun gelisah.
Individu yang tidur berjalan biasanya:
- Mempunyai pandangan kosong
- Sukar untuk bangun pagi
- Tidak mendengar atau melihat sesiapa
- Tidak ingat apa yang berlaku pada keesokan harinya
- Mungkin keliru dengan apa yang berlaku apabila terjaga
Tiada sebab jelas mengapa anak anda tidur berjalan.
Namun berkemungkinan besar kerana mereka terlalu letih, mengalami suhu badan yang tinggi mahupun berada dalam keadaan gelisah dan tertekan.
Mimpi yang menakutkan
Anak yang mengalami mimpi buruk biasanya akan bangun selepas beberapa jam pertama tidur dan menjerit mahupun memanggil ibu bapanya.
Keadaan ini sering berlangsung untuk tempoh beberapa minit dan adakalanya melangkau sehingga 30 minit atau lebih.
Sekiranya anak mengalami mimpi yang menakutkan, ibu bapa sila lakukan perkara ini:
- Jangan kejutkan mereka semasa mimpi itu terjadi
- Kekal bertenang dan bersama anak. Tunggu sehingga anak terjaga
Pastinya ia akan mendatangkan kerisauan pada ibu bapa, kan? Tetapi masalah tidur malam dialami anak ini tidak berbahaya dan merupakan sebahagian daripada fasa tidur yang normal.
Tidur apnea
Kanak-kanak yang mengalami tidur apnea biasanya akan tidur berdengkur dan berhenti bernafas selama beberapa saat ketika melelapkan mata – sekali gus memberi isyarat kepada otak untuk membangunkan mereka.
Kekerapan tidak bernafas diikuti dengan terjaga daripada tidur pada waktu malam, biasanya cenderung membuat anak akan letih dan tantrum pada siang harinya.
Punca berlakunya tidur apnea pada anak adalah tonsil atau adenoid membesar dan membengkak.
Hipersomnia
Merupakan keadaan di mana anak akan tidur lebih banyak daripada biasa pada usia mereka.
Seorang kanak-kanak dengan hipersomnia akan selalu letih walaupun selepas tidur untuk tempoh yang lama, mudah meragam dan cepat marah.
Mereka juga dikatakan kurang daya tumpuan dan mempunyai ingatan yang lemah.
Jika anak anda mempunyai hipersomnia, langkah mengatasi yang boleh dicuba adalah dengan menetapkan rutin waktu tidur malam dan siang untuk beberapa hari.
Jika tiada perubahan, lakukan pemeriksaan doktor.
Mengetap gigi
Sesetengah kanak-kanak akan mengetap gigi mereka saat tidur. Dalam istilah perubatan, masalah tidur malam ini dipanggil bruxism.
Tingkah laku ini juga turut dilakukan saat mereka sedang marah, kecewa ataupun gelisah.
Umumnya, ibu bapa tidak perlu risau jika keadaan ini terjadi sekali-sekala. Tetapi jika ia kerap berlaku, keadaan tersebut boleh menjadi punca kerosakkan gigi atau rahang anak.
Atasi kondisi ini dengan mencuba untuk mengurangkan tekanan mereka. Tetapkan waktu tenang sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tidur tanpa mengira usia anak anda.
Jika gangguan tidur malam menyebabkan kerosakan gigi anak, anda mungkin perlu mendapatkan rundingan doktor gigi untuk membantu mengatasinya.
Kesimpulannya
Tidur adalah keperluan mutlak untuk semua individu, terutamanya bagi anak kecil.
Mereka memerlukan tidur cukup dan berkualiti untuk tumbesaran pembelajaran untuk tumbesaran, pembelajaran dan mengekalkan fungsi tubuh pada tahap yang terbaik.
Jika anda mempunyai kebimbangan mengenai masalah tidur malam yang dialami anak, berjumpalah doktor untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI