Bila anak dah cecah umur 8 bulan, mama boleh berikan si manja kudapan jejari seperti biskut yang sangat bagus untuk melatih motor skil mereka.

Mama boleh sediakan biskut nestum cheese yang sangat mudah dengan hanya menggunakan sukatan cawan sahaja. Yang penting boleh naikkan berat badan anak.

Biskut Nestum Cheese❤️ Sukatan Cawan

Resipi Makanan Bayi 8 bulan, Biskut Nestum Cheese. Sesuai Untuk Naikkan Berat AnakResepi ni mommy boleh olah semula. Ada bahan yang saya letak optional boleh keluarkan kalau untuk resepi baby.

Bahan-bahan:

✅Mentega 250g
✅Cream cheese 100g (tatura)
✅Essence vanila ½ sudu makan
✅Kurma lenyek untuk resepi baby
✅Telur 1 biji gred C
✅Tepung gandum 2 cawan
✅Tepung jagung ½ cawan
✅Nestum original 1 ¼ cawan
✅Chocolate chip( optional)
✅Susu tepung fernleaf fullcream 6sudu besar,nk letak formula pon boleh(optional) tak letak pon biskut tetap jadi😁👍

IKLAN

Resipi Makanan Bayi 8 bulan, Biskut Nestum Cheese. Sesuai Untuk Naikkan Berat Anak
Cara penyediaan:

1. Masukkan mentega, cream cheese, vanila, telur 1 biji, gaul sebati, masukkan kurma lenyek.

2. Masukkan tepung gandum,tepung jagung, baking powder(optional) gaul sebati sampai jadi doh.

3. Masukkan nestum 1 ¼ cawan gaul rata ke dalam doh. Masukkan choc chip(optional)

4. Dah siap gaul, sejukkan 30 minit dalam peti sejuk.

IKLAN

5. Bulatkan saiz 20 sen, salut dengan serbuk nestum, letak dalam tray dan lenyekkan pakai garpu,

6. Panaskan oven 15 minit, masukkan biskut, bakar 15 minit suhu 160-165 , satu tray saya letak 20 biji, sesuai dengan suhu 160-165.

7. Dah siap, sejukkan dan masukkan dalam balang 😁👍

Anggaran dapat 85 biji biskut ni.

IKLAN

Sedap.. memang berkesan naikkan berat anak dan berat mak dia sekali 😂. So macam dalam gambar ni kejadiannya.

Kredit: Liyana Nizam

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Resipi Makanan Bayi 8 bulan, Biskut Nestum Cheese. Sesuai Untuk Naikkan Berat Anak

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI