Tak semua orang suka makan mi kuning kerana sesetengah jenama mungkin terasa pahit dan tidak sedap. Itulah yang ‘potong’ selera nak makan.

Sebenarnya cara seseorang itu menyediakan masakan mi juga mempengaruhi rasanya. Sekiranya tidak dibersihkan dengan elok, kesan kapur akan membuatkan rasanya pahit dan tidak sedap.

Bercerita tentang mi, antara menu yang paling menjadi pilihan dan paling mudah disediakan adalah mi goreng.

Noor Hafiza Mohamad berkongsi resipi paling mudah tetapi rasanya sangat sedap. Jom, tengok!

Mee goreng basah guna Numee yang susah nak kembang dan takda rasa pahit 😀

Ads
Resipi Mi Goreng Basah Melekit, Satu Keluarga Pasti ‘In Love’. Anak-Anak Bertambah Makan!
Sumber foto: Facebook Noor Hafiza Mahamat

Bahan-bahan:
1 paket mee Numee
Udang (ikut suka nak masuk lauk apa ye 😆)
5 sudu sos tiram
5 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
5 sudu kicap manis
3 sudu sos ikan (masin)
2 sudu kecil garam
2 sudu makan gula
Sayur (kangkung, lobak merah, tomato, cili padi ketuk untuk pedas)

Resipi Mi Goreng Basah Melekit, Satu Keluarga Pasti ‘In Love’. Anak-Anak Bertambah Makan!
Sumber foto: Facebook Noor Hafiza Mahamat

Cara Membuat:
1. Goreng udang separa masak dan angkat (supaya udang tak hancur dan terlebih masak dalam kuah.
2. Tumis 2 sudu ibu sambal (cili kering, bawang merah, bawang putih).
3. Masukkan air 600ml.
4. Masukkan semua sos dan kicap.
5. Bila dah menggelegak masukkan sayur-sayuran.
6. Masukkan mee (Numee tak perlu dicuci, ditulis pada paket). Saya celur sekejap dalam air panas, untuk elakkan mee patah bila digaul nanti. Mee keras bila keluarkan dari peti sejuk.
7. Pecahkan sebiji telur dan biarkan jadi scramble (nak pekatkan kuah).
8. Masukkan udang yang digoreng tadi, tutup api dan sedia dihidang.

Ads
Resipi Mi Goreng Basah Melekit, Satu Keluarga Pasti ‘In Love’. Anak-Anak Bertambah Makan!
Sumber foto: Facebook Noor Hafiza Mahamat

Nak makan nanti tabur daun sup, bawang goreng, perah limau dan makan bersama timun.

NOTA:
Saya rujuk 70% resepi Azie Kitchen dan olah ikut bahan yang ada dapur sahaja. Dia guna kicap pekat dan kicap mee. Saya pula tak pernah beli macam-macam jenis kicap. Hanya ada kicap manis 🙈

Ads

Benarlah resipi ni ada banyak versi, ikut kretiviti kita untuk mengolahnya sehingga sesuai dengan selera. Tiada salah dan betul dalam masakan, paling penting bijak seimbangkan rasa. Pasti sedap dan anak-anak pun berselera nak makan!

 

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads