Biskut raya moden yang direka kreatif sememangnya buat kita mudah tertarik. Apa lagi jika digabungkan bersama elemen yang enak dan sedap seperti coklat, badam dan sebagainya.

Gabungan coklat m&m antara yang cukup menarik perhatian anak-anak kita. Biskut M&M Cookies yang dihasilkan oleh Pn Nor Azliza Mohamed ini wajib mama cuba. Mana tidaknya, ia merupakan biskut yang paling laris menjelang raya ini. Wajib cuba!

Resipi M&M Cookies, Bahan Mudah, Nak Buat Pun Senang, Antara Biskut Raya Paling Laris!


Antara cookies yang hot selling dalam list cookies raya mommy ni. Alhamdulillah. Bahan-bahan pun mudah dicari, cara buat pun senang dan rasa pun yummy. Dah banyak kali share dah sebenarnya tapi peminat mommy dok messagge jer tanya resepi cookies ni.

Okey lahh mommy memang bermurah hati nak share lagi sekali untuk manfaat semua ya? Sesiapa berminat nak buat makan-makan atau berniaga terserahlahh. Semoga rezeki kita semua dipermudahkanNya.

M&M COOKIES

Bahan-bahan:
3/4 cwn butter
1/3 cwn gula castor
2/3 cwn gula perang
1 bj telur + 1 bj kuning telur sahaj
1 1/2 sk esen vanilla
2 cwn tpg gandum -diayak
1 1/4 sk baking powder -diayak sekali
1/3 choc chip mini / choc rice ~ optional
Choc m&m secukupnya untuk hiasan

IKLAN

Resipi M&M Cookies, Bahan Mudah, Nak Buat Pun Senang, Antara Biskut Raya Paling Laris!

Mix butter dan gula hingga kembang gebu.

Masukkan telur, kuning telur, esen vanilla dan kacau lagi.

Masukkan bahan-bahan ayak sedikit demi sedikit hingga habis, kaup balik sebati.

IKLAN

Resipi M&M Cookies, Bahan Mudah, Nak Buat Pun Senang, Antara Biskut Raya Paling Laris!

Adunan agak lembik, boleh tambah 2 sudu besar gandum dan masukkan ke dalam fridge 30 minit – 1 jam.

Sudukan atau gentel bulat-bulat doh, susun atas baking tray.

IKLAN

Letakkan choc m&m di atasnya. Bakar 160°c selama 15 hingga 20 minit @ ikut oven masing-masing ya.

Resipi M&M Cookies, Bahan Mudah, Nak Buat Pun Senang, Antara Biskut Raya Paling Laris!

Happy baking uollz!

Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak, Ini Apa Yang Boleh Dibuat

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI