Kek marble antara kek yang menjadi pilihan ramai kerana kesedapan dan kelembutannya. Jika nak beli sekurang-kurangnya RM30 yang bersaiz besar. Tapi jika anda buat sendiri, modal RM30 dah berbaloi sangat.

Bukan saja dapat saiz yang besar, dapat pula buat dalam saiz cup. Jika memang teringin untuk buat dalam saiz cup pun dah berapa banyak dapat untuk satu adunan.

Jadi bagi anda yang ingin mencuba, resipi cup cake marble maratussolehahabaya ini boleh dibuat dengan anak-anak. Bolehlah buat minum petang atau untuk sarapan pagi.

RESIPI MENARIK [Bihun Singapore Style Mak. Nak Sedap Tumbuk Udang Kering, Buat Sambal Kicap!]

Resipi Kek / Cupcake Marble Mudah

Bahan-bahan:

IKLAN

– 550gm butter
– 6 Sudu besar Susu pekat
– 250gm gula castor
– 1 Sudu besar esen vanilla
– 8 biji telur
– 2 Sudu besar ovalette
– 340gm tepung Naik sendiri
– 3 Sudu besar serbuk koko

Kek Marble Paling Sempoi Versi Cup Cake. Puas Makan Satu Keluarga!

Cara-cara:

IKLAN

– pukul butter, Susu pekat, gula, esen vanilla dan ovalette hingga Gebu.
– masukkan telur satu satu hingga habis
– putar rata
– masukkan tepung sikit sikit hingga habis
– adunan dibahagikan dua. Satu bahagian letak serbuk Koko 3 Sudu dan gaul rata.
– Oles Loyang dengan butter. Tuang selang seli adunan Koko dan biasa hingga habis.
– bakar suhu 160c hingga masak. Bergantung pada oven masing masing.
– cucuk dengan lidi pada kek, jika tak melekat adunannya, insyaAllah dah masak sekata.

Kek Marble Paling Sempoi Versi Cup Cake. Puas Makan Satu Keluarga!

Nota

IKLAN

Adunan ni dapat 1 Loyang 9×9 dan 16 biji cupcake. Puas makan satu family, insyaAllah.
Semoga Bermanfaat. Silakàn share

Kredit: maratussolehahabaya

RESIPI WAJIB CUBA [Ayam Goreng Ala KFC Dengan Keriuk-Keriuk Super Rangup, Punyalah Sedap, Anak Makan Sampai Licin]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI