Resipi Mudah Ikut, Tat Nenas Melaram Siap Ada ‘Aksesori’. Cantik Rupa, Sedap Rasa!

Share

Salah satu kuih raya yang menjadi kegemaran ramai adalah tat nenas. Rasa lemak kulit tat dengan jem nenas yang masam-masam manis, buat tak cukup makan sebiji. Tat nenas ni ada macam-macam versi, jenis gulung atau yang ditekap dengan acuan dan jem diletakkan di sebelah atas.

Resipi yang dikongsikan oleh Raja Azura ini sangat menarik kerana rupa tat nenasnya lain sikit. Sejenis tat gulung tetapi yang menarik adalah hiasannya yang comel.

Sumber foto: Facebook Raja Azura

Ikuti perkongsian resipi ini.

RESIPI TAT NENAS MELARAM

Tat Nenas melaram nama di beri🌹
Guna 💯 buttercup buku 😋😋💕
Bau semerbak wangi 1 umah 😍😍

Sumber foto: Facebook Raja Azura
Bahan-bahan:

250grm butter
40grm gula aicing
40grm tepung jagung
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
300grm tepung gandum
Jem nenas secukupnye
Sedikit pewarna hijau.
Kuning telur untuk sapuaan
Bunga hiasan

Baca Juga:

Biskut Cornflakes Letak Cip Coklat, Rangup-Rangup. Jadi Rebutan Kalau Hidang Pagi Raya!

Sambal Tumbuk Tempe, Lauk Tambah Nasi. Sesuai Buat Hari-Hari Terakhir Sahur. Memang Sedap!

Resipi Rendang Ayam Versi Ibu Pantang. Ada Letak Daun Cekur, Memang Sedap Betul!

Cara Membuat:

1. Campurkan butter, gula dan esen vanila. Gaul sebati dan masukkan kuning telur.
2. Masukkan tepung jagung Dan gaul hingga sebati masukkan tepung gandum sedikit2 hingga menjadi doh yg lembut.
3. Masukkan doh di dalam bekas kedap udara elak doh kering.
4. Asingkan sedikit doh dan letakkan sedikit pewarna hijau untuk hiasan.
5. Terap dan sapu kuning telur lilit dengan doh hijau dan hias dgn bunga.
6. Bakar 170c 30-32minit api atas bawah.

Sumber foto: Facebook Raja Azura

Selamat mencuba semua 😘💕

Sumber foto: Facebook Raja Azura

Kalau macam ni punya cantik, nak makan pun tak sampai hati. Resipi tat nenas ni tak jauh beza dengan yang lain, cuma hiasannya itu membuatkan ia lebih istimewa.

Bukan saja sesuai dibuat untuk sambutan Aidilfitri, tapi boleh juga dijadikan idea hantaran atau untuk diberikan kepada insan tersayang.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN