Bila dah masuk hari-hari terkahir berpuasa ni, kita dah semakin teruja nak beraya. Waktu bersahur pun kalau boleh nak masak yang ringkas tapi masih membangkit selera.

Maklumlah, nak makan awal pagi ni kadang-kadang tak berselera. Sebab itulah kita lebih sukakan menu mudah seperti nasi goreng, sambal sardin ataupun ikan masin. Dah cukup nak buat makan bertambah!

Seperti yang dikongsikan oleh snfkitchen_90, resipi Sambal Tumbuk Tempe ini memang nampak menyelerakan. Nak dibuat pun tak susah, yang pasti sedap sungguh kalau diuat waktu bersahur.

Sambal Tumbuk Tempe, Lauk Tambah Nasi. Sesuai Buat Hari-Hari Terakhir Sahur. Memang Sedap!

Sambal Tumbuk Tempe
Lauk tambah nasi

Uolsss… Harini Teha masak :
Sambal tumbuk tempe makan dengan nasi panas2 dan telur goyang2 curah kicap! menambah weh! check it out full recipe kat bawah tau ⬇️

IKLAN

Bahan-bahan sambal:
🌷Tempe
🌷Ikan bilis
🌷Bawang merah
🌷Bawang putih
🌷Cili padi
🌷Cili merah
🌷Garam
🌷Gula
🌷Perahan limau nipis

Baca Juga:

Resipi Ayam Sos Mentega Buat Makan Satu Famili. Sesuai Untuk Ibu Pantang, Memang Sedap!

Resipi Rendang Ayam Versi Ibu Pantang. Ada Letak Daun Cekur, Memang Sedap Betul!

IKLAN

Resipi Lauk Pantang Orang Dulu-Dulu, Ikan Masak Lemak Lada Hitam. Sedap Makan Dengan Nasi!

Makan bersama
🌷Telur mata goyang dan timun

Langkah resepi:
✨Goreng sampai garing tempe dan ikan bilis.
✨Goreng bawang cili sampai keperangan.
✨Tumbuk tempe kasar-kasar, kaup dan ketepikan.
✨Tumbuk bawang cili kasar-kasar.
✨Tumbuk ikan bilis dan masukkan tempe. Gaul-gaul sebati.
✨Perasakan dengan garam dan gula.
✨Perah limau nipis masa nak makan.

Tengok video ini;

IKLAN

Tips:
Bawang merah kena bukak kelopak2 & bawang putih hiris supaya senang nak keperangan masa goreng..yang ni buat sambal lagi kick rasa 😋

Kalau buat sambal ni waktu bersahur memang sesuai sangat. Padankan pula dengan telur goreng yang kuningnya cair, memang terangkat! Inilah lauk yang simple tapi sangat membuka selera, memang best dimakan kalau rasa tak ‘lalu’ sangat di awal pagi.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI