Resipi nuget nasi homemade sesuai untuk anak-anak yang susah makan nasi. Biasanya pilihan anak yang mudah adalah nuget tapi kali ini kita olah jadi makanan yang sihat. Jika tengok anak jenis suka makan nuget, apa kata tukarkan versi nuget sihat untuk mereka.
Resipi nuget nasi yang dikongsikan oleh Puan Widyana Ali ini pasti membuka selera anak-anak yang susah makan nasi. Paling penting padat nutrisi kerana ada nasi, isi ayam dan sayur-sayuran.
RESIPI NUGET NASI HOMEMADE
Bahan-bahannya:
Nasi putih
Isi ayam
Lobak merah
Lada putih
Garam pink himalaya secukup rasa
Sedikit bawang putih
Sedikit daun sup
Ads
Mewah Dengan Khasiat Ayam & Sayur, Anak-anak Mesti Suka
Cara membuat:
Kisar bahan tadi menggunakan food processor. Letak sedikit air panas supaya nasi tadi hancur. Jangan terlebih air.
Bahan untuk salut
Ads
Bahan untuk salut. Sebiji telur. Breadcrumbs. Untuk gluten free boleh guna puffed rice yang dikisar atau macam saya salut guna kelapa parut sangai. Boleh juga guna dessicated coconut. Kalau anak alah telur boleh tukar telur dengan air kosong. Selepas bentukkan celup nuget dalam telur dan golek atas breadcrumbs atau kelapa parut sangai.
Ads
Selepas dicelup telur, golek atas kelapa. Susun atas loyang untuk digoreng.
Selepas digoreng. Macam nuget yang biasa dibeli di luar. Kalau makan dengan sos cili homemade mesti anak-anak suka.
Lepas ini, ibu boleh cuba ya. Bukan sahaja pembuka selera untuk anak, paling penting anak yang alah telur pun boleh makan.
Menikmati sepotong kek keju terasa takkan puas kerana terlalu enak. Apa kata kita cuba hasilkan sendiri di rumah kerana hendak membuatnya cukuplah mudah.
Resipi Japanese Cheesecake Fluffy yang dikongsikan oleh Pn Ariana Sofea Ahmad ini cukup mudah malah lengkap langkah demi langkahnya. Kek anda pasti menjadi!
Japanese Cheesecake fluffy. Setelah cuba banyak kali inilah yang paling terbaik Ariana share untuk korang. Gebunya boleh tengok video, bergoyang-goyang☺.
Resepi Japanese Cheesecake Fluffy
Bahan-bahan:
250g cream cheese
80ml fresh milk
30g butter
60g tepung kek
5 biji telur gred B
150g gula halus
1sk air jus lemon
Air panas (letak dalam loyang) yang lebih besar
Ni bahan-bahan yang kena masak cara double boil. Cream cheese, fresh milk dan butter.
Mula-mula lenyekkan cream cheese dulu. Dalam masa yang sama didihkan air atas dapur. Bila air dah mendidih, tutup api dan letak bekas cream cheese dan butter. Kacau hingga sebati dan cair.
Masukkan pula fresh milk dan kacau hingga sebati dan semuanya cair. Dah siap letak dalam mangkuk.
Ayak tepung kek dan kacau dan gaul sebati.
Asingkan kuning dan putih telur. Masukkan kuning telur sahaja dan pukul hingga sebati dalam adunan tadi.
Dalam bekas lain masukkan putih telur, gula dan air jus lemon. Mix hinggal kembang dan kental. Bila terbalikkan, adunan tak jatuh.
Tuang kesemua adunan cheese tadi ke dalam adunan yang di mix tadi. Kaup balik guna spatula hingga sebati.
Ambil loyang 8 inci dan lapik baking paper. Tuang kesemua adunan dalam loyang. Boleh tengok video cara nak tuangkan adunan supaya tiada angin dalam adunan. Hentak-hentak loyang supaya tak ada ruang kosong.
Bakar cara waterbath. Ambil loyang lebih besar dan letak air panas. Jika guna loyang yang boleh buka kat bawah kena rapping loyang dengan aluminium foil supaya air tak masuk dalam adunan. Air panas kalau kering kena tambah.
Loyang petak Ariana ada lubang kecil dan bagi mengelakkan air menitik kat oven, ariana lapik dengan aluminium foil. Bakar selama 40 minit dengan suhu 150°c, lepas tu sambung bakar lagi 40 minit dengan suhu 120°c.
Oven setiap orang tak sama, 15-20 minit terakhir kena tengok samaada bahagian atas dah burn atau masak, jika dah masak boleh pendekkan tempoh membakar tapi kalau tempoh membakar dah habis tapi belum masak, boleh tambah masa lagi, tapi hanya menggunakan suhu 120°c sahaja bagi mengelakkan Japanese Cheesecake retak dan terlebih burn bahagian atas.
Bila dah masak terbalikkan. Sebelum tu, hentak-hentak bahagian tepi loyang bagi kek rengang dari tepi loyang. Cara nak terbalikkan, ambil baking paper letak atas kek dan ambil papan kek, terus terbalikkan. Tanggalkan baking paper belakang kek dan letak papan kek dan terbalikkan semula ke bahagian asal. Jangan tekan kuat sangat nanti kek kemek.
Jika Japanese Cheesecake turun sedikit takpe, tapi kalau turun lebih dari 1 inci maknanya belum masak sepenuhnya.
Lepas tu boleh potong. Tips potong kena tekan hujung pisau supaya tak hancur. Bahagian dalam masak elok dan sekata je.
Makanan bayi antara menu yang paling susah untuk difikirkan sebab memerlukan mama untuk kreatif bermain dengan bahan-bahan. Bagi mama yang buntu untuk menyediakan juadah buat bayi anda, anda boleh mencuba resipi donat labu versi bayi yang dikongsi oleh Puan Farisha Sofea.
Resipinya mudah kerana anda hanya memerlukan sukatan cawan sahaja. Bagi bayi yang bawah 1 tahun anda tidak digalakkan untuk menggunakan madu kerana madu hanya sesuai untuk anak atas 1 tahun.
DONAT LABU VERSI BABY
Bahan Bahan:
Bahan A:
1/2 cawan puri labu (dah dikukus & dilenyek)
1 sk madu (1 tahun ke atas)
Bahan B:
1 1/2 cawan tepung gandum tanpa bahan peluntur
1 sb mentega tanpa garam
1 sk yis
1 sb susu penuh krim
Cara Cara:
Satukan Bahan A dan kacau sebati. ketepikan seketika. Di dalam bekas lain , satukan pula Bahan B kecuali susu. Ramas sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan Bahan A dan juga susu tadi. Uli sehingga adunan menjadi doh yang lembut. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bulatkan atau boleh juga dicanai dan diterap menggunakan acuan donat dan ulang proses sehingga selesai.
Rehatkan doh 10 – 15 minit kemudian leperkan doh dan lubangkan.Rehatkan lagi sehingga mengembang dua kali ganda. Sementara itu bolehlah panaskan minyak menggunakan api kecil. Apabila doh telah cukup rehat, gorengkan sehingga keperangan.
Tidak perlu diterbalikkkan banyak kali kerana doh akan menyerap minyak, cukup sekadar sekali dua sahaja. Setelah masak kedua dua bahagian , angkat dan toskan. Biarkan sejuk seketika sebelum digolek dengan susu tepung jika suka. siap, selamat mencuba!
Kuih pau goreng berinti kacang merah sudah semestinya buat kita makan tak cukup satu. Intinya yang penih ditambah dengan doh yang lembut dan sedap buat kita makan bertambah. Sedap!
Doh lagi sedap dengan penambahan susu segar. Lagi sedap dan lembut. Jom cuba resipi perkongsian Pn Ida Zaida.
Bahan A
• 1 paket yis kering mauripan
• 2 sudu besar susu pekat
• anggaran 1 cawan air suam
• 2 sudu gula (Campur semua bahan A dan biarkan sehingga berbuih)
Bahan B
• 4 cawan tepung gandum
• 2 sudu besar marjerin
• 2 sudu teh baking powder
• 1 sudu teh garam (Ramas semua bahan hingga jadi seperti serbuk roti)
Bahan C
• Setengah cawan susu Full Cream/Fresh Milk
Kemudian campurkan bahan A+B+C dan uli. Perap sekejap bagi kembang.
Lepas tu tumbuk buang angin.
Bentukkan doh bulat-bulat dan masukkan inti kacang merah.
Agak-agak doh mengembang hampir 2 kali ganda saiz asal boleh mula menggoreng dengan api sederhana (pastikan minyak betul-betul panas).
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...