Pepes Ayam merupakan hidangan yang berasal dari Jawa Barat. Dibungkus dalam daun pisang dan kemudian dibakar menjadikanya seakan-akank otot-otot tetapi otot kebiasaannya dibuat hanya isi ikan dan kelapa parut. Lain pula dengan pepes kerana pepes ini boleh dibuat menggunakan isi ayam atau isi ikan.
Bagi yang nak mencuba untuk buat sendiri, ikuti resipi ini. Boleh buat untuk berbuka puasa nanti. Selamat mencuba!
Bahan-bahan;
1 biji bawang besar
2 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
5 tangkai cili kering
Sedikit halia
1 Inci kunyit hidup
Sedikit daun kunyit hiris halus
3 ulas bawang putih
3 batang serai
1 kotak santan
1 ketul kiub ayam
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis.
*Semua bahan diblender halus kecuali minyak untuk menumis
Bahan yang siap diblender
Tumis bahan yang diblender sampai naik bau. Masukkan santan.Gaul rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sampai bahan menjadi pekat.
Kisarkan telur dan isi dada ayam tadi. Tak perlu tambah air.
Ayam yang telah dikisar
Sejukkan dahulu bahan yang ditumis tadi.
Campurkan bahan yang ditumis bersama ayam
Kisarkan telur dan isi dada ayam tadi. Tak perlu tambah air. Sediakan daun Pisang. Potong lebih kurang 3×4 Inci. Letak satu sudu makan adunan ayam dan lipat bahagian hujung.
Steplerkan bahagian hujung supaya tak terbuka.
Hasil yang telah dibungkus.
Kukus dalam pengukus lebih kurang 10-15 minit.Dah siap boleh diangkat dan terus di bakar atau difozenkan.
Pepes yang dah siap boleh dibakar di dalam pan atau oven.Bila warna dah coklat keperangan bolehlah di angkat.
Siap untuk dihidang.
kalau tak ada daun Pisang boleh je masukkan dalam loyang yang disapu dengan minyak. Kukus dalam loyang sampai masak.Dah siap baru di potong dan dibakar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain laksa, ada yang suka makan laksam? Kalau anda dan anak-anak peminat laksam dengan kuah lemak, lepas ni boleh buat sendiri di rumah. Kalau beli di kedai tak puas makan.
Ada masa, anda boleh cuba buat sendiri laksam dan kuahnya. Kadang asyik makan nasi pun bosan juga. Langkah nak buatnya sangat senang. Jika kita buat sendiri, barulah puas hati nak makan banyak mana pun.
Ini resipi yang dikongsikan oleh Puan Norsiah Mamat.
Dengan izin Allah dan ilmu hambaNya ini, jua milik Allah, saya nak kongsi cara-cara membuat laksam, ikut gaya saya ya.
Saya halalkan semua rakan yang ingin menggunakan resepi ini.
Resepi Laksam Cikgu Nor untuk satu bungkus tepung seberat 500 gram.
500 gram tepung beras, saya guna sahaja, apa pun cap. Tak ada yang khusus. Semua jadi elok jer.
3 sudu tepung gandum kalau cap biasa atau 5 sudu tepung gandum kalau cap Faiza.
Sudu yang saya guna untuk sukat tepung gandum ni, sudu makan ya. Buh penuh-penuh. Rumbu gituuu…
Laksam akan lebih putih dan cantik kalau guna tepung gandum Faiza.
1500 ml atau 1.5 liter air. Saya buh satu liter air suam dan 500ml, air tapis biasa. Air suam ya, jangan air panas.
Cara-cara nak bancuh tepung
– Masukkan tepung beras dalam bekas yang sesuai, tambahkan tepung gandum.
– Selepas itu, masukkan 1 liter air suam.Kacau sehingga tepung larut. Apabila tepung dah -larut dan tak ada yang berketul-ketul, tambah lagi 500 ml air. Kacau sebati.
– Seeloknya ditapis, sebab biasanya akan ada habuk-habuk dan kutu beras yang terapung selepas selesai membancuh.
– Rehatkan bancuhan tepung dalam kurang lebih 10 minit.
– Selepas itu dah boleh mula mengukus.
– Saya guna tudung periuk dan guna periuk mengukus atau saya panggil ‘kukusan’ untuk mengukus.
– Sebelum mula mengukus, sapukan minyak pada tudung periuk, supaya senang proses menggulung nanti.
– Setelah nampak wap keluar dari kukusan, itu tandanya laksam dah masak. Jangan terus buka selepas nampak wap keluar. Biarkan dulu anggaran dalam satu minit. Bagi laksam tu betul-betul masak.
– Buka tutup kukusan, tengok laksam. Laksam yang masak akan menggelembung masa kita buka. Apabila kita angkat, laksam akan rata semula pada tudung periuk.
– Nak mudah angkat, saya guna sudip kayu yang rata. Hulurkan ke bawah tudung periuk dan angkat.
– Selepas angkat, tegakkan. Tujuan untuk mengalirkan wap air yang ada pada laksam. Untuk mudah, saya guna tray telur. Sebab ada lekuk-lekuk. Untuk kebersihan, saya lapik kertas A4 kosong yang belum guna atas tray telur tu. Nak guna surat khabar lama pun boleh…letak tray telur tu rapat ke dinding. Jadi senang kita nak sandar.
– Biasa paling kurang saya guna 6 penutup periuk untuk dua kukusan. Saya kukus dua keping. Guna tudung periuk pertama dan kedua. Selepas angkat, tegakkan, biarkan sejuk seketika.
– Saya guna tutup periuk ketiga dan keempat. Kukus lagi. Apabila saya angkat tudung periuk ketiga dan keempat. Saya akan masukkan tudung periuk kelima dan keenam.
– Selepas itu, saya gulung laksam tudung periuk pertama dan kedua tadi. Begitulah seterusnya sehingga selesai. Saya guna masa setengah jam untuk kukus 500 gram tepung.
– Minyak pada tudung periuk perlu disapu setiap kali sebelum mengukus laksam untuk kepingan seterusnya.
– Tepung dalam bekas perlu sentiasa dikacau sebelum diambil untuk dikukus.
Saya rasa saya dah bagi step by step. Selamat mencuba. Perkongsian Lillahitaala dan dengan izinNya jua.
KUAH LEMAK LAKSAM (Dapur Cheyah)
10 ekor ikan selayang (rebus dan ambil isi sahaja)
1 kotak santan adabi
3 cawan air putih
5 ulas bawang merah
2 keping asam keping
1 sudu lada hitam (biji lagi ok dan cantik kuah tu tapi cheyah takde letak serbuk je) **Seeloknya tumbuk bagi bijinya hancur atau kalau tak suka nampak biji lada hitam, letak air sikit dan tapis.
2 sudu kecil garam
2 sudu makan gula
– Masukkan santan ke dalam periuk, tambahkan air ke dalam kotak. Campurkan ke dalam ikan dan blanderkan bagi hancur .
– Blanderkan bawang sekali dengan lada hitam. Masukkan dalam periuk. Letak asam keping dan panaskan.
– Masak guna api kecil je. Dah mendidih masukkan gula dan garam. Kacau sehingga ia betul-betul masak.
P/S: Sukatan santan dan ikan boleh ditambah ikut laksam yang disediakan.
CARA BUAT SAMBAL
Cili merah besar, cili kecil, sedikit belacan, perahan air limau kasturi, garam, gula. Campurkan semua dalam blender, blend. Jangan bubuh air, sebab cili besar tu dah banyak air.
Dah siap blend masukkan dalam bekas, potong kulit limau kasturi halus-halus masukkan ke dalam sambal. Pastikan kulit yang lembut atau limau kasturi yang masak. Kalau kulit limau keras, sambal akan jadi pahit. Buat ya, memang sedap.
Ini bahan untuk rempah. 1) Ikan bilis 2) Bawang merah dan bawang putih 3) Belacan 4) Bawang besar dihiris (utk menumis)
Tumbuk semua bahan kecuali bawang besar.
Masa menumbuk tu boleh letak perasa, gula, garam siap-siap.
Kemudian masukkan cili hijau, tumbuklah sampai sedikit halus. Ketepikan.
Tumiskan bawang besar, masukkan semua cili hijau yang ditumbuk tadi. Gaul-gaul sampai masak. Kalau nak tambah perasa boleh, ikut citarasa masing-masing.
Tadaaa, siap dah. Makan dengan nasi panas memang tak toleh kiri kanan dah. Selamat mencuba!
Ubi Getuk Frozen Jadikan Menu Minum Petang. Teringin Nak Makan, Bila-bila Boleh Dinikmati!
Buat mak-mak yang suka menyediakan menu minum petang untuk dinikmati seisi keluarga, bolehlah cuba sediakan ubi getuk yang difrozenkan ini. Tentunya bila sudah ada stok di dalam peti sejuk, kerja menyediakan hidangan semakin mudah dan cepat. Pantang rasa teringin, terus boleh goreng dan dinikmati bersama.
Ubi Getuk Frozen
Bahan-bahan:
2 kg ubi yang sudah kupas kulit
1 biji kelapa parut putih/ 350gm
2 cawan gula pasir( nak lagi manis boleh tambah sikit) terpulang pada citarasa masing-masing.
2 sudu besar tepung gandum.
Cara-caranya:
1.Rebus ubi hingga empuk ( isi garam)
2.Setelah empuk..tos kemudian hancurkan hingga lumat.
3.Tambah kelapa + gula + tepung gandum.
4.Gaul sebati.
5.Timbang setiap doh 20gm.
6.Bulat-bulatkan, pastikan sapu minyak dekat tapak tangan supaya mudah nak bulat-bulatkan.
Ekstra Info : Kuantiti dapat 140biji +-
Tepung salut
Bahan-bahan:
400 gm tepung beras
200 gm tepung gandum
1sudu besar garam
2 biji telur
1 cawan air kapur sederhana keruh.
21/2 cawan air biasa
Sedikit pewarna kuning.
Cara-caranya :
1.Satukan semua bahan hingga larut.
Tips
-Pastikan minyak betul-betul panas.
-Guna api sederhana.
-Setelah letak ubi dalam kuali segera kacau-kacau supaya tak melekat satu sama lain.
-Jangan goreng terlalu lama @ api besar nanti ubi meletop pecah-pecah.
-Goreng sekejap dulu bila sudah sejuk baru beloh pack dan frozenkan.