Makan

Resipi Popcorn Karamel Homemade Masak Guna Periuk, Kudapan Untuk Anak-anak Musim Cuti Sekolah

Share

Popcorn karamel homemade antara kudapan yang sesuai dinikmati anak-anak ketika musim cuti sekolah. Biasanya popcorn menjadi snek ringan yang cukup popular jika pergi menonton wayang.

Resipi Popcorn Karamel Homemade Masak Guna Periuk

Susah sangat ke nak buat pop corn karamel? Jawapannya, mudah sahaja. Dengan hanya menggunakan periuk biasa, mama dan papa boleh hasilkan pop corn karamel enak buat anak-anak. Bolehlah makan sambil menonton televisyen apatahlagi sekarang ini musim cuti sekolah. Pasti best!

RESIPI POPCORN KARAMEL PEKAT HOMEMADE

Bahan-bahan untuk popcorn:

2 sudu besar marjerin
2 genggam jagung kering [bertih jagung]

Cara membuat:

  1. Sediakan kuali/periuk agak besar, cairkan marjerin, masukkan jagung kering, gaul sekata.

2. Tutup kuali/periuk dengan penutup yang sesuai, tunggu sebentar, akan kedengaran pop pop pop berdendang. Siap,ketepikan.

 

 

 

Bahan karamel:

2 sudu besar margerine
7 sudu makan gula pasir
2 sudu makan susu pekat

Kudapan Untuk Anak-anak Musim Cuti Sekolah

Cara membuat:

  1. Masukkan marjerin dan gula ke dalam kuali/periuk, sambil kacau-kacau biarkan mencair. Api kecil sahaja. Jangan sampai hangus nanti jadi pahit.

2. Masukkan susu pekat manis, kacau sebati. Masukkan popcorn dalam periuk karamel. Kacau rata. Tuang popcorn ke dalam bekas lain. Biarkan suam.

3. Selepas itu lerai-leraikan popcorn supaya tidak melekat kuat. Letak atas loyang yang dilapik baking paper. Bakar sekejap popcorn karamel itu tadi supaya lebih rangup. Siap!

 

 

 

Sumber: Julia ALeen Aireish

 

 

 

 

IKLAN