Resipi Popia Carbonara Buat Banyak-Banyak, Boleh Frozen. Nak Makan Terus Goreng

Share

Teringin nak makan popia carbonara atau popia mushroom, boleh buat sendiri. Buat banyak-banyak, simpan dan frozen. Jika anak-anak lapar waktu petang atau malam, terus boleh goreng.

Bagi yang masih belum tahu cara nak membuat intinya, ini cara-cara yang dikongsikan oleh Noraziah Ismail boleh anda cuba. Senang sangat!

Disebabkan susah sangat nak dapatkan sos carbonara sekarang ni maka saya olah guna sup cendawan mushroom ni..rasa lebih kurang je.

POPIA CARBONARA/POPIA MUSHROOM

Resepi:

Sebiji bawang holand/kuning
Bawang putih
Isi ayam/daging *ikut yg mana suka
Sosej
Jejari ketam
Cendawan butang *tak bubuh
1 tin sup cendawan campbell
Fresh milk *tak letak pun takpe untuk lebih creamy saya letak sikit je

Cara-cara:

1) panaskan minyak bersama sedikit butter. Tumis bebawangsss..
2) bila acik bswang dah garing naik bau masukkan isi ayam, goreng sampai kering sikit masukkan sosej


3) sejurus selepas itu tuangkan sos cendawan masak sampai mendidih. Masukkan susu fresh
4) last sekali masukkan jejari ketam

5) kacau rata tutup api.
6) rehatkan inti seketika kalau nampak macam berkuah jangan risau sebab nanti dia akan kering dengan sendirinya.
7) tunggu sejuk sebentar masukkan dalam peti tujuannya untuk tidak bagi kulit popia pecah semasa menggoreng.

8 ) selepas 2 jam boleh la mulakan operasi menggulung.. sediakan tepung campur dengan air sikit untuk jdikan gam

**Untuk sekeping popia saya letak 1 sudu memang ngam-ngam cukup untuk 1 paket kulit popia 50keping tu

** buat banyak-banyak tak apa boleh bagi jiran tetangga. Tak ada jiran letak dalam frozen.

Kredit: Noraziah Ismail

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN