Petang hari terasa tak lengkap tanpa menikmati kuih muih yang enak bersama anak-anak dan suami. Puding antara salah satu hidangan yang paling senang nak disediakan. Puding dengan gabungan susu sememangnya cukup sedap dan baik untuk kesihatan anak-anak kita.
Resipi puding kastard bergedik yang dikongsikan oleh Pn Lily April ini memang sedap. Tambahkan susu lebih untuk khasiat anak-anak. Lagi power rasa dia!
Assalammualaikum. Ada yang suka tak Puding Kastard Koktail ni? Saya sharekan resipinya ya.
Resipi Puding Kastard (A)
5 cawan air
½ cawan gula
¼ sudu garam
1 cawan tepung kastard
¾ tin susu cair
Masukkan air, gula & garam ke dalam periuk, masak sehingga gula & garam larut.
Masukkan susu cair & tepung kastard.
Ads
Kacau sebati & masak sehingga bancuhan tepung pekat & berkilat (tgk video ye). Api dapur sederhana besar je.
Bila dah keluar gelembung² tu, means bancuhan tepung dah cukup pekat. Tutup api & tuangkan tepung tu ke dalam bekas. Sejukkan.
Resipi Kuah Koktail
1 tin buah Koktail (Asingkan buah & airnya)
4 sudu gula
¼ sudu garam
1 tin susu cair
1 sudu tepung jagung
Masukkan susu cair, gula, air koktail & garam ke dalam periuk
Ads
Masak dengan api perlahan sehingga gula & garam larut. Kacau sebati.
Masukkan tepung jagung, kacau lagi sampai kuah tu sedikit pekat & tutup api.
Sejukkan dalam peti sejuk.
**Campuran buah dihidang bersama puding kastard & kuah koktail..Selamat Mencuba!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebenarnya nak bonding dengan anak tak perlukan kos yang mahal pun. Tak perlulah setiap minggu nak ke mall atau belikan mainan anak-anak tiap minggu. Ada cara mudah lagi sweet yang mama papa boleh lakukan.
Salah satunya aktiviti di rumah seperti memasak bersama anak-anak. Tapi bukan mama saja yang berusaha untuk masak bersama anak-anak di rumah. Papa pun boleh turut sama.
Papa macho Wan Muhammad Hafiz Satar berkongsi waktu bondingnya bersama dua anak terunanya. Bukan calang-calang resipi yang disediakan. Sardin Roll pilihan anak-anak yang nampak sedap. Jom cuba!
Malam ni main tepung lagi dengan anak teruna dua orang ni yang request nak makan Sardin Roll. Lelaki pun kena masuk dapur ye anak-anak. Besok-besok kalau dah kawin jangan dok silang kaki harap bini je yang masak.
Banyak lagi keje lain bini nak buat kat rumah selain masak. Sambil bancuh tepung sambil mulut baba duk pot pet kat anak-anak. Mama dari jauh tengah lipat kain menjeling je hehehe.
Baba buatkan doh dengan inti je.. lain-lain keje dioranglah. Yang nak resepi boleh tengok pada setiap gambar ye.
Bahan-bahan Inti:
1 tin sardin tin
3 ekor ikan rebus
2 biji bawang bombay
Gula dan garam
1. Gaulkan semua bahan inti semua sekali sampai sebati.
Bahan Kulit:
1kg tepung gandum
300ml air panas
250gm marjerin
1 sudu teh garam
2. Gaulkan marjerin, tepung gandum dan garam. Kemudian masukkan air panas mendidih dan gaulkan hingga menjadi doh.
3. Canai doh nipis dan letak inti.
. Goreng dengan minyak panas. Dah siap.
Kredit: Wan Muhammad Hafiz Satar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memesan Ayam Goreng Kyochon di rumah pastinya tidak sama seperti menikmati ayam goreng rangup di restoran berkenaan. Terasa tidak puas makan. Ubah kelainan dan cabar diri untuk menyediakan sendiri Ayam Goreng Kyochon ini yang rupanya cukup mudah hendak dimasak.
Nak tahu macam mana caranya? Jom cuba resipi ringkas tapi padu yang dikongsikan oleh Oh Carol ini di facebooknya. Cukup sedap! Anak-anak pasti makan hingga menjilat jari!
Anak dara teringin nak makan ayam goreng ala-ala KyoChon. Nak bawak pergi MyTown, ibu tak confident dengan pandemic yang masih berleluasa. Ajar jer dia buat sendiri. Buat kudap-kudapan petang katanya. Siapa teringin, sila buat ye.
Bahan-bahan:
9 ketul kepak ayam
1/2 sudu kecil garam
Lada sulah secukup rasa
Tepung beras
Minyak untuk menggoreng
Bahan Sos:
4 sudu makan madu
2 sudu cili flakes
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan tepung jagung
1 cawan air
Sedikit bijan -disangai
Bersihkan bahagian kepak ayam. Saya potong 3 bahagian ikut ruasnya. Beli 9 ketui je.
Taburkan setengah sudu garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati guna tangan jer.
Taburkan tepung beras. Gaul sampai bersalut. Tak perlu letak air. Tepuk-tepuk manja bagi bersalut gitew. Janji semua bahagian kena.
Goreng. Make sure minyak panas. Sebaiknya, deep fry. Sebab tu saya guna periuk.
Dah siap goreng. Makan macam ni pun dah sedap. Nak ayam rangup, goreng 2 kali. Orang Korea selalu buat macam ni.
Cara buat bahan sos
Ni untuk salutan sos. 1 cup air. Bila air dah merenih, masukkan anggaran 4 sudu makan madu.
Menu pulut antara yang menjadi kegemaran semua peringkat umur. Sama ada untuk di makan waktu pagi atau minum petang, jika kena cara masakannya memang sedap.
Selain pulut kuning yang dimakan dengan rendang, menu pulut juga boleh divariasikan lagi mengikut citarasa ahli keluarga. Bagi yang gemar menu pulut ni, pulut dakap resipi orang tua-tua dulu wajib anda cuba.
Bukan saja rasanya lemak manis tetapi aroma daun pisang selepas dibalut tu menambahkan lagi bau wangi pulut dakap ni. Lagi sedap letak pulak pisang yang dihiris nipis. Memang terbaiklah!
Nak cuba buat, ini resipinya yang mama boleh buat. Ikut saja langkah yang diajarkan dan pastinya sekali buat, akan buat lagi.
Resipi Pulut Dakap
Bahan-bahan yang diperlukan:
– Beras pulut 1 kilogram
– Santan pekat 500 gram
– Air 1 gelas– Gula dua cawan
– Garam halus 3 sudu kecil
– Daun pisang yang hijau
– Pisang tanduk
– Pisang kebatu pun boleh
– Pisang nipah pun boleh
– Pisang kelat siam atau kelat lega pun boleh
– Tali rafia atau pun tali getah. Saya guna tali rafia sebab ikut cara orang tua dulu-dulu.
Cara-caranya:
– Basuh beras pulut rendam dalam air selama 3 jam kemudian kukus pulut sampai naik wap.
– Kemudian masak santan, gula, garam sampai mendidih kemudian tutup api. Angkat periuk santan letak kat bawah ambil pulut yang telah di kukus tadi..
– Masukkan dalam periuk santan kacau sampai sebati kemudiam panaskan atas api semula kacau sampai nampak keluar minyak sikit-sikit.
– Kemudian ambil daun pisang letakkan pulut dan pisang tutupkan dengan pulut, balut kemudian ikat dengan tali rafia atau pun tali getah.
– Dah siap bolehlah kukus atau pun rebus. Selamat mencuba.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bacaan surah Al-Fatihah oleh anak usahawan Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal dipuji wargamaya malah memuji cara didikan pasangan ini dalam mendidik anak mereka.