Resipi Puding Kelapa Pandan, Isi Lembut & Kenyal, Nikmatnya Makan Sejuk-Sejuk!

Share

Sebaik melangkah masuk ke bulan Ramadan, pastinya menyediakan menu dan juadah buat anak-anak menjadi perkara paling menggembirakan buat ibu. Berkreatif dengan makanan demi memenuhi permintaan anak-anak dan suami.

Puding antara menu ringkas tetapi berjaya membuka mata ketika hidangan diletakkan di atas meja. Hari istimewa ini apa kata kita sediakan Puding Kelapa Pandan istimewa ini untuk berbuka. Sedap!


Puding kelapa pandan untuk berbuka. Sejuk tekak bila makan…heheh. Saya share resepi kat sini, esok boleh buat untuk berbuka.

Bahan-bahan;
Isi kelapa pandan 2 biji – potong macam dalam gambar (lagi banyak isi lagi sedap)
Air kelapa 2 cawan
Agar-agar tali 12g or 15g
Air kosong 900ml
Garam 3 cubit
Gula 2 cawan or 1 1/2 cawan ( untuk yang tak nak manis)
Daun pandan 2 helai -dicarik & simpulkan
Sedikit pewarna hijau

Didihkan air dulu. Masukkan agar-agar hingga cair.

Kemudian masukkan daun pandan, garam, air kelapa dan gula. Kacau sebati.

Masukkan isi kelapa & pewarna. Kacau lagi 2 minit. Kemudian tutup apinya.

Tuangkan dalam bekas dan biarkan sejuk.

Resipi wajib cuba: Puding Laici Buah Koktail, Senang Sangat Nak Buat, Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap

Puding Oreo Milo 4 Bahan, Tak Renyah Nak Buat, 2 Jam Dalam Peti Terus Makan

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit resipi: Mazliyani Abu Bakar

IKLAN