Sementara anak-anak masih bercuti inilah masalah untuk kita meraikan anak-anak di rumah. Minum petang dengan puding yang disiapkan awal-awal pasti buat anak suka.

Asal sahaja peti ais dibuka, tersedia puding cantik kegemaran anak-anak. Jom cuba resipi mantap perkongsian Mr Ali ini. Memang tak pernah mengecewakan.


Salam dan hi semua. Harini saya nak share resepi olahan saya sendiri, biar puding ni lebih lembut & tak manis. Memang sedap & senang je tau. Jangan lupa belanja ♥️ tanda support Mr.Ali.

Resipi Puding Milo Chocolate, Sedap & Berlemak, Dah Makan Mesti Nak Lagi!

InsyaAllah saya guide detail untuk hampa buat resepi ni dengan jayanya. Ok jom start!

Resepi puding Milo Chocolate by Mr.Ali (loyang 7 inci)

Resipi Puding Milo Chocolate, Sedap & Berlemak, Dah Makan Mesti Nak Lagi!

Bahan – Bahan
Lapisan Oreo :
10 gram agar-agar tali
4 cawan air
50g gula
120g susu cair
1 biji telur gred A
1 sudu kecil essen vanila
Oreo yang dipatahkan

IKLAN

Lapisan Milo:
8g agar-agar tali
60g gula
2 sudu makan susu pekat
100g milo
100g susu cair
Secubit garam

Resipi Puding Milo Chocolate, Sedap & Berlemak, Dah Makan Mesti Nak Lagi!

Mulakan dengan lapisan Oreo. Masukkan 10 gram agar-agar tali, 4 cawan air. Biarkan ia mendidih. Api perlahan sahaja. Dah mendidih masukkan 50g gula. Kacau sebati.

Resipi Puding Milo Chocolate, Sedap & Berlemak, Dah Makan Mesti Nak Lagi!

Masukkan 120g susu cair yang sudah dikacau sebati dengan 1 biji telur gred A. Masukkan dan kacau sebati. Biarkan mendidih 1-2 minit. Dah mendidih off api.

Masukkan 1 sudu kecil essen vanila. Tunggu agak-agar suam dalam 5-6 minit. Baru tuang kedalam loyang.

IKLAN

Resipi Puding Milo Chocolate, Sedap & Berlemak, Dah Makan Mesti Nak Lagi!

Dah tuang masukkan oreo yang dipatahkan. Terpulang nak letak banyak mana. Setkan suhu bilik atau letak luar dulu dalam 15 minit baru masukan dalam chiller/ peti.

Untuk lapisan milo pulak, masak 8g agar2 tali, 3 cawan air dan biarkan mendidih. Dah mendidih masukkan 60g gula.

Resipi Puding Milo Chocolate, Sedap & Berlemak, Dah Makan Mesti Nak Lagi!

Bila gula dah larut masukkan 2 sudu makan susu pekat. Masukkan 100g milo dan susu cair. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih 1-2 minit.

Resipi Puding Milo Chocolate, Sedap & Berlemak, Dah Makan Mesti Nak Lagi! Resipi Puding Milo Chocolate, Sedap & Berlemak, Dah Makan Mesti Nak Lagi!

IKLAN

Dah mendidih off api dan tambah secubit garam. Kacau-kacau dan biarkan suam dalam 5-6 minit.

Keluarkan lapisan oreo tadi, cucuk-cucuk dengan garpu agar lapisan melekat. Cucuk banyak sikit tau.

Resipi Puding Milo Chocolate, Sedap & Berlemak, Dah Makan Mesti Nak Lagi! Resipi Puding Milo Chocolate, Sedap & Berlemak, Dah Makan Mesti Nak Lagi!

Tuangkan perlahan-perlahan lapisan milo tadi. Biarkan diluar selama 40 minit baru sejukkan dalam peti selama 3-4 jam.

Dah siap dah boleh makan. Memang lembut tau. Sedap sangat, anak-anak mesti suka.

Menarik: Sikit Lagi Dengar Sampai Kuala Kedah, Marah Anak Macam Komando, Ramai Terhibur Dengan Suara Mua Bellaz

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI