Dah ada rancangan untuk hidang pelbagai juadah raya, tapi macam tak lengkap kalau tiada ‘pencuci mulut’ kan? Jadinya hari ini Pa&Ma akan kongsikan satu resipi pencuci mulut perkongsian dari saudari Naz MShariff yang mudah dan sedap. Boleh la buat malam raya ni, esok dah boleh hidang kepada tetamu.
Bahan-bahan:
Bahan A
1/2 cawan gula pasir
1/2 @ kurang dari 1/2 cawan air panas (kalau kurang dari 1/2 cawan air karamel akan jadi pekat)
Cara penyediaan:
1. Hanguskan gula smpai perang & masukan air panas. Kacau segera supaya nnti dia tidak berketul. Then masukan dlm bekas/loyang korang. Sejukan suhu bilik. Ketepikan.
Bahan B
4 keping roti potong 6/ siat2 pun boleh
1 tin susu cair
1/2 cawan air suam
3 sb susu pekat
1 sk esen vanilla
Garam sikit
Cara Penyediaan:
1. Blend semua Bahan B sampai sebati
2. Bahan B dah sebati baru masuk 3 biji telur blend skejap je. Kemudian, tapis.
3. Masukan Bahan B ke Bahan A
4. Kukus selama 45minit
5. Telangkupkan puding.
Dah siap dah, mudah bukan? Masukkan dalam peti makan masa sejuk-sejuk lagi sedap rasanya! Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada waktunya ibu mula buntu setiap kali menyediakan sarapan buat anak. Jika anda mengejar masa, cadangan resipi yang satu ini patut anda cuba. Mana tidaknya, tidak sampai lima minit roti telur untuk anak siap tersedia.
Paling menarik bukan hanya roti bahkan turut diselitkan dengan nasi putih dan isi ayam yang mengenyangkan anak. Bukan itu sahaja malah ilham ibu ini, Nurfarhana Ahmad Bakri yang menyediakannya di dalam pembakar roti memang awesome. Lebih mudah dan pantas!
Menu simple mama buatkan untuk Insyirah. Adik suka mama gembira. Mama tak ada oven jadi mama guna pembakar ini saja.
Toasted Rice Ns
• Nasi sejuk
• Tomato ceri
• Daun sup
• Daun bawang
• Lobak merah
• Isi ayam
• Lada hitam
• Telur
• Unsalt butter (isi pada pembakar)
• Serbuk ayam (optional)
• Bakar dalam 10minit (ikut pada suhu pembakar masing2)
Campurkan semua bahan dan pukul rata. Siap!
Tuangkan ke dalam pembakar roti. Tutup sekejap dan angkat.
.
Siap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi Kuih Lepat Liat, Ini Langkah Demi Langkah Cara Nak Buat
Kuih lepat liat antara kuih tradisional yang masih dicari hingga ke hari ini. Bukan sahaja orang-orang lama sahaja menyukai kuih ini tetapi juga generasi muda. Mama sudah boleh perkenalkan kuih ‘lejen’ ini kepada anak-anak agar kuih ini tidak diluput dek zaman.
Kuih lepat liat memang punya rasa serta keenakannya yang tersendiri. Kalau beli, jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Makan pun puas sebab dapat banyak!
Sukatannya hanya menggunakan cawan. Sesuai sangat untuk mama-mama yang sibuk tapi dalam masa yang sama mahu juga memasak. Jom cuba. Pasti rasanya sedap dan disukai anak-anak.
Resipi muffin sememangnya cukup mudah nak disediakan. Namun muffin apa jadi pilihan mama semua? Apa kata cuba Muffin Milo air tangan chef media sosial, Azlina Ina yang paling mudah disediakan.
Tak perlukan mixer untuk sebatikan, sebaliknya hanya kacau dengan senduk sahaja. Memang mudah!
Bahan-bahan:
2 biji telur gred A atau B -kocak macam dadar je
1 cawan butter cair
Sedikit emolco coklat
2 cawan air milo kotak -nk guna susu segar pun boleh
Sedikit esen vanila
1 cawan 1/2 gula perang halus atau gula castor
sedikit garam halus
1 cawan serbuk koko
3 1/2cawan tepung naik sendiri
1sk soda bikarbonat
coklat chips sebagai hiasan
Satukan kesemua bahan kering.
Kemudian satukan semua bahan basah.
Masukkan bahan kering dalam bahan basah dan kacau guna senduk.
Dah siap, masukkan dalam cup. Panaskan oven siap-siap.
Tabur coklat chips dan bakar pada suhu 180 selama 20 minit.
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...