Resipi Rendang Ayam Kampung Berpantang Bonda Rozita Ibrahim Untuk Menantunya Shahida Nampak Menyelerakan

Share

Sebelum ini tular video reaksi Bonda Rozita yang juga ibu mertua kepada Datin Sri Shahida teruja menyambut kelahiran cucunya Yusoff Al Qardawi sampai terlupa hendak memakai kasut.

Kegembiraan di wajah nenek yang masih sihat dan bergaya ini jelas terpancar sewaktu dia mencium dan memangku cucunya.

Bahkan ramai juga netizen memuji layanan yang diberikan oleh Rozita terhadap menantunya Shahida. Makanan berpantang Shahida yang dimasak oleh Rozita turut dipuji ramai kerana nampak menyelerakan.

Semalam, pengasas Sendayu Tinggi ini berkongsi resipi rendang ayam kampung berpantang yang disediakan untuk menantunya.

Bahan-bahannya:

Ayam kampung (rebus)
Buah keras
Bawang putih
Serai
Bawang besar
Lada hitam
Kunyit
Ketumbar putih
Garam dan ati ayam (kalau nak letak)
Asam jawa

Cara memasak:

Blend kesemua bahan. Masuk dalam rebusan ayam dan masakkan di atas api sehingga kering (ayam kampung sangat bagus dan organik).

Menurut Rozita lagi menu ini bagus untuk ibu lepas bersalin kerana mempunyai beberapa kebaikan seperti asam jawa membantu luka sembuh dan elakkan masalah gila meroyan dan pening kepala semasa dalam pantang selain daripada membantu proses menurunkan berat badan secara sihat dan menyegarkan badan lepas bersalin.

Sumber: Instagram bondarozitaibrahim

IKLAN