Resipi Roti Pisang Rangup, Tak Sampai 15 Minit Dah Siap

Share

Resipi Roti Pisang Rangup, Tak Sampai 15 Minit Dah Siap

Resipi roti pisang rangup sesuai disajikan untuk sarapan dan minum petang. Makan panas-panas memang sangat sedap! Kalau mama sudah tepu nak sediakan menu sarapan atau minum petang untuk anak-anak, dan makanan berat yang seangkatan dengannya, apa kata mama cuba menu berasaskan roti pula.

Untuk minum petang, mama boleh hidangkan bersama aiskrim. Mesti anak-anak suka. Resipi roti pisang rangup yang dikongsikan oleh Syukz Aziz  ini memang paling mudah dan cepat disediakan. Bahan-bahannya pun ringkas dan senang nak dapat.

RESIPI ROTI PISANG RANGUP

BAHAN-BAHAN:

Roti gardenia keping
Pisang masak
Majerin
Kuning telur
Gula perang ( boleh juga tabur gula putih tapi tabur sedikit sahaja)
Cheddar cheese (tiada pun tidak mengapa, boleh tabur gula sahaja)

CARA MEMBUAT:

1. Sapu marjerin di atas roti.

2. Susun pisang ikut kreatif sendiri.

3. Sapu lagi majerin dan sapu kuning telur.

4. Tabur cheddar cheese atau gula perang.

5. Bakar dengan suhu 180°c, 5 hingga 7 minit.

6. Bakar pakai air fryer. Yang tidak ada air fryer boleh pakai oven.

7. Siap untuk dihidangkan.

Sumber kredit: Syukz Aziz via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

IKLAN