Esok bermula PKP 3.0. Mesti ramai yang beli roti kan kat rumah. Di sini nak kongsikan resepi roti yang boleh dicuba untuk hidangan anak-anak. Maklumlah kejap-kejap anak cakap lapar.
Bagi nak memudahkan anda, resipi yang disediakan oleh Nora Yusof bolehlah cuba. Memang resipi yang sedap dan mudah sangat.
Roti telur sardin
Sardin (letak sos dia sikit,pecah-pecah isi sardin) + bawang + cili + telur + susu (segar@cair, tak letak pun tak apa) + garam + pepper= pukul rata, salut dengan roti dan goreng (pan fried)
2. Roti telur madu
Telur + susu(segar@cair, tak letak pun tak apa) + garam-pepper = pukul rata, salut roti dan goreng (pan fried), drizzlekan madu
3. Roti telur gula aising
Telur + susu (segar@cair, tak letak pun tak apa) + garam + pepper = pukul rata, salut roti goreng (pan fried), ayakkan gula aising
Ads
4. Roti bawang putih (Garlic bread)
Mentega@marjerin + bawang putih yang dicincang + mix dried herbs atau daun parsley segar yang dicincang=gaul rata semua bahan, sapu atas roti dan bakar
5. Roti pizza
Ads
Sosej (apa saja filling yang anda suka contoh, isi ayam, daging burger, chic ham dll) + bell pepper 3 warna (atau apa saja jenis sayuran yang anda suka contoh, mushroom, broccoli dll) + bawang dipotong bulat (tak suka tak payah letak) + sos pasta tomato based + mozzarella cheese (atau boleh pakai cheese keping tu je) + dried oregano (kalau tak ada tak apa) + butter@marjerin – sapu butter@marjerin, ratakan sos, susun bahan-bahan,tabur cheese dan dried oregano dan bakar
6. Roti bakar cheese
Telur + garam + pepper + susu (segar@cair xkisah)+cheddar cheese yang keping + nak letak cheese lain pun boleh, tak ada masalah) + butter@marjerin – sapu butter@marjerin, letak cheese kepilkan dengan roti, salut roti dengan telur dan goreng
7. Roti pisang madu dan peanut butter
Peanut butter + pisang + madu + butter@marjerin,- sapu butter@merjerin, letak peanut butter, susun pisang, drizzle madu dan bakar
Ads
8. Roti telur goyang
Telur+butter@marjerin+kicap+pepper-bakar roti, sapu butter@marjerin, buat telur setengah masak (kalau terrer buat poached egg), letak dengan cermat atas telur, letak kicap dan pepper.
Bahan tak ada sukatan ye. Letaklah banyak mana ikut selera masing-masing.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak mula makan, perkara pertama yang selalu merisaukan ibu adalah kenapa anak sendiri kurus je, tapi anak orang lain beratnya ok. Lagi haru kalau anak memang jenis susah atau cerewet makan. Kebanyakan anak yang cerewet makan ni kurang berat badan sebabkan pemilihan makanan yang terhad.
Tapi, masalah ni boleh juga di alami oleh anak yang dah semakin aktif atau anak yang kadar metabolisma badannya tinggi (faktor genetik, masalah kesihatan seperti hyperthyroid, dan sebagainya). Kiranya pengambilan kuantiti makanan tetap macam biasa, tapi anak kerap membuang atau poo-poo dan selalunya anak juga cepat lapar. Dalam erti kata lain, makanan yang diambil tu tak sempat nak diproses dan disimpan sebagai lemak dalam badan.
Bagi Puan Yatie Eimra, masalah anaknya yang turut mengalami kurang berat badan hingga perlu jumpa pakar pemakanan membuatkannya cipta beberapa resipi untuk pastikan berat anak seimbang.
Fydh ni masa kecik dulu pernah gak alami masalah kurang berat badan sampaikan perlu jumpa pakar pemakanan. Anak dahlah memang susah makan, baru dapat “kaki” lagi la berat badan susut. Dah beberapa bulan berat badan tak naik-naik. Graf garisan kuning pun semakin menghampiri merah. Pakar pemakanan sarankan bagi anak makanan yang tinggi lemak, tinggi karbo dan padat nutrisi.
Contoh makanan yang tinggi lemak
-buah avocado (kaya dengan lemak tak tepu)
-ikan yang kaya fatty acid (salmon, makeral, dll)
-keju
-kekacang legume (kacang hijau, kacang merah, dll)
-mentega
-minyak kelapa dara/minyak zaitun (masukkan ke dalam masakan)
-santan
-serbuk coklat (masukkan ke dalam masakan/dessert jika anak dah setahun ke atas. ELAKKAN jika anak alami masalah sembelit atau ada family history alahan terhadap coklat)
-telur
-yogurt
Makanan tinggi karbo
-beras
-pisang
-ubi (kentang, keledek, ubi bit, dan lain-lain)
Saya kerap masak berasaskan makanan-makanan ni dalam menu utama & menu snek (almaklum ler anak memang cerewet bab makan). Alhamdulillah, masalah anak kurang berat badan tak lama sangat pun & naik sikit-sikit. Syukur gak sebab sekarang ni anak dah banyak perubahan & dah tak susah makan macam dulu. Dah agak lama baru hari ni sempat nak update resipi.. Ada beberapa menu utama & menu snek/kudapan gak. Mak-mak yang ada anak kurang berat badan atau cerewet/susah nak makan, boleh la cuba ye.
Nasi Goreng Butter (dari 1 tahun++)
Bahan-bahan:
1 cawan nasi
1 biji telur – dikacau sedikit
Sedikit isi ayam – didadu
1½ camca besar butter
1 biji bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
Sayur²an pilihan (saya guna cendawan enoki, carrot & kobis)
Serbuk lada sulah/hitam
Garam secukupnya*
Cara-cara:
✳elakkan penggunaan garam bagi anak 2 tahun ke bawah
✳tip dari chef – cendawan perlu di masak lama sedikit supaya aroma & jusnya keluar
Bubur Kacang Hijau Versi Bayi (dari 8 bulan++)
Masa Fydh ada masalah kurang berat badan dulu, pakar pemakanan ada cakap kekacang jenis legume (kacang hijau, kacang merah, dhall, dll) dah boleh diambil seawal umur 7-8 bulan. (Tapi sebaik²nya perkenalkan pada usia 8 bulan ke atas sebab sesetengah perut bayi sensitif & boleh menyebabkan angin/kembung walaupun kacang dah direndam 24 jam).
Bubur kacang hijau untuk bayi ni diajar oleh seorang makcik tukang urut warga Indonesia. Katanya di seberang, bubur kacang ni memang diberikan kepada bayi untuk tambah berat badan. Saya ni memang suka bertanya tip/petua, tak kiralah doktor ke, orang² tua ke.. jadiknya macam² info saya boleh dapat. Ekeke..
Masa buat resipi ni dulu, saya tak amek gambar pun.. Kebetulan baru² ni ada mak² yang pm tanya resipi tambah berat badan anak. Hari ni saya buat bubur kacang hijau ni untuk menu snek/kudapan dak Fydh. Dah alang² tu amek ler gambar sekali
Bahan-bahan:
½ cawan kacang hijau – direndam 12-24 jam dengan sesudu kecil cuka & sedikit baking soda (hujung sudu kecil jer)
1 cawan air (gunakan cawan yang sama)
½ cawan santan pekat
1 sudu kecil butter
Cara-cara:
1. Kacang hijau yang telah direndam diramas hingga tertanggal kulitnya. Tambah sesudu-2 tepung untuk mudahkan proses meramas (supaya tak licin).
2. Basuh kacang hijau yang telah direndam beberapa kali.
3. Masak kacang hijau dalam air. Tapis & buangkan buih² yang terhasil.
4. Masak kacang hijau sehingga benar² lembut.
5. Masukkan santan pekat & butter. Kacau & lenyek²kan kacang hijau tadi dengan sudu.
6. Masak hingga adunan menjadi pekat. Tutup api.
BAYI 8 BULAN++
–Bubur kacang hijau ni biasanya untuk 2-3 kali makan –Ambil sedikit bubur yang pekat (untuk portion sekali makan) & campurkan dengan ebm/susu formula (yang suam). Cairkan bubur mengikut kesesuaian umur anak. –Masukkan lebihan bubur dalam bekas bertutup & simpan dalam peti. Boleh bertahan sehingga 2-3 hari. Boleh juga frozenkan (sila habiskan dalam masa seminggu).
ANAK 1 TAHUN++
-Sebenarnya ni saya olah ikut cara saya sendiri. Sebabnya bila anak dah setahun++, dia memang tak berapa gemar makan bubur camni. Jadinya saya sapukan bubur (pekat) ni atas roti & bakar dalam pan. Buat macam ni bukan setakat anak, 1 famili pun boleh makan (jika buat untuk 1 famili makan – pastikan asingkan sikit untuk anak, selebihnya bolehlah tambahkan secubit garam & sedikit gula)
Cara-cara:
1. Lenyekkan roti
2. Sapukan kacang hijau
3. Gulung & potongkan roti kecil²
4. Panaskan sedikit butter dalam pan (supaya inti tak melekat)
5. Bakar & balik²kan roti hingga garing sedikit.
✳fungsi cuka tu nak kurangkan bahan oligosakarida dalam kacang (penyebab angin). Boleh juga gunakan jus lemon ✳fungsi soda nak mudah tanggalkan kulit kacang hijau.
Agar² ni rasanya lemak² masin (dari santan & keju), boleh juga dimakan bersama sirap/manisan kurma.
Sirap/manisan kurma
Puri kurma/beberapa biji buah kurma
Sedikit air
Cara-cara:
1. Buah kurma dibuang biji/kulit (elak anak tersedak) & diblend halus
2. Campurkan sedikit air ke dalam puri kurma (untuk cairkan & agar tak terlalu manis)
3. Masak di atas dapur hingga mendidih.
✳bila anak dah 2 tahun++, saya gunakan sirap gula merah gantikan manisan kurma. ✳makan bersama sirap gula merah memang lebih sedap & kami 1 family pun suka
Cheesy Mushroom Soup with Chicken (dari 10bln++)
Bahan-bahan:
150gm cendawan (sy guna buna shimeji)
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar olive oil
2 sudu besar unsalted butter
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit isi ayam (didadu)
3 keping keju cheddar (dicarik kasar)
1-2 cawan susu formula/susu segar/krim
Sedikit stok ayam/bone broth
Air secukupnya
Sedikit lada hitam (optional)
Cara-cara:
1. Panaskan butter bersama olive oil kemudian tumis bawang hingga naik bau.
2. Masukkan cendawan, ayam & kacau. Masak sehingga lembut & hingga keluar jus cendawan. Tutup api & kisar semua bahan tadi bersama cheese.
3. Larutkan tepung gandum bersama sedikit air (supaya tepung tak berketul) & panaskan bersama susu di dalam periuk. Masukkan cendawan yg telah dikisar tadi serta stok ayam.
4. Tambahkan air secukupnya mengikut kepekatan yang diingini. Biarkan sup merenih lama sedikit supaya rasanya sebati.
5. Perasakan dengan sedikit lada hitam jika suka.
✳enak dimakan dengan garlic bread ✳boleh tengok post resipi garlic spread saya yang lama ✳insyaAllah, kalau sempat saya akan upload resipi cheesy garlic spread dalam 2-3 hari ni..
Ayam Percik Ala Kelantan/Putih (dari 1 tahun++)
Ni antara menu dak Fydh ni suka makan dulu.. (sekarang dah masuk 3 tahun, citarasa pun dah berubah) Ummi nye pun dah jarang masak percik ni sekarang..Mak² yang ada anak cerewet/susah makan/tak cukup berat tu boleh lah cuba kot serasi dengan anak.. Bahan-bahan:
¼ ekor ayam (ayam seekor saya potong 8 sebab anak makan sikit jer)
1 cawan santan pekat
1 batang serai (diketuk)
½ keping asam keping
Garam/gula*
Bahan kisar:
3 ulas bawang merah
½ inci halia
½ inci lengkuas
Sedikit lada hitam
Cara-cara:
1. Masukkan ayam & semua bahan di dalam kuali. Biarkan mendidih & ayam masak separuh (ayam keluar darah). Keluarkan ayam.
2. Masak kuah yang berlebihan sehingga menjadi pekat.
3. Bakar ayam dalam pan/pemanggang ajaib di atas dapur. Lumurkan dengan kuah, balik²kan & bakar sehingga sedikit garing.
✳elakkan penggunaan garam/gula bagi anak 2 tahun ke bawah ✳boleh tambahkan sebiji kurma (diblend sekali) untuk berikan rasa sedikit manis & naikkan rasa kuah percik
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain laksa, ada yang suka makan laksam? Kalau anda dan anak-anak peminat laksam dengan kuah lemak, lepas ni boleh buat sendiri di rumah. Kalau beli di kedai tak puas makan.
Ada masa, anda boleh cuba buat sendiri laksam dan kuahnya. Kadang asyik makan nasi pun bosan juga. Langkah nak buatnya sangat senang. Jika kita buat sendiri, barulah puas hati nak makan banyak mana pun.
Ini resipi yang dikongsikan oleh Puan Norsiah Mamat.
Dengan izin Allah dan ilmu hambaNya ini, jua milik Allah, saya nak kongsi cara-cara membuat laksam, ikut gaya saya ya.
Saya halalkan semua rakan yang ingin menggunakan resepi ini.
Resepi Laksam Cikgu Nor untuk satu bungkus tepung seberat 500 gram.
500 gram tepung beras, saya guna sahaja, apa pun cap. Tak ada yang khusus. Semua jadi elok jer.
3 sudu tepung gandum kalau cap biasa atau 5 sudu tepung gandum kalau cap Faiza.
Sudu yang saya guna untuk sukat tepung gandum ni, sudu makan ya. Buh penuh-penuh. Rumbu gituuu…
Laksam akan lebih putih dan cantik kalau guna tepung gandum Faiza.
1500 ml atau 1.5 liter air. Saya buh satu liter air suam dan 500ml, air tapis biasa. Air suam ya, jangan air panas.
Cara-cara nak bancuh tepung
– Masukkan tepung beras dalam bekas yang sesuai, tambahkan tepung gandum.
– Selepas itu, masukkan 1 liter air suam.Kacau sehingga tepung larut. Apabila tepung dah -larut dan tak ada yang berketul-ketul, tambah lagi 500 ml air. Kacau sebati.
– Seeloknya ditapis, sebab biasanya akan ada habuk-habuk dan kutu beras yang terapung selepas selesai membancuh.
– Rehatkan bancuhan tepung dalam kurang lebih 10 minit.
– Selepas itu dah boleh mula mengukus.
– Saya guna tudung periuk dan guna periuk mengukus atau saya panggil ‘kukusan’ untuk mengukus.
– Sebelum mula mengukus, sapukan minyak pada tudung periuk, supaya senang proses menggulung nanti.
– Setelah nampak wap keluar dari kukusan, itu tandanya laksam dah masak. Jangan terus buka selepas nampak wap keluar. Biarkan dulu anggaran dalam satu minit. Bagi laksam tu betul-betul masak.
– Buka tutup kukusan, tengok laksam. Laksam yang masak akan menggelembung masa kita buka. Apabila kita angkat, laksam akan rata semula pada tudung periuk.
– Nak mudah angkat, saya guna sudip kayu yang rata. Hulurkan ke bawah tudung periuk dan angkat.
– Selepas angkat, tegakkan. Tujuan untuk mengalirkan wap air yang ada pada laksam. Untuk mudah, saya guna tray telur. Sebab ada lekuk-lekuk. Untuk kebersihan, saya lapik kertas A4 kosong yang belum guna atas tray telur tu. Nak guna surat khabar lama pun boleh…letak tray telur tu rapat ke dinding. Jadi senang kita nak sandar.
– Biasa paling kurang saya guna 6 penutup periuk untuk dua kukusan. Saya kukus dua keping. Guna tudung periuk pertama dan kedua. Selepas angkat, tegakkan, biarkan sejuk seketika.
– Saya guna tutup periuk ketiga dan keempat. Kukus lagi. Apabila saya angkat tudung periuk ketiga dan keempat. Saya akan masukkan tudung periuk kelima dan keenam.
– Selepas itu, saya gulung laksam tudung periuk pertama dan kedua tadi. Begitulah seterusnya sehingga selesai. Saya guna masa setengah jam untuk kukus 500 gram tepung.
– Minyak pada tudung periuk perlu disapu setiap kali sebelum mengukus laksam untuk kepingan seterusnya.
– Tepung dalam bekas perlu sentiasa dikacau sebelum diambil untuk dikukus.
Saya rasa saya dah bagi step by step. Selamat mencuba. Perkongsian Lillahitaala dan dengan izinNya jua.
KUAH LEMAK LAKSAM (Dapur Cheyah)
10 ekor ikan selayang (rebus dan ambil isi sahaja)
1 kotak santan adabi
3 cawan air putih
5 ulas bawang merah
2 keping asam keping
1 sudu lada hitam (biji lagi ok dan cantik kuah tu tapi cheyah takde letak serbuk je) **Seeloknya tumbuk bagi bijinya hancur atau kalau tak suka nampak biji lada hitam, letak air sikit dan tapis.
2 sudu kecil garam
2 sudu makan gula
– Masukkan santan ke dalam periuk, tambahkan air ke dalam kotak. Campurkan ke dalam ikan dan blanderkan bagi hancur .
– Blanderkan bawang sekali dengan lada hitam. Masukkan dalam periuk. Letak asam keping dan panaskan.
– Masak guna api kecil je. Dah mendidih masukkan gula dan garam. Kacau sehingga ia betul-betul masak.
P/S: Sukatan santan dan ikan boleh ditambah ikut laksam yang disediakan.
CARA BUAT SAMBAL
Cili merah besar, cili kecil, sedikit belacan, perahan air limau kasturi, garam, gula. Campurkan semua dalam blender, blend. Jangan bubuh air, sebab cili besar tu dah banyak air.
Dah siap blend masukkan dalam bekas, potong kulit limau kasturi halus-halus masukkan ke dalam sambal. Pastikan kulit yang lembut atau limau kasturi yang masak. Kalau kulit limau keras, sambal akan jadi pahit. Buat ya, memang sedap.
Anak-anak suka makan badam bersalut coklat, resipi yang dikongsikan ini cukup mudah. Ia ala-ala ferrero rocher yang menggunakan almonds nibs sebagai bahan utamanya.
Resipi yang dikongsikan oleh Intan Najwa Othman cuma guna dua bahan sahaja.
Ramai rupanya yang suka dengan almond nibs aka ferrero rocher homemade ni. Mama kongsi resipi kat sini ye. Boleh cuba buat sebab sangat mudah dan cuma pakai 2 bahan je.
Resipi dan tips ‘sure menjadi’ ada kat setiap gambar. Selamat bercoklat badam. Kalau nak guna resipi ni silakan. Saya halalkan untuk semua.
Resipi Ferrero Rocher Homemade
Bahan dan cara membuatnya:
Badam cincang dibakar atau disangai untuk bagi masak dan rangup. Ada jual kat kedai jual barang kek. Kuantiti agak-agak ikut naluri je.
Oh, tempoh bakar tu pun mama ikut sedap tangan nak pulas button oven je. Baca bismillah, insyaAllah tak hangus. Tapi realistik la. Janganlah set suhu 200 selama sejam pastu tawakal je. Kang takut jadi lada hitam pula.
Cairkan coklat masakan. Mama guna beryls milk coin. Kuantiti agak-agak juga. Rasa sedap hati kira on la tu. Kalau tak cukup kirim la kat tok laki suruh beli. Tapi make sure bgtau detail jenisnya. Takut salah beli kang hilang terus mood
Badam yang dah bakar/sangai tadi biarkan sejuk kejap. Biasanya sementara nak siap cairkan coklat tu badam dah cool down. Dah tak marah-marah sebab dah sejuk. Dah ok, terus rapatkan silaturahim dorang dalam 1 bekas. Gaul bagi mesra dan sejahtera.
**badam tu mesti bagi sejuk dulu sebab takut tak jadi ranggup lepas gaul dengan coklat.
Pastu masukkan dalam paper cup comel-comel tu. Kalau nak bubuh dalam tupperware sedebuk terus pun boleh. Boleh la feeling makan macam ceduk aiskrim bekas tu ha.
Oh ya, nak bagi korang tak gaduh dengan anak sebab makan comot abis kotor sofa, korang simpan jap dalam peti. 10 minit cukup. Lepastu keluarkan boleh la menikmatinya..
LEPAS 5-10 MINIT KELUARKAN DARI PETI, SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA. JANGAN RISAU, COKLAT TU TAKKAN CAIR KALAU DAH KERAS. Melainkan korang letak kat tempat panas la.
Jangan lupa diri sebab makan ni biasa tak ingat dunia. Tengok-tengok tinggal sarung je.. eh, dah habis..?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran cahaya mata adalah detik paling membahagiakan buat seorang wanita. Namun di sebalik kegembiraan itu, ibu tetap berdepan dengan risiko kesihatan serius sekiranya tidak diberikan pemantauan yang rapi.