Resipi Sambal Bilis Tempoyak Buat Nasi Bertambah-Tambah, Padu Betul!

Share

Menu-menu ringkas selalunya menjadi pilihan kita. Masa yang tidak cukup selepas pulang bekerja membuatkan kita terpaksa mencari menu ringkas untuk sajian keluarga.

Apa kata kali ini kita cuba satu lagi resipi paling ringkas tapi super power untuk anak-anak dan suami. Ikan bilis sahaja tapi dipadankan dengan tempoyak yang buat nasi bakal bertambah-tambah. Nak buat macam mana? Jom cuba resipi padu ini.

Bahan-bahan:
Ikan bilis – goreng garing kemudian ketepikan
Cili api – ditumbuk
Bawang kecil – ditumbuk
Bawang putih – ditumbuk
Petai – dihiris
Bawang besar – dihiris
2-3 sudu besar tempoyak
Asam keping
Sos tiram

Untuk buat sambal tempoyak, cili api dan garam ditumbuk kemudian gaulkan.

Tumis bahan-bahan yang ditumbuk.

Masukkan sos tiram, asam keping. Kacau rata.

WAJIB CUBA:

Cara Masak Nasi Lemak Tanpa Santan, Masuk Bahan Rahsia Ni, Padu Habis!

Masak Sardin Tak Meletup, Masukkan Sesudu Bahan Ni Saja, Confirm Sedap & Jadi!

Kisar Bahan Ni Buat Sambal Bilis, Jadi Sedapnya Lain Macam, Padu!

Masukkan petai, bawang besar dan goreng dalam beberapa minit.

Kemudian masukkan tempoyak, kacau dan sebatikan, pastikan garam secukup rasa.

Akhir sekali masukkan ikan bilis.

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Kredit: SuiSan Aliezsha

IKLAN