Setiap kali masak nasi lemak, pasti santanlah yang dicari dahulu. Nak masak nasi lemak boleh tertangguh gara-gara santan tidak ada. Tak perlu risau.
Apa kata kita cuba masak nasi lemak tanpa santan pula tapi cukup lemak. Macam mana? Jom ikuti perkongsian pengguna Tik Tik @azuera133 ini. Memang terbaik.
Bahan tumis:
Bawang merah
Halia
Buah keras
4 sekawan
Kisarkan bahan di atas dan tumiskan bahan kisar dan 4 sekawan sampai naik bau.
Ads
Kemudian masukkan bahan rahsia iaitu kerisik. Tak banyak pun tak apa, sedang-sedang sahaja.
Yang inilah akan hasilkan santan. Masak sekejap sampai sebati. Tutup api.
Masuk bahan tumis dalam periuk nasi dan masak nasi macam biasa.
Selera setiap anak berbeza-beza. Ada yang jenis tak memilih makan. Namun ada juga yang susah makan nasi, nak makan mee atau spageti. Ada pula jenis nak makan kudap sehingga puas ibu fikirkan menu sihat.
Bagi ibu yang ada anak susah makan tapi nak sediakan makanan lengkap nutrisi seperti karbohidrat dan protein, boleh cuba resepi nuget nasi ini. Resepi yang dikongsikan oleh Nabila Mohd Shah sangat ringkas tapi boleh mengenyangkan anak.
Nugget nasi + ayam
Bahan:-
-Isi ayam ( ayam 1 mangkuk )
-Nasi putih ( nasi saya agak-agak je ikut portion ayam )
-Telur ( 1 biji )
-Stok ayam
-Sayur pilihan ( saya guna daun sup, bawang Holland. Hiris halus )
-air masak
Cara:-
1. Blend semua bahan * , letak air sikit untuk senang blend
(Kalau guna food processor tak payah letak air dah, nanti lagi pekat pejal kejadian nuget tu)
2. Tuang dalam loyang, ratakan lepastu ketuk-ketuk macam kita nak bakar kek tu. Supaya tak ada ruang dan nak mampatkan nuget.
3. Kukus dalam 5 minit je, sejukkan sekejap masuk freezer supaya keras sikit dan senang nak potong kecil. Kalau tak nanti dia akan lekat kat loyang jadi rugi.
4. Nak goreng boleh celup dalam telur, lepas tu gelek dalam serbuk roti lepas tu goreng bagi garing. Goreng macam tu je pun boleh juga tapi nanti dia macam liat sikit kulit dia tapi masih sedap.
Note :
1. Sayur ikut suka pada mak-mak sekalian. Kalau letak carrot nak blend sekali pun boleh. Tapi kalau saya, saya akan hiris halus-halus tabur dalam tu.
2. Kalau nak blender, tolong laa jangan letak ayam dulu. Letak nasi belah bawah lepastu baru ayam dan so on. Kalau tak nanti jenuh nak bagi dia sebati dan kena top up air, jadi tak sedap.
3. Kalau letak serbuk roti, masuk sekejap dalam freezer supaya bila goreng nanti tak relai (tak tau bahasa sebetulnya apa 😅😅)
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Kek span antara sajian yang enak dinikmati ketika minum petang. Biasalah bila petang-petang anak-anak mesti hendak makan biskut, kek dan roti. Resipi kek span keladi yang dikongsikan oleh T-hah T-hah ini nampak sangat menyelerakan.
Selain warnanya yang menarik, teksturnya yang lembut dan gebu membuatkan rasa tak sabar untuk menjamah. Kalau biasanya mama selalu masak kek coklat atau kek mentega untuk anak-anak, kali ini mari cuba pula kek span keladi.
CARA MEMBUAT KEK SPAN KELADI
BAHAN MERINGUE:
6 biji putih telur A @ B
3/4 cawan gula kastor (kalau gula pasir guna 1/2 cawan sahaja)
1 sudu teh cream of tartar (boleh ganti 1 sudu besar jus lemon)
BAHAN KEK:
6 biji kuning telur A @ B
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 sudu teh yam emulco (perisa keladi)
1 cawan tepung naik sendiri
Pewarna ungu dan putih
CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat Meringue, pastikan bekas adunan bersih dari air @ minyak. Mula-mula pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian, masukkan cream of tartar. Pukul lagi dengan medium speed.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 peringkat sambil pukul dengan high speed hingga stiff peak (bertanduk). Bila diterbalikkan bekas adunan tak jatuh. Ketepikan.
3. Untuk kek, satukan kuning telur, santan, minyak, yam emulco atau perisa keladi. Pukul lagi dengan medium speed dalam 3-4 minit hingga kembang.
4. Masukkan tepung dan pukul sekejap saja dalam 1 minit.
5. Masukkan meringue sedikit demi sedikit secara 3 peringkat sambil kaup balikkan dari bawah ke atas perlahan-lahan hingga sebati.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian di campur dengan pewarna unggu & satu lagi di campur dengan pewarna putih. Kalau tak ada, boleh di biarkan kosong saja atau boleh nak warnakan dengan warna lain.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 150°c selama 10 minit guna api bawah.
8. Sapu loyang 9 inci dengan marjerin & alas dengan baking paper di bawah & tepi loyang.
9. Sudukan adunan putih sebanyak 4 sudu besar di tengah-tengah loyang.
10. Kemudian sudukan pula adunan ungu di atasnya. Jangan di kacau.
11. Ulang lagi langkah yang sama hingga habis. Di akhirnya, sudukan 3 sudu, kemudian 2 sudu & atas sekali 1 sudu.
12. Tutup bahagian atas dengan adunan unggu. Kemudian, campur sedikit lagi pewarna ungu supaya lebih terang.
13. Tompok-tompokkan dengan sudu, ambil lidi kecil, tarik di tengah tompok tu menjadi bentuk love/daun.
14. Hentakkan sedikit loyang supaya tiada rongga udara/lubang setelah dibakar nanti.
15. Masukkan loyang kek ke dalam loyang yang lebih besar. Isi air panas hingga 1/4 dari loyang kek. Teknik ni ialah “water bath”.
16. Bakar pada suhu 150°c selama 1 jam di rak tengah menggunakan api bawah dulu.
17. Kemudian, 5 minit lagi bakar api atas sahaja di rak paling bawah hingga sedikit keperangan di atasnya.
18. Bila cucuk dengan lidi ia bersih bermakna kek sudah masak.
19. Sebaik keluar dari ketuhar, terus terbalikkan kek ke atas jaring dan terbalikkan semula ke atas.
Tak susah pun nak cipta bonding dengan anak tanpa keluarkan modal yang banyak. Memasak di dapur antara salah satu aktiviti yang paling kuat bonding selain cukup disukai anak-anak kita.
Susah nak memasak makanan berat, biskut atau snek ringkas antara makanan paling senang dan cukup disukai kanak-kanak. Nak buatnya pun senang je. Anak-anak pun boleh ‘hand on’ sekali ketika menerap kuih. Samperit Susu Paddle Pop ini pasti buat anak-anak gembira.
Selain manis dan sedap, penggunaan warna-warnanya yang pelbagai ni confirm buat anak-anak tertarik. Tak percaya? Jom buat resipi ni. Perkongsian ibu muda, Zai Seroy Asyraf di facebooknya ini wajar kita tiru. Kotor sikit tak apa asalkan bonding dengan anak berkualiti.
Menariknya, ibu muda ini hanya guna empat bahan sahaja untuk buat samperit khas untuk anak-anak ini. Menarik dan paling penting samperit paddle popnya menjadi kesukaan anak-anak.
Jom kita cuba.
Samperit Susu Paddle Pop
Bahan-bahan:
250gm mentega
100gm tepung ubi
1/2 tin susu manis
450gm tepung jagung
Pewarna merah jambu, biru dan kuning.
Cara-cara:
1. Campurkan mentega dengan susu manis. Gaulkan rata tetapi jangan terlalu lama.
2. Masukkan tepung ubi bersama tepung jagung dan uli hingga adunan tidak melekat di tangan.
3. Bahagikan adunan kepada tiga warna dengan warna pink (strawberi), kuning (vanila) dan biru (keladi). Gentelkan menjadi kecil dan buat sampai habis adunan.
4. Ambil sedikit setiap warna dan gabungkan menjadi satu. Bila da siap cantumkan senang la nak masukkn dalam acuan…
5. Masukkan ke dalam acuan samperit dan paipkan di atas dulang yang telah disapu dengan mentega.
6. Letakkan coklat cip di bahagian tengah.
7. Bakar selama 13 minit dengan suhu 170 C, panas atas dan bawah. Pastikan letak loyang di rak paling bawah supaya tak hangus atasnya.. 😉
8. Angkat dan sejukkan.
Kredit: Zai Seroy Asyraf.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!