Resipi Sandwich Daging Burger, Lagi Sedap Olah Semula, Rasa Lagi Power!

Share

Sesekali teringin makan burger, biasanya kita terus membeli sahaja di kedai. Apa kata kali ini kita cuba sediakan sendiri buat anak-anak. Nak lagi sedap, kita olah daging burger seperti yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli ini.

Hanya tambahkan beberapa bahan mudah, daging burger jadi lagi sedap dan power. Tak percaya jom cuba!


Sandwic daging burger. Saya kalau teringin makan burger, dagingnya saya suka tambah bahan lain untuk membuat rasanya lebih berperisa dan berjus.

Bahan campuran:
✓ 3 keping daging burger
✓ 1/2 bawang kuning – dipotong dadu
✓ 1/2 daun sup
✓ 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
✓ 1 biji telur ayam
– Gaul sebati dan bentukkan bebola, masak di atas kuali leper.


Kacau semua sekali hingga sebati. Saya tak tambah sebarang garam sebab bagi saya daging sedia ada memang dah ada rasa masin.

Bahagikan kepada dua dan bentukkan bebola.

Panaskan sedikit minyak masak dan letakkan bebola daging tadi. Leperkan dan masak seperti biasa.

Letak sekeping keju di atas daging dan tutup kuali. Kita biarkan keju cair.

Letakkan dahulu roti gardenia, sayur salad, dan tomato.

Kemudian letakkan daging burger bersama keju cair.

Sos atas citarasa masing-masing macam saya lebih suka sos lada hitam untuk dilawan bersama rasa lemak keju.

Tutup dengan roti gardenia.

Potong dua untuk dimakan bersama pasangan anda.

Artikel berkaitan: Resepi Mini Burger Untuk Anak, Sedap Macam Kat Kedai, 7 Langkah Je, Anak Makan Gerenti Tak Cukup Satu

7 Langkah Buat Burger Ayam Sedap Macam Kat Kedai, Ini Versi Mini Untuk Kanak-Kanak

Tak Perlu Sos Lain, Sos Cheezy Homemade Ni Rasa Padu

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN