Resipi Tauhu Berlauk Paling Simple Tapi Sedap Kebabom, Siap Sos Kicap Pedas!

Share

Kita rasa susah tetapi nak buat Tauhu Berlauk sebenarnya cukup mudah. Nak buat macam mana? Resipi simple dan sedap ini anda kena cuba.

Memang simple perkongsian resipi dari Cik Zue Zakaria ini. Sedap pulak tu.


TAUHU BERLAUK
Paling senang buat tapi paling malas nak buat. Dah nak makan sangat kena lah buat jugak. Payah betul nak jumpa orang jual benda ni. Tauhu begedil biasa tu ramai lah jual. InsyaAllah yang ni sedap. Cuba lah buat.

Bahan-bahan:
Tauhu petak -3
Tauhu telur -3
Telur -1 biji
Dada ayam -2 keping
Bawang besar -Half sahaja
Carrot – setengah batang je -parut halus
Daun sup – 3 batang sudah lah

Garam
Gula
Lada hitam
Lada sulah
Kiub pati ayam -half

Blend tauhu petak, tauhu telur, ayam, telur, garam, gula dan kuib pati ayam.

Dah siap blend, masukkan carrot, bawang besar dan daun sup.

Letak dalam bekas kuih lompang macam ni dan kukus.

Dah siap kukus.

Panaskan minyak, salutkan dalam telur dan goreng dalam minyak yang banyak.

Untuk resipi kicapnya, blend kicap, lada, bawang merah, bawang putih dan letakkan gula. Masak sekejap dan angkat.

Siap!

Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN