Di saat kita melalui tempoh PKP ini ada baiknya kita berjimat sehabis mungkin ketika berbelanja. Elakkan masak berlebihan sehingga membazir. Stok makanan sedia ada harus digunakan dengan sebaiknya. Salah satu menu jimat dan paling pantas untuk disediakan oleh ibu-ibu yang bekerja dari rumah ini adalah resipi Telur Mata Sambal Hijau ini. Pantas!
Resipi yang dikongsikan oleh Cheyah Saripuddin ini memang mantap sehingga viral di media sosial. Bagi mama yang bekerja dari rumah dan nak jimatkan masa di dapur, jom cuba menu ni. Tak sampai 15 minit, siap tersedia untuk keluarga. Paling penting rasanya terangkat habis, pedas terbaik!
Menu telur memang laku di saat kena berjimat.
Tetttt idea datang sekali. Nak goreng telur mata je la makan pedas-pedas. Itu tercetus nak masak gini. Meh Cheyah kongsi resepi senang gila abad ini. Makan tu confirm ngencess sekali.
Bahan-bahan:
15-20 biji cili padi hijau (ada cili besar boleh campur, nak pedas boleh tambah)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji telur ayam
Secubit garam
Gula sedikit saja jika suka
Ads
Tumbuk semua bawang merah, bawang putih dan cili sehingga lumat kasar. Tak perlu lumat sangat tak beshhhh. Tumbukkan sehingga semua lumat kasar macam ni je.
Tumiskan dan biarkan ia sedikit garing.
Boleh masukkan gula dan garam bagi secukup rasa. Gula jika suka. Cheyah letak sikit je tak smpai pun satu sudu kecil pun. Light light gitu je rasa manis.
Ads
Pecahkan telur. Tips telur ni kena pecah dalam bekas lain sebab takut telur tu busuk. Kalau pecah terus dalam masakan memang jahanam satu menu.
Nak berkuah boleh tambah air tapi Cheyah tak tambah.
Bagi dia panas panas dulu.
Ads
Dah ready nak ngap!
Cheyah masak half cooked je. Yang kuning tu bila pecahkan meleleh lava dia. Makin sodappp ya ampunnn. Hehe..Selamat mencuba.
Menu pantas begini time emergency takde lauk boleh la cuba.
Boleh habis sepinggan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menu berpantang tidaklah sesukar mana untuk disediakan. Suami yang mahu berkejar ke tempat kerja pun boleh menyediakan menu ringkas berpantang. Selain daripada ikan bakar dan menu rebus untuk isteri, menu tumisan juga boleh diberikan ketika isteri berpantang.
Resipi Ayam Masak Halia yang disediakan oleh Puan Norashikin Ali ini wajib dicuba. Dalam masa lima minit sahaja sajian untuk ibu berpantang siap disedia. Hidangkan sahaja bersama nasi panas. Memang wow!
Sekarang ni, menu mak berpantang pun dah jadi kegemaran orang yang tak pantang. Lagi-lagi yang tengah on diet tu kan. Bagus makan makanan yang sihat macam ni. Bila masak letak halia ni bau masakan pon wangi je kan. Resepi ni simple sangat. Suami pun boleh masakkan untuk isteri dalam pantang.
Ayam Masak Halia 5 Minit
Ayam bahagian dada dipotong nipis
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Tomato cherry
Brokoli
Sedikit lada hitam
Sedikit sos tiram
Sedikit air
Gula
Garam
Brokoli ni celur dulu dengan air panas. Agak-agak dah separuh masak toskan dan celur pula dalam air sejuk. Cara ni jadikan sayur segar sampai ke petang.
In shaa Allah.
Okey, jom kita mulakan. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia.
Nampak dah layu, masukkan air.
Kemudian masukkan sos tiram dan lada hitam.
Dah mendidih, masukkan ayam pula. Perasakan dengan gula dan garam.
Kacau-kacau sikit. Last sekali boleh masukkan brokoli dan tomato cherry.
Siap dah! Senang je nak masakkan untuk mak berpantang kan. Sebelum pergi kerja, suami boleh lah masakkan untuk isteri. Terharu tau isteri dalam pantang bila suami sediakan makanan hasil air tangan dia sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berdiet sendiri tanpa sokongan pasangan pastinya terasa cukup sukar. Bagaimana hendak berdiet jika terpaksa memasak menu yang sedap untuk suami. Berlainan dengan pasangan suami isteri ini, Nora Azni dan suaminya, Akhtar Syamir yang sama-sama berdiet untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat.
Bila sama-sama berdiet, barulah hati makin kuat dan perancangan berdiet pastinya berjaya. Resipi yang dikongsikan pasangan ini meman mantap malah kesemuanya sedap-sedap belaka. Ringkas tapi padu. Jom cuba resipinya!
Assalamualaikum. Siapa kata bila kita diet tak boleh makan nasi, tak boleh makan sedap-sedap? Dekat bawah tu semua menu suku suku separuh saya dan suami. Alhamdulillah saya dah turun 6kg, suami pula 10kg dalam masa sebulan. Masih jauh lagi perjalanan kami.
Nasi Ayam Thai
– Rebuskan air, masukkan serai, lengkuas, bawang putih, akar ketumbar dan garam.
– Basuh bersih ayam, tak kisah bahagian mana. Masukkan ayam ke dalam periuk. Rebus sehingga masak.
– Dalam periuk nasi, basuh beras sampai bersih. Saya guna beras perang (kat rumah takde beras putih) nak guna beras putih pun boleh.
– Masukkan air rebusan ayam dalam periuk nasi tadi. Letak dan susun ayam sekali. Masak macam biasa sampai nasi masak. Sesekali kacau.
-Siap nasi dengan lauk.
Resepi sos untuk ayam
– Guna lesung batu ye. Masukkan 5 biji cili padi merah, 3 biji cili padi hijau, sedikit belacan, 4 ulas bawang putih. Tumbuk lumat.
– Dah lumat, tambah 1 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos ikan, 4 sudu air rebusan ayam. Kacau-kacau guna lesung.
– Resepi sos ni letak gula, tapi saya cut gula. Tak letak gula.
– Last sekali masukkan daun ketumbar. Dah siap.
Ulam nasi ni, daun kobis, timun batang dan tomato.
Ayam Bakar Geprek
– Isi ayam perapkan dengan sedikit garam dan kunyit. Dibakar guna pemanggang ajaib.
– Cili padi merah 5 biji, 6 biji tomato ceri, sedikit belacan dan 2 biji bawang merah kecil.
– Panaskan kuali, tambah 1 sudu kecil olive oil. Gorengkan sekejap cili, tomato, belacan dan bawang merah.
– Lepas tu, masukkan dalam lesung, tambah sedikit garam. Tumbuk.
– Dah siap. Boleh letakkan atas ayam bakar tadi.
Tortilla Wrap
– Isi ayam perasakan dengan blackpepper dan garam, grill dalam kuali. Dah masak. Potong-potong sikit)
– Tomato ceri belah 2.
– 2 biji bawang merah kecil didadu.
– 2 helai salad dipotong biasa.
– 1 sudu kecik mayonis
– Chili flakes
– Blackpepper
Gaul semua bahan tadi, ayam, tomato, bawang, salad, mayonis, chili flakes dan blackpepper.
Balutkan guna tortiIlla, dan panaskan diatas pan sekejap.
Resepi Salad Telur Rebus
– Salad lettuce yang hijau dan purple gelap. Potong besar, basuh bersih dan toskan air.
nya.
– 2 biji telur rebus sampai masak, kupas kulit dan belah 4.
– 1 batang timun jepun size kecil (potong)
– Tomato ceri belah 2.
– Dalam 1 mangkuk, masukkan salad, timun jepun, tomato, chili flakes, blackpepper dan sedikit whitepepper. Gaul lembut-lembut sampai sebati.
Resepi Roti Telur Cheese Microwave
– 4 keping roti wholemeal purple.
– Susun elok atas pinggan, tekan bahagian tengah dengan jari atau sudu.
– Kemudian, pecahkan telur ditengah-tengah roti. Guna telur gred c. Kecil sikit. Pecahkan telur kuning kalau suka.
– 2 keping cheese, belah 2, guna separuh je untuk sekeping roti. Susun-susun cheese tepi telur. Taburkan pepper dan chili flakes.
– Masukkan dalam microwave. Tekan masa dalam seminit setengah, atau sampai telur masak bergantung pada microwave masing-masing.
Potato Chicken Salad
– Potato ni beli kat pasar malam je 10 biji kecik comel-comel. Belah 2 dan rebus sampai empuk.
– Dah masak toskan dan biarkan sejuk.
– Rebus isi ayam. Dah masak carik-carikkan isinya.
– Dalam mangkuk, masukkan potato, ayam, tomato ceri belah 2, garam, blackpepper dan chili flakes. Gaul sebati. Siap
– Makan sejuk pun sedap.
Telur Hancur Cendawan Butang/Shiitake
– 2 biji bawang putih cincang
– 4 biji cendawan (hiris nipis)
– 3 biji telur ( pecah dalam mangkuk dan tambah sedikit garam, kacau)
Panaskan pan, tambah 1 sudu kecil butter, masukkan bawang putih.
Lepas tu masukkan cendawan. Tambahkan chili flakes dan blackpepper.
Last sekali masukkan telur. Kacau-kacau selalu. Masak sekejap je.
Telur dah masak angkat terus letak dalam pinggan.
Boleh makan saja, dengan roti tau tortilla.
Sedap tau.
Resepi Tortilla Telur Dadar
– 2 keping tortilla.
– 3 biji telur. Pecahkan dalam mangkuk dan tambahkan sedikit garam.
– Panaskan kuali, saya guna yang nonstick.
– Tuang separuh telur. (dalam pan tu telur jadi bulat)
– Sementara telur masak, cepat taburkan sedikit chili flakes dan sedikit pepper.
– Lepas tu letak tortilla atas telur. Telur tu akan melekat dengan tortilla.
– Terbalikkan dan lipat dua dan angkat. Dah siap.
Roti Bakar Dengan Telur Hancur
Roti bakar dengan pan, sebelum bakar sapu sedikit butter.
🌼Resepi telur hancur.
– 2 biji telur, kacau-kacau dan tambah sedikit garam.
– Panaskan pan, saya guna yang nonstick.
– Tambahkan setengah sudu butter, masukkan telur. Sentiasa kacau dari tengah ketepi. Masak sekejap je.
– Dah masak tabur pepper dan chili flakes.
Breakfast Platter (untuk 3 orang makan)
– 2 keping tortilla potong segitiga
– Beef Pepperoni
– Beef salami
– Cheddar cheese
– Salad
– 2 biji telur (goreng mata kerbau separuh masak)
– Tomato ceri belah 2,grill sekejap dalam pan.
– 6 keping roti baguette (yang panjang keras tu) potong dan titiskan olive oil.
– Sedikit sos cheese
Susun kan cantik dalam pinggan, cara makan ambik tortilla, letak Pepperoni, letak cheddar cheese, letak tomato. Masuk mulut.
Resipi Lempeng Kelapa Yang Lembut & Rasa Lemak-lemak, Ini Cara Masaknya
Lempeng kelapa sangat sesuai dijadikan sarapan pagi mahupun minum petang. Boleh juga dijadikan menu untuk bekalan anak ke sekolah. Mama boleh buat lebih supaya anak-anak boleh kongsi dengan kawan-kawan di sekolah.
Lempeng kelapa yang mudah dan ringkas ini memang enak dimakan bersama kuah kari dan juga sambal sardin. Jom kita cuba resipi lempeng kelapa seperti yang dikongsikan Dapur Kak Chik. In Sha Allah sedap dan lembut sampai ke petang.
BAHAN A (dikisar)
1 biji telur
2 keping roti
1 cawan air
BAHAN B:
4 cawan tepung gandum
Garam
2 sudu susu pekat
Air secukupnya
2 sudu minyak @marjerin cair
1 cawan kelapa parut
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan bahan A dan B – bancuh sekata agak-agak kepekatannya.
2. Kisar sekali lagi.
3. Masukkan dalam bekas dan campurkan kelapa parut.
4. Masak dengan cara lenggangkan di atas kuali non stick macam buat kuih gulung. Apabila siap bolehlah dihidangkan bersama sambal sardin atau kuah kari.
Sumber kredit: Sumber kredit: Dapur Kak Chik via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!