Sesekali mencuba menu ala Thai di hujung terasa cukup istimewa untuk sajian anak-anak. Tak perlu dengan lauk pauk yang banyak, cukup hanya dengan Siakap Stim Limau Ala Thai, Sayur serta Udang Belon ini yang pasti buat anak-anak dan suami makan bertambah.
Nak tahu resipinya bagaimana? Jom cuba resipi empat bahan yang dikongsikan oleh Fatyma Idris ni. Memang meletop!
RESEPI UDANG BELON ALA THAI GUNA 4 BAHAN JE
Bahan-bahan
Udang
Tepung blue key self raising flour (kotak warna pink)
Telur
Garam secukup rasa
Air secukupnya
1. Bersihkan udang. Buang kulit udang tapi bahagian ekor dibiarkan je.
Ads
2. Campur semua bahan-bahan yang lain. (tepung, telur, garam)
3. Masukkan air secukupnya. Taknak cair sangat, tak nak pekat sangat. Buat biar boleh lekat elok adunan tepung dengan udang.
4. Celup udang dalam adunan tepung kemudian goreng dalam minyak yang panas.
Ads
5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.
Nota: Untuk hasilkan udang belon yang cantik boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang jadi tak perlu nak belah belakang udang tu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Spaghetti antara menu kesukaan kanak-kanak dan juga menu yang mudah untuk para ibu sediakan. Bagi ibu-ibu yang sibuk bekerja ataupun nak mudah sediakan sarapan serta bekal untuk anak boleh cuba resipi spaghetti aglio olio ini.
1) Mula-mula, rebuskan spaghetti bersama 1 sudu minyak masak. Rebus selama 7-8 minit dan tapiskan. Simpan sikit tau air rebusan tu untuk digunakan kemudian.
2) Dalam kuali yang yg lain, masukkan olive oil (saya guna minyak masak biasa) dan tumis bawang putih yang telah dihiris. Agak dah naik bau tu, baru saya letak cili kering yg telah dipotong. Saya letak lambat sikit takut hangit.
3) Kemudian,masukkan udang, sotong dan sosej. Masak selama 1 minit. Lepastu masukkan pula sedikit air rebusan spaghetti tadi.
Ibu bapa akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk memastikan si manja mereka membesar dengan sihat dan bijak.
Tempoh yang penting untuk perkembangan otak adalah sebelum si manja mencecah umur 5 tahun.
Menurut kajian, otak kanak-kanak akan berkembang sehingga 90%1 sebelum mencecah umur 5 tahun. Oleh itu, keupayaan mereka untuk melihat, mendengar dan bertutur pada tahap ini akan berkembang pesat.
Perkembangan lobus frontal (bahagian depan otak) yang betul adalah sangat penting untuk kanak-kanak. Lobus frontal yang berkembang baik adalah penting untuk aktiviti kognitif termasuk perhatian, perancangan dan penyelesaian masalah-masalah.2
Memilih makanan berkhasiat untuk anak bukanlah terlalu sukar sebenarnya. Apa yang penting ibu perlu menyediakan pelbagai makanan daripada empat kumpulan makanan penting dan ia dikira menjadi kemungkinan pemakanan terbaik untuk pertumbuhan, perkembangan dan pembelajaran anak anda.
1.Buah dan sayur-sayuran
Buah dan sayur-sayuran memberikan tenaga, vitamin, anti-oksida, fiber dan air pada badan si kecil. Ia membantu melindungi badan anak daripada pelbagai jangkitan penyakit.
2.Makanan bijirin
Makanan bijirin termasuk roti, nasi, pasta, jagung, dan pelbagai lagi. Kumpulan makanan ini memberikan tenaga untuk anak membesar.
Makanan bijirin dengan rendah indeks gylcaemic seperti pasta dan roti diperbuat daripada gandum penuh memberikan tenaga berpanjangan kepada kanak-kanak.
3.Makanan tenusu
Susu, keju dan yogurt terkenal dengan kandungan protein dan kalsium yang tinggi membantu membina tulang dan gigi yang sihat. Cuba hidangkan makanan tenusu berbeza kepada anak setiap hari seperti minuman susu, kepingan keju, semangkuk yogurt dan bermacam lagi.
4.Protein
Jangan abaikan protein dalam penyediaan makanan anak. Protein penting untuk tumbesaran dan perkembangan otot kanak-kanak.
Makanan yang tinggi protein termasuk daging, ikan, telur ayam, kacang, kacang kuda, tofu dan kekacang. Makanan ni turut mengandungi lain-lain vitamin dan mineral seperti zat besi, vitamin B12 dan asid lemak omega-3.
Zat besi dan asid lemak omega-3 daripada daging merah dan minyak ikan adalah paling penting untuk perkembangan dan pembelajaran otak kanak-kanak.
60% otak kita juga terdiri daripada lemak dan salah satu lemak yang paling penting adalah DHA atau docosahexaenoic acid3 kerana ia membantu perkembangan otak kanak-kanak.
Kajian menunjukkan bahawa dengan penambahan DHA dalam diet kanak-kanak meningkatkan kognisi (proses pemikiran seperti mengingati, menaakul, menganalisis dan menyelesaikan masalah) dan tingkah laku4serta fokus5 mereka.
Tidak hairanlah bahawa ramai ibu di Malaysia memilih Dutch Lady Nutri Plan™ dengan 5X DHA7.
Bukan itu sahaja, setiap hidangan susu Dutch Lady Nutri Plan™ mengandungi FOS (sejenis fiber) serta 20 vitamin dan mineral untuk menyokong perkembangan keseluruhan kanak-kanak.
RUJUKAN/Reference:
1 Early Childhood Education Degrees, The Milestones of Your Little Rocket Scientist’s Development, 2013, available at http://www.early-childhood-education-degrees.com/milestones/.
2 Anderson V., Fenwick T., Manly T., Robertson I. Attentional skills following traumatic brain injury in childhood: A componential analysis. Brain Inj. 1998;12:937–949. doi: 10.1080/026990598121990.
3 Chang C.Y, Ke D.S, & Chen J.Y. Essential fatty acids and human brain. Acta Neurol Taiwan. 2009 Dec; 18(4):231-41. Retrieved September 5, 2017, from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20329590.
4 Kuratko CN, et al. Nutrients. 2013 Jul; 5(7): 2777–2810.
5 Lauritzen L, et al. Nutrients 2016;8(1):1-17.
7 Berbanding dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak terdahulu (tahun 2009)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain kek dan puding, muffin juga tidak ketinggalan hebatnya di hari raya. Muffin raya cute yang disediakan oleh cikgu masakan popular, Azlina Ina Fans ini paling mudah hendak disediakan.
Bukan hanya mudah bahkan muffin raya ini cukup gebu, lembut dan lembap. Lagi nikmat bila ketika makan panas-panas. Jom sediakan untuk anak-anak kita.
Bahan-bahan:
4 biji telur
esen vanila
1 cawan gula mana yg suke manis tambah lg
1 cawan butter di cair kan
1 cawan 1/2 tepung self rising + 1 sk soda bikarbonat
klau xde boleh pakai tepung gandum ek plus 1sk soda bikarbonat dan 1 sk baking powder (ayak)
1/2 cawan serbuk koko/milo
1/2 cawan tepung susu
1sk serbuk coffee
1/4 cawan air panas
Satukan telur, gula esen vanila kacau guna senduk je senang.
Tambah butter di cair kan tadi dan kacau lagi.
Tepung elok ayak dulu ek, masuk tepung kacau rata.
Last serbuk koko dan coffee pun kacau rata.
Masuk air panas dan kacau rata siap.
Isi 3/4 cup muffin yang korang suka, tabur coklat chip atau badam ikut suka. Panas kan oven, set masa 25-30 minit bakar suhu 170 api atas bawah.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.