Rezeki Allah Anak Ramai! Isteri Dr Sheikh Muszaphar Hamil Lagi Anak Kembar

Share

Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 47, mengumumkan berita gembira bakal menerima anak kembar tidak lama lagi.

Menurut beliau kini isterinya, Datin Dr Halina yang bakal menginjak usianya 40 tahun pada Oktober depan sedang hamil tiga bulan.

Syukur masih diberi rezeki

“Alhamdulillah. Syukur teramat. Dr Halina kini mengandung 13 minggu anak kembar.

“Saya hanya gembira, tidak dapat berkata-kata. Seperti Dejavu sekali lagi,” tulisnya.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya beserta foto lengkap bersama ahli keluarganya.

Impikan sebuah keluarga besar

Tambah Muszaphar, dia dan isteri sentiasa menginginkan sebuah keluarga yang ramai.

Namun begitu, dia sedar mengandung anak kembar ini sangat berisiko berdasarkan pengalaman lalu yang dilalui oleh mereka berdua.

“Kami selalu mahukan keluarga besar. Tetapi mengandung anak kembar semasa hamil adalah risiko yang sangat tinggi seperti yang pernah kami alami sebelumnya.

“Mual berganda. Muntah berganda. Kembung berganda. Teringin berganda. Pendarahan berganda seperti yang pernah dialami isteri,” tulis ayah kepada empat orang anak ini.

Dr Halina kuat, layak dihormati

Walaupun sedang berbadan dua, Dr Halina masih melaksanakan tanggungjawabnya sebagai barisan hadapan (frontliner) bagi merawat pesakit Covid-19.

“Sukar melihat Dr Halina melalui trimester pertama dan masih bekerja sebagai frontliner yang merawat pesakit Covid dan dia benar-benar layak untuk dihormati.

“Satu-satunya perkara yang dapat saya lakukan ialah menambah berat badan bersamanya yang merupakan sebahagian daripada perjanjian. Haha.

“Salam semua. Cinta seperti selalu. Sekadar berkongsi berita gembira. Jadilah kuat cintaku. Hanya bertahan di sana dan serahkan beban kerja anak-anak kepada saya,” tulisnya lagi.

Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Sumber: Ig Dr Sheikh Muszaphar

IKLAN