Kehamilan

“Rezeki Allah” Isteri Dah Sarat 8 Bulan, PU Amin Umum Bakal Timang Anak Keempat!

Share

Rezeki Allah tak pernah tersalah alamat. Pencetus Ummah, PU Amin menyampaikan perkhabaran gembira kehamilan isterinya yang rupa-rupanya kini sudah pun berusia lapan bulan.

Berkongsi khabar gembira itu di Instagramnya, PU Amin turut memaklumkan kehamilan isterinya itu merupakan anak keempatnya.

Berkongsi sekeping gambarnya bersama isteri di hadapan sebuah hospital pilihannya, PU Amin amat bersyukur dengan rezeki pemberian Allah SWT ini.

“Rezeki Allah. Baby dalam perut dah 8 bulan. Anak ke 4. Doakan ya,” katanya berkongsi.

Dalam pada itu, penceramah bebas itu juga turut berterima kasih kepada yang sentiasa mendoakannya dan isteri agar dipermudahkan segala urusan.

“Moga doa doa yang baik itu turut dikembalikan pada kalian semua.

“Saya doakan anda juga dianugerahkan buah hati cahaya mata yang terbaik dari Allah Swt.

” Pakgad ni sampai duduk atas jalan tolong amek gambar. TQ Pakgad. Salam Ramadhan,” kongsinya lagi.

Sementara itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan pendakwah dan selebriti turut sama mendoakan kesejahteraannya bersama isteri serta ucapan tahniah di atas kurniaan rezeki.

Semoga kelahiran bayi keempat pada bulan hadapan dipermudahkan Allah SWT.

 

Terdahulu, PU Amin mendirikan rumah tangga bersama isterinya pada tahun 2012 dan kini pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Aisyah Sofea, Abdullah Umar dan Fatimah Zahra.

Artikel menarik: Dia Boleh Jumpa Kawan, Dayah Bakar Hantar Anak Ke Sekolah, Seronok Tengok Gelagat Fahri

**Nak menang hadiah menarik dari SSPN, boleh hantar penyertaan Cabaran RM10 mengikut kreativiti anak. Nak tahu lanjut boleh klik sini

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @pencetusummah_amin

IKLAN