Rezeki Dapat Selang Bunga! Adira Syukur Kelahiran Anak Ke-4 Dipermudahkan

Share

Alhamdulillah penyanyi Adira Suhaimi telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.5 kilogram menerusi kaedah pembedahan kira-kira jam 1.00 petang (29 September 2022)

Mengucapkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata keempatnya, Adira, 31, berkata dia dan bayi berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah..pembedahan berjalan dengan lancar. Saya dan bayi berada dalam keadaan baik.

“Mujur ibu juga turun ke Kuala Lumpur bagi membantu menguruskan saya dan anak-anak. Terima kasih di atas doa semua. Kini fokus untuk berpantang saja,” katanya.

Perkhabaran gembira itu turut dikongsikan penyanyi lagu Ombak Rindu itu menerusi sebuah hantaran terkininya di instagram.

Terdahulu, Adira berhasrat ‘tutup kilang’ selepas kelahiran cahaya mata keempat.

Imbas kembali, Adira mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini turut dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.

Kredit: IG Adira Suhaimi, BH

Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race! Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

IKLAN