Pelakon yang satu ini diakui sering membantu golongan yang berkemampuan, lebih-lebih lagi yang mempunyai anak kecil.
Jika dahulu Anzalna pernah menghadiahkan mainan dan pakaian untuk anak-anak yatim, kali ini ibu kepada Eidrees dan Emirhan ini bermurah hati untuk berkongsi rezeki dengan seorang bapa tunggal.
Menerusi Instagramnya, Anzalna Nasir turut memuat naik videonya yang berbelanja barangan keperluan bayi bersama bapa tunggal.
“Rezeki yang Allah bagi perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan.
Ads
“Kali ni Anzalna bawa single daddy bersama anak kesayangan shopping di tempat kegemaran Anzalna,” katanya berkongsi.
Malah kata Anzalna lagi, dia juga akan turut membawa keluarga yang memerlukan barang baby untuk sama-sama mendapatkan keperluan mereka.
“InsyaAllah nanti Anzalna akan bawa lagi keluarga yang bertuah shopping. Korang tolong tag keluarga yang memerlukan barang baby,” tulisnya ikhlas.
Ads
Anzalna sebelum ini sering membantu golongan yang kurang berkemampuan serta anak-anak yatim yang memerlukan perhatian.
Ads
Meninjau di ruangan komen, sikap pemurah selebriti ini sudah semestinya dipuji ramai malah ramai yang terharu melihat keikhlasan Anzalna membantu ramai pihak.
Kehadiran varian baru Covid-19 yang dikenali sebagai Omicron menyebabkan kes jangkitan di seluruh dunia semakin meningkat. Malaysia juga tidak ketinggalan, namun disebabkan kerana sudah ramai rakyat Malaysia yang sudah divaksin, 90 peratus dan lebih pesakit adalah daripada kategori 1 dan 2 sahaja.
Biasanya untuk pesakit Covid kategori 1 dan 2 dibenarkan untuk kuarantin di rumah sahaja. Sudah semestinya kita berdoa agar dijauhkan daripada virus yang merbahaya ini, namun jika ditakdirkan ada ahli keluarga atau anda sendiri yang dijangkiti, ini yang boleh anda lakukan di rumah!
Kuarantin Di Rumah
Walaupun kes di Malaysia semakin naik, ada berbezaaan positif jika dibandingkan dgn meningkatan kes sekitar Julai 2021. Jika dulu sewaktu zaman Delta variant, kita sangat risau dgn kes “happy hypoxia” yang mana pesakit tiba2 mati mendadak tanpa sedar kandungan oxygen dalam badan rendah. Malah kes2 kategori 3,4,5 juga sangat tinggi ketika itu.
Skrg walaupun kes sampai 20 ribu, 99.41% adalah kategori 1 dan 2 shj, dan hanya 0.59% adalah kategori 3,4,5. Sekiranya anda ditakdirkan dijangkiti Covid-19 dan mengalami gelaja kategori 1 dan 2A, anda boleh kuarantin di rumah shj.
Tip Kuarantin Di Rumah
Tips kuarantin di rumah:.
1. Rehat secukupnya.
2. Minum air secukupnya dan makan makanan berkhasiat
3. Monitor gelaja di rumah dengan thermometer (check suhu badan) dan oximeter (check level oxygen)
4. Ambil ubat jika perlu dgn nasihat doktor, contohnya ubat demam sekiranya demam, ubat selsema sekiranya selsema.
5. Jaga kebersihan diri, kerap basuh tangan dengan sabun dan sanitasi persekitaran anda
Elakkan:
1. Menerima melawat yang ingin menziarahi
2. Jangan keluar dari rumah. Boleh order makanan secara online sahaja
3. Berkongsi bilik air dan ruang dengan ahli keluarga lain
4. Berkongsi sudu, garfu, pinggan, cawan dan lain-lain
Kena Jaga Ahli Keluarga Positif Covid-19
Tips kalau anda negatif Covid19, tapi kena jaga ahli keluarga yang positif:
Buat mama papa yang mahu anak lancar Bahasa Inggeris, jom sertai E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel istinewa seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato’ Dr Sheikh Muzaphar. E-Workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!. Jom, daftar sekarang di: https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi dan kanak-kanak yang masih mempunyai temujanji untuk mendapat suntikan imunisasi atau vaksin perlu meneruskan rawatan seperti dijadualkan bagi mengelakkan mereka mendapat penyakit lain.
Ketua Penolong Pengarah Sektor Kesihatan Ibu Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tuty Aridzan Irdawati Mohsinon, berkata vaksin dan imunisasi berkenaan antara suntikan penting kepada bayi dan kanak-kanak berkenaan.
Jangan tangguh vaksin bayi bimbang kesan lain
Sekiranya vaksin atau imunisasi itu diberikan lewat dari tarikh yang dijadualkan, bimbang sekiranya suntikan itu tidak lagi berkesan kepada bayi atau kanak-kanak berkenaan.
“Kedua-dua suntikan itu adalah perkhidmatan penting walaupun semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara ini. Jadi ibu atau bapa perlu membawa anak mereka mendapatkan perkhidmatan berkenaan.
“Selain perkhidmatan vaksin dan imunisasi, antara rawatan penting yang diteruskan semasa PKP ialah rawatan kepada ibu yang sedang menerima pil perancang serta lawatan jururawat di rumah bagi melihat keadaan ibu dan anak selepas dilahirkan.
“Bagi yang mendapatkan rawatan jururawat ke rumah, sekiranya ada kontak rapat atau pesakit dalam pemantauan (PUI) COVID-19 di rumah terbabit, perlu memaklumkan perkara itu supaya jururawat dapat bersedia terlebih dahulu sebelum memberikan rawatan terbabit,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi siaran langsung di Facebook KKM yang bertajuk ‘Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak semasa penularan COVID-19’. Turut bersama dalam siaran langsung berkenaan ialah Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan AU2, Keramat, Dr Zamzarina Ahmad.
Ibu berada luar daerah, perlu hubungi klinik kesihatan terdekat buat temujanji baru
Sementara itu, Dr Zamzarina berkata, bagi ibu yang masih berada di kampung semasa PKP ini dan mempunyai temujanji di klinik kesihatan berlainan daerah dan negeri juga perlu meneruskan perkhidmatan berkenaan.
“Mereka perlu hubungi klinik berdekatan dengan lokasi yang mereka duduki itu untuk mendapatkan tarikh temujanji baharu atau pun meneruskan temujanji berkenaan di klinik kesihatan berdekatan.
“Mereka hanya perlu membawa buku kesihatan yang diberikan oleh klinik kesihatan sebelum ini, kita faham semasa perintah PKP ini masyarakat tidak boleh merentasi daerah atau negeri. Jadi bagi mereka yang terperangkap di kawasan jauh dari klinik sebelum ini, mereka boleh dapatkan rawatan yang sama di klinik kesihatan berdekatan,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Zamzarina berharap ibu yang membawa anak mereka ke klinik tidak perlu bimbang dijangkiti virus COVID-19 kerana kaunter saringan kesihatan COVID-19 diletakkan jauh dari Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak.
“Selain itu, di dalam klinik juga kita menyediakan cecair pembasmi kuman serta menjaga jarak sosial. Malah sekiranya ibu terbabit datang bersama suaminya, hanya wanita berkenaan dibenarkan masuk ke klinik bagi mengelakkan ramai orang dalam satu masa,” katanya.
Bagi yang pernah mengikuti kisah anak comel, Adelia dengan pengasuh yang dipanggil Patti mesti tahu keakraban mereka berdua. Ibarat seperti ibu dan anak hubungan kedua-duanya.
Walaupun berlainan bangsa, namun itu bukan penghalangnya kerana kasih sayang mereka buatkan ramai yang ‘cemburu’ dan tumpang gembira. Manakan tidak, Adelia seolah mengerti insan yang menjaganya itu sangat ikhlas menyayanginya.
Terbaru, menerusi perkongsian di instagram araavaniella, Adelia comel dalam persalinan baju tradisional orang India sempena menyambut perayaan Deepavali.
Menggayakan baju Pattupavadai yang berwarna hijau dan pink menyerlahkan kecomelan Adelia. Lagi menarik perhatian Adelia siap memakai aksesori gelang yang sama dengan warna baju. Comel sungguh!
Kapsyen yang ditulis oleh ibu Adelia begitu mencuit hati kerana seolah-olah Adelia nak tapau semua perayaan.
“Budak ni dah sambut raya puasa dan raya haji sebelum ni. Semalam dia sambut Deepavali pulak..semua raya dia nak tapau.
“Ibu video call pun dia tak mau layan. Dia tak tau dia anak angkat patti je tu tapi dia punya lagak macam patti tu dia sorang ja punya.
“Thanks aunty and family for creating this memories❤️,” tulisnya.
Di ruangan komen, ramai yang seronok melihat manjanya Adelia dengan Patti.
“Apa dia ingat Patti ke yang bersalinkan dia… amboiiiii adik😍 dah tak pandang ibu dia dah😂 chumil chumil”
“Kasih nenek ni lain..ibu pun kalah”
“Happy betul dia sambut Deepavali. Comel ❤️❤️❤️”
“Kening on point liya oiii”
Beruntung Adelia kerana dapat keluarga pengasuh yang melayan dan manjakan seperti anak dan cucu sendiri. Tak berkira dalam semua aspek. Memang rezeki Adelia dan ibunya. Seolah-olah Allah nak mudahkan juga ibunya kerana terpaksa tinggal berjauhan dengan ayah Adelia atas faktor kerja.
Bila lihat anak-anak dijaga elok pengasuh, kita sebagai ibu pun rasa senang hati nak keluar bekerja. Malah menurut ibu Adelia, yang menjadi masalahnya tiap kali nak balik rumah Adelia menangis.
Biasa budak lain menangis tak mahu berpisah dengan ibu atau ayah, tetapi Adelia pula terbalik tak mahu berenggang dengan Pattinya.
Moga keakraban hubungan ini terus berkekalan dan patti juga diberi kesihatan yang baik untuk menjaga Adelia. Memang betul Keluarga Malaysia!