Berita gembira buat warga Johor. Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, Johor akan menjadi negeri pertama yang menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi.
Menurut laman rasmi, theroyaljohor , tawaran itu dilakukan menerusi penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JDTC) yang dilancarkan pada 3 November lalu.
Dalam pada itu, baginda bertitah, kerajaan negeri menerusi Johor Plantations Group Berhad (JPG) berjaya memeterai kerjasama dengan syarikat Jepun, Fuji Oil Asia Pte Ltd untuk membina kilang penapisan minyak sawit serta lemak khusus di negeri ini.
Ads
“Kerjasama ini membabitkan nilai pembangunan awal berjumlah RM500 juta. Kerajaan Negeri Johor turut bertemu dengan 83 syarikat terkemuka di Korea Selatan untuk mempromosikan inisiatif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan bakal membawa pelaburan strategik bernilai kira-kira AS$190 juta ke negeri ini,” titah baginda.
Titah baginda lagi, projek-projek berkenaan dijangka akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk Bangsa Johor dalam beberapa tahun akan datang.
Dalam kenyataan di laman rasmi berkenaan, baginda memberitahu bahawa dalam masa terdekat Istana Besar Johor dan Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan akan dinaik taraf sebelum dibuka kepada umum.
Ads
Terdahulu, pengumuman itu telah dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan berkata, hasrat Johor itu akan dicapai dengan penubuhan JTDC.
Apabila terlalu letih, seorang isteri cenderung untuk marah-marah. Apatah lagi jika suaminya seperti tidak memahami dan buat tidak peduli seolah-olah tiada apa berlaku. Isteri kurang suka berkongsi masalahnya jika dia merasakan hal itu remeh kerana tidak mahu suami berasa risau. Namun, jika terlalu kerap memendam perasaan ia boleh menyebabkan seorang wanita tertekan dan mula protes. Ketika itulah suami akan nampak yang isteri sering marah.
Menurut Abu Hurairah Asifa, isteri yang kerap marah adalah kerana dia sudah tidak mampu untuk menguruskan emosinya yang berat. Kadang-kadang suami dan anak-anaklah menjadi mangsanya. Oleh itu, suami kena selalu berkomunikasi dengan isteri dan jadi pendengar yang baik. Ada beberapa kaedah yang dikongsikan oleh penulis ini untuk membantu isteri yang kuat membebel atau selalu marah-marah berubah menjadi isteri serta ibu yang penyayang.
INI CARA BOLEH SEJUKKAN HATI ISTERI
Sejak akhir-akhir ni, isteri kerap marah.
Masuk kereta marah, balik rumah marah, tengah mandi marah, dekat dapur marah, tengah suap makan marah, tengah jalan marah.
Allahu, kadang tak mampu menghadapi isteri yang marah ni. Lihat wajahnya sudahlah ngeri, senyumannya menjadi masam macam susu basi, kata-katanya seperti petir yang menyambar bumi. Hanya rupanya masih lah seorang Siti.
Bila dia marah, saya lebih banyak diam. Selawat dan minta Tuhan tolong kuatkan hatinya. Kuatkan jiwanya. Kuatkan segalanya. Saya cuba faham tapi tak boleh tanya kenapa.
Kadang berhari-hari melayani marahnya.
Ada masa sejam dua kemudian tambah seminit tiga semula.
Diam dan sabar sahaja, itu kuncinya. Walau demi Allah, tak pernah mudah.
Selesai isteri marah, saya ajak makan. Bagi dia makan apa yang dia suka. Ajak dia pergi Ikea atau mana tempat yang dia suka. Pergi bata beli kasut baru untuknya.
CUBA TANYA DAN SELAMI HATI SEORANG ISTERI
Dalam kereta, saya tanya biasa saja.
“Boleh abang tahu kenapa awak marah-marah? Saya kesian dengan awak. Tapi, saya mampu diam sebab saya tak tahu apa masalah sebenar”
Isteri diam. Dia tundukkan wajahnya.
Rupanya dia terbeban. Ya, apalagi dalam hidup hari ini, suami dan isteri perlu saling memburu untuk kelangsungan hidup, maka itu amat menekan emosi isteri.
Dalam dia sibuk bekerja, sebenarnya dia mahu duduk dirumah. Dia mahu hiburkan suaminya. Dia mahu jaga anak-anaknya. Dia mahu masak yang sedap-sedap untuk orang yang dia sayang. Dia mahu memeluk mesra suami dan anaknya.
Tapi, dia tak boleh. Dia juga kena bekerja. Dia juga kena berusaha.Dia kena mencari rezeki bersama. Dia juga tertekan dengan rakan dan stafnya. Dia juga menhadapi bisnes yang turun dan naik.
Itu membuatkan isteri kita akan jadi marah.
Maka, dia bukan marahkan suaminya. Dia cuma tak tahu nak meletakkan marah itu dimana.
Sebab itulah yang kita lihat banyaknya status luahan di KRT atau FB adalah dari wanita yang begini rupa. Mereka marah tanpa mereka sedar.
Jadi apa yang kita boleh buat sebagai suami?
Sama ada kita suka atau tidak, kita hadapi saja marahnya. Panasnya. Emosinya. Rajuknya. Leternya.
KENAPA ISTERI BEGITU?
Sebab, hanya suami yang isteri kita ada.
Isteri tidak pandai main futsal untuk hilangkan tensen macam kita. Isteri tak reti download movie dan menontonnya sambil suka-suka. Isteri tak pandai keluar berhibur tanpa anak dan suaminya.
Apabila isteri cuba bicara tentang masalah mereka, pada pandangan pihak suami pula terasa yang mereka diberi tanggungjawab untuk memberi penyelesaian pada masalah tersebut.
Tidak! Tak perlu selesaikan pun.
Di sini suami harus faham dimana mereka tidak perlu mencanangkan sebarang penjelasan atau penyelesaian tetapi apa yang perlu dibuat adalah mendengar dan memahami apa yang diluahkan dari hati wanita.
Kerana, apabila isteri mahu meluahkan apa yang dia rasa, itu tanda kita lelaki yang paling dia cinta dan percaya.
Selamat berjuang buat suami yang selalu sabar dengan karenah isteri mereka.
Si comel Nur Aisywara Nealofa, anak keempat pempengaruh dan MUA, Mua Bellaz sentiasa mendapat perhatian ramai. Mana tidaknya, ada sahaja aksi comelnya yang dikongsikan oleh ibunya di media sosial.
Perkongsian gambar Aisywara atau nama panggilannya Wara yang tampil dengan pakaian ikan duyung buat ramai yang geram.
Mana tidaknya, tidak hanya berpakaian ala ikan duyung berwarna merah jambu bahkan Wara dengan begitu berani memegang seekor itik kesayangannya.
“Itik dia dah besaq gais. Mermaid & itik, selalu mermaid dengan tapak sulaiman kan.
“Dia ni kan, memang feeling watak sangat tau Wara oii,” tulis Mua Bellaz berseloroh menerusi kapsyennya.
Perkongsian video pendek si comel Aisywara yang muncul sebagai ikan duyung di dalam banjir buat ramai terhibur. Memang serius comel!
Rata-rata pengikut setia Mua Bellaz turut teruja dengan gaya Wara serta meninggalkan pelbagai komen.
Terdahulu, Mua Bellaz dan suaminya dikurniakan empat cahaya mata bernama Airis Alisha, Aidil Mikhail, Ean Yusuf dan Nur Aisywara Nealofa.
Tidak ramai yang menyedari hakikat ini, tetapi ia benar-benar berlaku. Maklum sajalah semua orang ‘berkepit’ dengan telefon bimbit hatta ke tandas pun dibawanya. Dalam tidak sedar, kita meletakkan telefon bimbit itu di carta teratas, mengatasi yang lain-lain.
Rumah tangga juga boleh terkesan kerana ada masanya si isteri merasakan sang suami terlalu asyik membelek dan menatap telefon bimbit, melebihi dirinya. Biar jadi telefon bimbit lagi bagus, selalu dibelek suami! Begitulah perkongsian menarik dari pengguna akaun Facebook, Firdaus Shakirin ini, yang mengatakan banyak rumah tangga hilang serinya sebab handphone.
“Telefon yang kita pegang selalu tu, banyak isteri di luar sana yang rasa “diduakan” suami dengan benda tu”
Banyak Rumahtangga Hilang Serinya Sebab Handphone
Semakin jauh hubungan dalam rumahtangga bukan sebab perempuan ketiga tetapi sebab handphone.
Tetapi realitinya itulah, demi sesuap nasi katanya. Maka kena pegang handphone 24 jam. Anak-anak pun tengok dan kesannya boleh mak ayah teka tak?
Zaman sekarang ni, tak perlu orang ketiga untuk meretakkan atau merenggangkan hubungan suami isteri, cukup dengan benda yang ada di hujung jari kita tu.
Telefon yang kita pegang selalu tu, banyak isteri di luar sana yang “di duakan” suami dengan benda tu.
Isteri sambut suami balik kerja, tapi suami masuk umah sambil mengadap handphone. Duduk kat ruang tamu, mata tengok handphone. Mandi, solat, kemudian pegang handphone. Waktu makan, handphone dibawa ke meja, tangan kanan makan, tangan kiri pegang handphone.
“Abang, kerja ok tak hari ni?”
‘OK’ tapi mata masih kat hadphone. Isteri mulanya datang nak bersembang, tapi terus blah sebab mood nak bersembang hilang. Suami tak layan, jawab sepatah-patah. Suami sibuk dengan handphone.
Ajak isteri keluar makan, sampai je kedai, tangan pegang handphone. Ajak isteri pergi melancong, jalan-jalan, sampai je kat destinasi, tangan pegang handphone. Ajak anak main kat playground, sampai je sana, tangan pegang handphone. Ajak isteri bershopping, beli barang dapur, tapi sambil tolak troli pun pegang handphone.
Handphone… handphone… handphone!
Jadi Jarang Berkomunikasi
Banyak rumahtangga yang hilang “serinya” disebabkan handphone. Hubungan yang dekat menjadi jauh. Masing-masing kurang berhubung, jarang berkomunikasi antara satu sama lain. Gelak tawa pun dah semakin tiada dalam rumah tu.
Tolong sedar sebelum terlambat. Handphone ni nothing, media sosial ni nothing, up to date or ketinggalan ke belakang untuk benda yang viral juga nothing. Semua itu adalah perkara yang kita tak perlu risaukan.
Yang kita perlu bagi perhatian, yang perlu kita risaukan ialah hubungan kita dengan pasangan, hubungan kita dengan anak-anak, hala tuju rumahtangga kita dan haluan hidup kita.
Untuk apa kita berkahwin, apa tujuan perkahwinan itu. Untuk apa kita jadi suami, apa fungsi seorang suami. Untuk apa kita jadi ayah, apa fungsi seorang ayah.
Ingat balik tujuan hidup kita, apa dan siapa yang kita nak jadi. Adakah kita sanggup kehilangan anak bini hanya disebabkan handphone?
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Kadang-kadang isteri ni tak minta lebih, cukuplah suami berikan sikit perhatian ketika mereka ajak bersembang. Lagipun bukan selalu nak berjumpa dan dapat masa yang berkualiti untuk berborak sama, terutamanya jika kedua-dua bekerja. Semoga dengan perkongsian dari Firdaus Shakirin ini dapat memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada kita semua untuk memperbaiki komunikasi antara satu sama lain.