Punya keluarga yang ramai memang seronok. Pasti meriah dengan adik-beradik yang ramai dan punya macam-macam karenah. Itu mungkin yang dirasakan buat penyanyi Aiman Tino dan kakaknya Fara Hazel yang baru tiga hari lepas ibunya melahirkan seorang adik perempuan.

Ibu kedua penyanyi itu, Hazelina, 43, melahirkan anak ke-11, pada Khamis lalu . Bapa mereka, Yusry Ishak ketika dihubungi berkata, bayi seberat 3.39 kilogram itu dilahirkan secara normal di Hospital Selayang pada jam 6.55 pagi.

Yusry berkata, proses kelahiran anak ke-11 ini memberi dugaan besar kepada isterinya apabila terpaksa berada di bilik bersalin hampir lapan jam.

“Ini satu-satunya proses kelahiran yang saya lihat isteri seakan sedang bertarung nyawa. Saya kasihan melihat keadaannya yang terpaksa bertahan hampir lapan jam di bilik bersalin .

“Selalunya kurang dari dua jam dia sudah melahirkan anak, tapi kali ini proses kelahiran  luar biasa. Jadi mungkin sudah tiba masanya untuk ‘tutup kilang’ seperti yang disarankan doktor, ” katanya.

Rezeki Ramai Adik-beradik, Ibu Aiman Tino & Fara Hazel Baru Lahirkan Anak Ke-11 Secara Normal.

Menurut Yusry, isterinya sudah dibenarkan pulang ke rumah mereka di Kuala Kubu Bharu, Selangor, hari ini.

IKLAN

Yusry berkata, seboleh-bolehnya dia mahu menambah zuriat lagi, tetapi usia isteri sudah mencecah 43 tahun. Dia juga akan membawa isterinya ke hospital untuk melakukan pembedahan kecil bagi mencegah kehamilan.

“Soal zuriat ini adalah rezeki Allah. Namun, disebabkan usia isteri yang semakin meningkat serta doktor juga menyarankan supaya isteri tidak lagi hamil, saya ikut saja.

“Lagipun masa menantikan isteri bersalin timbul rasa insaf dalam diri dan tidak mahu isteri hamil lagi kerana kasihan melihat keadaannya yang letih. Mujurlah saya ada di sisinya ketika itu. Saya juga bakal menimang cucu hujung tahun ini. Jadi nak tambah anak pun rasa tak sesuai,” katanya.

Aiman teruja terima adik baru

Ketika dihubungi oleh akhbar Harian Metro, Aiman Tino berkongsi rasa teruja apabila menerima kehadiran adik baru dalam keluarga mereka yang diberi nama Nina Delisya.

Aiman ketika dihubungi berkata, perasaan itu berbeza berbanding kali terakhir dia menerima adik baru ketika berusia 18 tahun.

IKLAN

“Perasaan itu berbeza berbanding sebelum ini. Mungkin sebab saya sendiri sudah dewasa dan lebih matang, jadi rasa lebih teruja berbanding ketika zaman remaja,” katanya kepada Harian Metro.

Aiman bagaimanapun perlu menjaga jarak dengan adiknya yang baru berusia tiga hari itu memandangkan wabak Covid-19 yang melanda negara sekarang.

Rezeki Ramai Adik-beradik, Ibu Aiman Tino & Fara Hazel Baru Lahirkan Anak Ke-11 Secara Normal.

“Kalau nak ikutkan, rasa geram dan nak gomol saja. Tapi, disebabkan situasi sekarang, saya pun berjaga-jaga. Selalunya, selepas mandi baru saya akan dekat dengan dia,” katanya.

IKLAN

Menurut Aiman, kehadiran anggota baru dalam keluarganya itu menambahkan lagi kemeriahan dan keceriaan rumah mereka.

“Sebelum ini, kami 11 beranak dan sekarang bertambah lagi seorang ahli keluarga. Bertambah meriahlah lagi.

“Itu belum lagi kira kakak dan abang yang sudah berkahwin kerana sekarang mereka menetap di tempat lain. Kalau tidak, sudah macam Hari Raya,” katanya

Selain Aiman dan Fara, Yusry dan Hazelina dikurniakan lapan lagi anak iaitu Mohd Aidil, 24, Nurfarazira, 23, Nur Isfasha, 17, Mohd. Haikal, 13, Nur Alya Mahsuri, 10, Nur Qaseh Mahsuri, 8, Mohd. Ikhwan, 5 dan Nur Nina Izara, 4.

Tahniah diucapkan kepada keluarga Aiman Tino dan Fara Hazel dengan kedatangan adik baru dalam keluarga. Pasti lebih meriah kehidupan mereka sekeluarga dengan kehadiran Nina Delisya.

Sumber: Harian Metro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI