“Villa yang dinamakan Rindu D’Villa Langkawi itu mengambil masa kira-kira tiga bulan pembinaan, selepas tercetusnya idea sejak Oktober lalu, ketika negara sedang melalui fasa peralihan ke endemik.”
Penyanyi Black Hanifah mengakui, usaha dan penat lelah selama tiga bulan berbaloi apabila villa impiannya di Pulau Langkawi, Kedah berjaya disiapkan sepenuhnya dalam masa ditetapkan.
Katanya, dia terlebih dahulu mengumpul maklumat, membuat kajian dan meneroka harga pasaran sebagai persiapan rapi memulakan projek terbabit, termasuk pembaharuan ditampilkan.
Menariknya, villa yang terletak di Kampung Bukit Lembu, Kedawang itu dibinanya sendiri, dibantu empat tukang yang dibawanya dari Kuala Lumpur.
“Idea tercetus tahun lalu selepas kita memasuki fasa peralihan ke endemik. Saya memang ada perniagaan rumah sewa di sini (Langkawi), jadi terfikir pula hendak menambah aset dan mengembangkan lagi pendapatan.
“Itu yang timbul idea untuk bina villa pula, tetapi boleh diinap oleh pelancong yang berkunjung ke sini.
“Tidak membuang masa, sekitar Oktober lalu, kerja pembinaan dimulakan dan saya bawa sendiri tukang rumah seramai empat orang ke Langkawi.
“Saya bina villa ini bersama mereka, berulang-alik dari Kuala Lumpur memandu sendiri kereta membawa barang binaan. Apa yang boleh dikatakan, saya puas dengan hasilnya hari ini,” kata Black yang kini berada di pulau peranginan tersebut bersama keluarganya.
Black atau nama sebenarnya, Hanifah Muhammad Hanafiah, 36, berkata, dia juga teruja kerana villa tersebut merupakan yang pertama di Asia berkonsepkan lantai ‘glow in the dark’.
“Konsep lantai ‘glow in the dark’ itu dicadangkan seorang rakan pembekal barangan. Dia boleh sahkan villa saya yang pertama menggunakan konsep itu di Asia kerana barangan berkenaan memang miliknya.
“Alhamdulillah, Rindu D’Villa sudah bersedia untuk menerima kunjungan tetamu dan tempahan sudah mula dibuka untuk bulan Mac ini,” katanya.
Ads
Mengulas mengenai harga yang dikenakan, Black memberi jaminan ia akan mengikut harga pasaran semasa pulau peranginan tersebut.
“Insya-Allah, harga mampu inap dan ikut pasaran di sini (Langkawi). Apa yang menjadi keutamaan saya ialah keselesaan pengunjung kami nanti.
“Villa ini ada empat bilik tidur yang dilengkapi dengan bilik air, ruang tamu, dapur dan kolam mandi peribadi serta boleh memuatkan sehingga 10 tetamu,” katanya.
Menurut Black, dia juga terlintas untuk menambah villa di sekitar lokasi tersebut pada masa hadapan.
Ads
“Punca pendapatan utama saya masih lagi menyanyi dan syukur terus relevan sehingga kini. Bagaimanapun, saya terfikir sekarang kena siap sedia kumpul aset untuk jaminan jangka masa panjang.
“Villa itu saya namakan sempena nama anak. Saya bercita-cita selepas ini akan bina projek perhotelan pula di Langkawi,” katanya.
Dalam pada itu, Black berkata, projek yang dirancang juga sebagai jaminan masa panjang buat keluarganya.
“Saya sedang mengumpul aset untuk anak-anak dan isteri. Semuanya demi masa depan kami anak-beranak.
“Saya pilih Langkawi kerana lokasi ini memang akan sentiasa menjadi tarikan pelancong dan pilihan tepat untuk bercuti,” katanya.
Bukan senang untuk menggalas tangungjawab sebagai ibu dan ayah dalam masa yang sama lebih-lebih lagi anak-anak masih kecil dan tidak memahami apa-apa. Begitulah yang terpaksa ditangung oleh Puan Putri apabila suaminya dijemput Illahi akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini.
Memegang “title” ibu tunggal bukan halangan buatnya untuk terus berjuang membesarkan anak-anak. Dia yang sarat hamil dan dijangka melahirkan bayi keduanya bersama arwah suami pada bulan 10 ini, dia tetap redha dan kuat demi anak-anak walaupun tanpa suami disisi. Puan Putri berkongsi luahan di instagramnya.
Assalamualaikum
Tolong doakan anak kami sihat & kuat. Hidup dua beradik elok2 ye ayra & adik. Papa xda, ibu ada akan jaga anak2 ibu sebagai papa & ibu serentak. semoga ibu panjang umur. Papa tunggu kita kat sana, nanti papa sambut kita kat sana sama2
Dia juga turut memuatnaik situasi sebelum suaminya pergi buat selamanya akibat kemalangan jalan raya. Suaminya sempat mengemas barang-barang di rumah, walaupun pelik dengan situasi tersebut tapi mulutnya bagai terkunci daripada terus bertanya suaminya.
Sebenarnya saya sedaya upaya taknak ingat tapi saya tetap sentiasa ingat. Start hari jumaat saya dah tak tentu arah, setiap minggu macam tu. Saya trauma. Saya takut rasa mcm taknak benda tu terjadi tapi tu suratan takdir yang dah ditetapkan oleh Allah.
Tolong sedekahkan surah Al Fatihah utk arwah suami sy Muhamad Noor Hafizie Bin Jamaludin
Pernah ke kalian bayangkan situasi macam ni? Tak pernah saya bayangkan akan menyirami kubur suami sendiri dalam usia yang sangat muda saat saya tunggu dia balik kerja & dah siap2 nak g dinner sama2 tapi berita lain yang saya dapat
Ramai cakap muka kami seiras, orang cakap muka seiras jodoh panjang & saya sangka jodoh kami panjang di dunia ni. setiap kali orang cakap mcm tu rasa happy sgt2 tapi rupanya sekejap saja di dunia & akan bersambung semula di alam yang seterusnya inshaAllah.
Rasa sakit & rindu tu langsung tak berkurang malah rindu makin hari makin rindu makin terasa kehilangan makin remuk hati. Dulu saya ingat tak pelah lama2 mesti ok rupanya tak, rindu pada yang tiada ni makin hari makin sakit rupanya hati ni. . Ntah, tak dapat nak gambarkan macam mana perasaan ni, kadang2 rasa macam nak tidur tak bangun2 sebab bila bangun rasa kosong, rasa pilu, tapi fikir masih ada dua orang anak yang perlukan ibunya, anak dalam kandungan & Putri Ayra Haifa kesayangan suamiku.
Semoga Allah berikan kekuatan yang luar biasa buatku
Papa, ayra datang ni tapi ayra kacau ibu sebab ayra panas + ada semut gigit kaki pulak ehehe
Kejap je ibu singgah sebelum ramadhan. Papa tau ibu & ayra datang, selamat sambut ramadhan papa
Putri yang mendirikan rumahtangga bersama arwah suaminya dikurniakan dua cahaya mata, Ayra dan bayi yang dikandungnya kini.
Betul! Masa untuk menguruskan rumah sahaja sudah ambil masa berejam lamanya. Makin letih bila mana sudah kemas rumah, anak sepahkan pula. Semua ini buat mak-mak mula rasa stress dan istilah bertukar jadi ‘singa’ seakan sudah sebati.
Perkongsian seorang pengguna Facebook, Normaliza Mahadi yang berkongsi kehidupan masyarakat kaum ibu di Jepun terlalu banyak bezanya dengan masyarakat kita.
Tidak banyak barang yang hendak dikemas dan memudahkan menjadikan mak-mak di sana punya lebih masa untuk anak. Sesekali perkara yang positif boleh kita jadikan panduan.
Rumah orang Jepun lapang. Barangan yang ada minimum aje. Sepanjang saya di Jepun, saya tak pernah nampak kedai perabot yang berderet-deret macam kat Malaysia. Malah saya tak nampak langsung kedai perabot!
Rumah orang Jepun kecik-kecik aje. Walaupun kecik, rumahnya jadi luas dan lapang sebab tak banyak barang.
Sebab tulah mak kat Jepun ni jarang-jarang bertukar jadi dragon. Dia orang ada banyak masa main ngan anak, cakap baik-baik ngan anak dan melayan kerenah anak. Mak ni lebih stabil mental dan fizikalnya.
Mak kat sana, tak payah habiskan masa berjam-jam kemas rumah. Lipat kain baju yang berlori-lori. Sebabnya semua yang ada diminimumkan.
So, kepada mak yang kat rumah tu, cuba tengok sekeliling rumah. Sebenarnya sebahagian stress yang kita ada kat rumah adalah sebab rumah kita terlalu banyak barang.
Nak kemas aje dah amik masa berejam. Masa banyak buang untuk kemas dan tak masuk lipat kain baju. – Ochiai,tama-Shi.
Tidak dapat dibayangkan perasaan kedua ibu bapa lantaran si kecil pergi buat selama-lamanya akibat kecederaan di kepala ketika dalam jagaan pengasuh.
Si kecil yang bernama Aisy Fawwaz didapati tidak sedarkan diri oleh bapanya. Pengasuh sebelum itu telah menghubungi ibunya yang memberitahu yang anak kecil ini tidak boleh bernafas. Menurut ibu saudara Fawwaz, Shafiqah Abd Razak kejadian yang menimpa anak kecil yang berusia hampir 8 bulan itu berlalu terlalu pantas hingga akhirnya anak kecil ini pergi buat selama-lamanya.
8 Januari 2019, jam 12 lebih tengah hari pengasuh hubungi ibu mengatakan Fawwaz tidak boleh bernafas
Bapa mendapati Fawwaz lemah, darah penuh di hidung & mengganggu pernafasan
Doktor cuba selamatkan, tapi Allah lebih menyayangi Fawwaz
Hasil x-ray menunjukkan banyak darah di saluran pernafasan, bukan tersedak susu
Menunggu keputusan post mortem untuk mendapatkan punca sebenar
Fawwaz kini sedang bermain di taman syurga, rehatlah kamu sayang, kamu insan terpilih
“Dah takda sapa boleh minum susu Fawwaz”
Sebelum ke rumah pengasuh sempat rasa kali terakhir susu ibunya & malam sebelumnya temankan ibunya siapkan kerja
Gambar kopiah ni gambar terakhir sebelum hantar ke rumah pengasuh
Keputusan post mortem mengatakan anak kecil ini mengalami kecederaan parah, kesan hentakan dengan objek tumpul pada bahagian kepala.
Bukan sesak nafas seperti yang dikatakan pengasuh tetapi rupanya ada perkara lain yang dilakukan kepada anak kecil ini. Pihak keluarga anak kecil ini menyerahkan semuanya kepada siasatan polis agar diberikan keadilan.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.