Apabila diri disahkan hamil, tiada ungkapan lain yang keluar dari mulut seorang ibu kecuali ‘Alhamdulillah’. Tanpa sedar air mata kegembiraan ini mengalir secara tiba-tiba. Lagi-lagi yang memang dah menantikannya.
Namun fasa setiap kehamilan dan bersalin itu tak sama bagi setiap ibu. Ini semua dianggap pengorbanan yang sangat besar. Contohnya jika ibu terpaksa mengandung dan melahirkan bayi tanpa suami di sisi atas sebab-sebab tertentu, pastinya pengharapan penuh bergantung pada Allah.
Ibaratnya rezeki setiap kita tak sama. Yang penting ibu mesti sentiasa positif kerana anak yang dikandung akan terkesan dengan emosi ibu sepanjang mengandung. Sebaiknya sentiasa gembira dan lakukan beberapa amalan yang baik sepanjang hamil.
Insya-Allah mudah-mudahan anak yang bakal dilahirkan nanti akan menjadi anak soleh dan solehah dan sentiasa memberi kebahagiaan pada kita dan pasangan.
Di sini ada beberapa amalan yang boleh ibu lakukan bermula dari bayi dalam kandungan sehingga saat menyambut orang baru.
Amalan untuk wanita hamil, doa mudah bersalin, cara menyambut kelahiran.
Ads
Doa untuk mudah bersalin
Ads
Cara menyambut kelahiran
Ads
Tahnik dan sunat dicukurkan rambut bayi
Sumber: Unit Dakwah Bil Hal, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Johor.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi sesetengah orang perempuan berinai antara yang menjadi kesukaannya. Jika dulu-dulu, berinai ni untuk elokkan kuku dan majlis perkahwinan tapi sekarang ia dah menjadi trend.
Namun bagi ibu mengandung, pemakaian inai sebenarnya tak digalakkan atas sebab-sebab tertentu. Bukan kerana boleh menjejaskan kandungan tetapi memberi sedikit kesukaran andai kata untuk buat pemeriksaan kesihatan jika berlaku sebarang masalah.
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Dr Irma Izzati ada berkongsi mengenai pemakaian inai pada wanita mengandung dan sebab tak digalakkan atas faktor tertentu. Salah satunya mungkin boleh menganggu petugas kesihatan.
Antara contoh situasi biasa dialami ibu mengandung Peripheral Cynosis (kekurangan osigen) di mana hujung jari dan kuku akan berubah menjadi kebiruaan.
Bagi memeriksa status dehidration di fasa awal kandungan, doktor perlu menekan kuku ibu hamil bagi melihat perubahan warna yang berlaku. Bayangkan waktu itu anda sedang memakai inai, komplikasi sebegitu sukar dikenalpasti sedangkan rawatan segera perlu diberi.
Kita tak nak tindakan yang patut diberikan ini lambat. Tapi jika nak pakai, tunggu lepas bersalin, bila semuanya ok, bolehlah pakai.
Asid folik telah diketahui ramai berupaya membantu mengurangkan sehingga 70% masalah neural tube defect (NTD) di kalangan bayi baru lahir. Dos sebetulnya yang patut diambil setiap hari ialah 400mcg. Di pasaran, pil asid folik yang bersaiz 400mcg dan 5mg adalah sama besar. Walau bagaimanapun, ibu hamil sepatutnya mengambil pil asid folik 400mcg bagi memenuhi keperluan seharian.
Keperluan mengambil pil asid folik bersaiz 400mcg adalah penting kerana ia tidak boleh disimpan di dalam tubuh. Ia akan keluar melalui air kencing. Bagi ibu hamil, ia sangat diperlukan kerana dapat membantu dalam proses tumbesaran sel dan perkembangan bayi. Disebabkan itulah penekanan pengambilan asid folik dilakukan demi mengurangkan risiko NTD pada bayi dalam kandungan.
Untuk pengetahuan tambahan, semasa di awal kehamilan, terdapat struktur kecil yang leper seperti reben. Selepas 28 hari atau satu bulan, struktur ini akan berubah menjadi tiub yang dipanggil neural tube. Ia akhirnya akan menjadi otak dan saraf tunjang. Jika pembentukannya terganggu, ia akan menyebabkan NTD pada bayi.
Suatu ketika dahulu, semasa tiada kewujudan asid folik, masalah NTD adalah biasa. Namun, ia berkurangan apabila wujudnya kesedaran untuk mengambilnya. Umumnya, risiko berlaku NTD ialah satu dalam 1000 kehamilan. Bila asid folik diambil, ia dapat kurangkan risiko sehingga 70%.
Oleh sebab itulah, sangat penting untuk anda tahu bila sepatutnya asid folik mula dimakan kerana lazimnya, semasa datang ke klinik atau hospital untuk membuat pemeriksaan, anda sudah disahkan hamil. Jadi sudah terlewat jika pada waktu itu anda belum mengambil asid folik.
Idealnya satu bulan sebelum merancang hamil atau sebaik-baiknya tiga bulan sebelum itu anda sudahpun mengambil asid folik. Hal ini penting kerana anda tidak tahu bila akan mengandung bukan? Amalan mengambilnya setiap masa sangat bagus. Dalam pada itu, anda perlu meneruskan pengambilan asid folik sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.
Lebih daripada itu, semua sel dalam tubuh badan memerlukan asid folik. Pengambilan yang berterusan sepanjang tempoh kehamilan baik kerana ia digunakan untuk pembentukan sel darah, mengelakkan kelahiran pramatang, keguguran, praeklampsia, bibir dan lelangit sumbing.
Jika kurang mengambil asid folik, anda sendiri pun boleh mengalami anemia. Oleh itu, anda disarankan untuk terus ambik asid folik selepas kehamilan berusia 12 minggu sehingga bersalin disebabkan manfaat lain yang ada pada asid folik.
Beza folat dan asid folik
Folat boleh diperoleh daripada sumber semula jadi seperti sayur-sayuran berdaun hijau. Antaranya bayam, brokoli dan kale. Buah-buahan yang ada folat pula adalah seperti seperti buah sitrus iaitu oren dan lemon, pisang dan avokado. Asid folik pula adalah buatan manusia. Ini termasuklah pil asid folik. Malah makanan yang diperkaya dengan asid folik termasuk dalam kategori yang sama.
Keberkesanan pil asid folik ialah 80% hingga 100% manakala folat cuma 50%.
Hal ini kerana sayur yang dimasak belum tentu memberikan khasiat sepenuhnya kepada anda. Lagipun ia mudah diserap air. Apabila dicuci dan dimasak lama, ia boleh menghilangkan kebaikan khasiatnya. Oleh sebab itulah, anda digalakkan untuk makan sayur yang menggunakan kaedah memasak secara kukus atau dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro untuk tempoh yang sekejap. Dibimbangi khasiat folat hilang bila dimasak dengan kaedah lain atau terlalu lama.
Had pengambilan asid folik
Isu ini menimbulkan kontroversi. Kajian mengatakan 1000mcg asid folik asid diperlukan dalam sehari. Kalau lebih akan memudaratkan. Ada kajian menunjukkan terlalu lebih asid folik boleh menyebabkan ia selindung penyakit kekurangan vitamin B12. Mana-mana bayi yang ada masalah kekurangan B12 boleh mengalami masalah neurologikal, saraf dan lumpuh.
Sementara itu, ada juga individu hamil yang perlu ambil lebih daripada 5mg. Ia melibatkan orang yang mana ibu atau ayah ada NTD; ibu atau ayah ada genetik NTD; ibu pernah melahirkan bayi NTD dan ibu mengalami masalah obesiti, diabetes sebelum atau semasamengandung. Jika ibu mengalami epilepsi dan masih dalam rawatan terutamanya ubat sodium valproate, maka perlu ambil lebih asid folik kerana ubat ini mengurangkan folat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memasuki trimester kedua kehamilan dengan usia kandungan mencecah 6 bulan, pelakon Elfira Loy mengakui diri gerun memikirkan detik kelahiran anak sulungnya nanti.
Elfira Loy juga turut berkongsi tentang pemeriksaan antenatal yang dilakukannya di klinik swasta.
“Cuma buat masa sekarang, saya ada lakukan check up di klinik swasta. Kalau ditanya di hospital swasta mana untuk bersalin annti, saya tak pilih lagi sebab takut,” kata Elfira yang mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019.
Pelakon ini juga turut memberitahu belum ada sebarang persediaan dilakukan. “Tak ada persediaan memandangkan kandungan saya baru nak masuk enam bulan,” kata Elfira.
Dalam teruja menyambut orang baru dalam keluarga, Elfira masih mahu mengekalkan kesederhanaan. Katanya bersederhana itu lebih baik.
“Buat masa ini kami belum membeli sebarang keperluan anak yang bakal lahir dan tidak akan ada majlis pengumuman jantina akan dilakukan. Biarlah ia jadi kejutan,” terang Elfira tentang debaran menyambut anak sulung.
Aktres ini turut menyatakan yang dia mengidamkan anak perempuan manakala suaminya pula mengidamkan anak lelaki.
Selain itu, ibu hamil ini teruja untuk menyandang tugas sebagai seorang ibu.
“Orang kata macam-macam bila ada anak nanti. Namun saya tak bimbangkan sangat bab itu. Saya lebih teruja sebab pengalaman itu yang buat kita rasa lebih seronok,” kata El.
Menjadi ibu kali pertama dan pelakon ini turut berkongsi ada rasa gerun apabila memikirkan situasi kelahiran yang bakal dihadapi nanti.
“Kalau lakukan kaedah pembedahan, perasaan tersebut tidaklah rasa takut sangat. Cuma rasa takut terjadi sebabnya saya mahu bersalin cara normal kalau boleh.
“Akan tetapi, ada yang kata ada cara untuk kurangkan kesakitan waktu bersalin, itu yang buat saya lebih berdebar. Tak boleh nak bayangkan,” kata Elfira.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.