Dalam keadaan hari ini, semua ibu bapa berlumba-lumba nak anak pandai dan berjaya. Hasrat itu betul tetapi kita lupa dari aspek psikologi perkembangan anak, kita masih lagi gagal jadi ibu bapa yang sepatutnya menyokong setiap kelebihan dan kekurangan anak.
Apa yang kita nampak, anak kita mesti jadi yang terbaik sedangkan dalam masa yang sama kita tak sedar telah menguris emosi anak. Seperti yang dikongsikan oleh Dr Anayasmin Azmi, banyaknya silap kita pada anak tanpa sedar.
“Doktor, saya tengok anak saya ni bermasalah la. Macam slow learner je.. Kawan-kawan saya share kat fb, anak dia orang yang sebaya semua dah advance..”
Tapi lepas di periksa semua normal je..Kadangkala pula dengar dialog ni..
“kamu semua ni boleh tak duduk elok-elok, tengok ni anak orang ni bagus je duduk buat kerja”
“kenapa kamu ni lembab sangat, mak tengok anak kawan mak kat fb tu pandai je buat maths”
IKLAN
“kamu ni selekeh sangat, mak suka tengok anak instafamous ni.. Cute je pandai bergaya, nampak confident”
Eh, bukan ke mak ayah yang kena bimbing anak-anak sendiri? Duhai. Mak.. Ayah sekalian..(termasuklah diri saya)
Hati-hatilah.. Kadang-kadang kita boleh terjatuh dalam perangkap yang memusnahkan keluarga dan anak-anak kita. Iaitu perangkap ‘social approval’.
IKLAN
Social approval maksudnya kita nak orang lain iktiraf diri kita dan anak-anak kita. Kita sibuk nak orang ‘likes’ kita. Kayu ukur kita adalah berdasarkan apa paparan di media sosial.
Hingga kita rasa apa yang kita ada tak cukup. Sedangkan banyak dah nikmat dan kelebihan keluarga kita tapi kita tak nampak dan tak syukuri sebab sibuk tengok nikmat orang lain ada.
Social approval buat kita suka banding anak-anak kita dan keluarga kita dengan anak orang lain.
Kita tak nampak kelebihan dan kecerdikan anak kita, nampak semuanya kurang. Maka kita jadi kasar, kita mungkin naik suara, naik tangan pada mereka. Hati-hatilah.
IKLAN
Memang banyak kajian yang dibuat yang mendapati mak ayah zaman smartphone lebih stress berbanding dulu. Stress tu antaranya sebabkan obses dengan social approval.
Tu belum lagi sentuh mak ayah yang sangat reactive pada anak-anak. Tak boleh silap sikit.. Penampar aje jawapannya..Allah.. Sedih..
**Teringin nak dapatkan barangan anak pada harga istimewa, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seringkali ramai ibu bapa yang tertanya-tanya bilakah waktu sesuai untuk memberikan anak makan makanan yang pedas. Masyarakat kita memang gemar makan makanan yang pedas. Bagaimanapun, apabila ia berkaitan dengan makanan untuk bayi dan kanak-kanak yang sedang membesar, ibu bapa perlu lebih berwaspada.
Makanan Pedas, Bila Waktu Sesuai Boleh Beri Pada Anak
Seperti yang kita ketahui bahawa bayi perlu makan makanan pejal setelah berusia enam bulan. Makanan yang diberikan perlulah mengikut kesesuaian, menepati cita rasa dan mengandungi pelbagai jenis nutrien yang berkhasiat.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan bayi yang baru lahir untuk diberikan susu badan eksklusif tanpa sumber makanan yang lain. Susu ibu sememangnya berkhasiat dan ia mengandungi nutrien penting yang dapat menyokong tumbesaran anak.
Namun, apabila mereka mencecah usia 6 bulan, nutrisi yang dibekalkan oleh susu ibu tidak mencukupi untuk menyokong tumbesaran mereka pada tahap yang optimum.
Perkara ini menyebabkan anda perlu beri mereka makanan pepejal (pejal) berikutan:
*Selera makan mereka tidak boleh dipenuhi dengan hanya pemberian susu badan atau susu formula.
*Bayi akan mengalami masalah kekurangan zat besi dan elemen zink.
*Sistem penghadaman mereka sudahpun bersedia untuk memproses makanan pepejal.
*Anak anda sudah boleh menerima suapan makanan.
*Perkembangan ini pasti membuatkan anda teruja hendak berikan anak merasai makanan selain susu badan termasuklah makanan pedas.
Pemberian makanan juga sering dilakukan secara berperingkat. Makanan yang mengandungi rempah ratus kebiasaannya diberikan pada fasa lewat. Ia akan disertakan dengan pemberian susu badan sehingga anak mencecah usia 2 tahun.
Secara amnya, terdapat dua jenis rempah ratus. Satu yang ditambah di dalam masakan untuk memberikan kepedasan makanan dan satu lagi ditambah bagi meningkatkan aroma.
Bagi bayi yang berusia 6 bulan dan ke atas, pemberian makanan seharusnya tertumpu kepada penggunaan rempah ratus beraroma. Ini berikutan makanan pedas melibatkan rangsangan reseptor oleh bahan aktif cili yang dikenali sebagai capsaicin.
Ia boleh melekat pada reseptor sakit yang terletak pada lidah bagi menghasilkan signal untuk dihantar ke otak. Ya, rasa pedas yang anda alami pada lidah sebenarnya adalah rasa sakit.
Oleh sebab itulah kita perlu berhati-hati apabila memberikan makanan berempah kepada bayi yang sedang membesar. Namun, di Asia, lazim bagi ibu bapa untuk memberikan makanan pedas kepada anak mereka semasa awal usia.
Pendedahan awal ini menyebabkan berlakunya proses adaptasi terhadap tahap kepedasan pada peringkat awal. Kelak, keupayaan mereka untuk menahan pedas meningkat.
Jika ditanya adakah boleh bagi makanan pedas kepada anak, jawapannya adalah bergantung. Tambahan pula, terdapat sesetengah bayi yang sudah pun familiar dengan rasa pedas jika anda sering mengambil makanan pedas ketika menyusu badan.
Rasa itu boleh meresap masuk ke dalam susu badan sehingga boleh mempengaruhi cita rasa bayi.
JIKA ANDA INGIN MEMBERIKAN MAKANAN SEPERTI KARI, LADA DAN SEBAGAINYA, TUNGGU MEREKA MENCAPAI SEKURANG-KURANGNYA USIA 1 TAHUN.
Kanak-kanak yang berusia di bawah 1 tahun mudah untuk mendapat tindak balas makanan dan agak sensitif memandangkan mereka hanya biasa dengan makanan asas (bubur dan sebagainya).
Beri tumpuan kepada khasiat makanan untuk perkembangan optimum, bukan makanan pedas sahaja.
Makanan merupakan aspek penting bagi kanak-kanak memandangkan ia mempengaruhi kadar pertumbuhan dan perkembangan mereka. Tumpuan seharusnya diberikan kepada makanan berzat dan mengandungi khasiat mineral yang optimum.
Namun, bukan semua ibu bapa mampu untuk membiayai kos makanan yang dikhususkan untuk bayi memandangkan harganya yang boleh jadi mahal. Maka, dalam situasi tersebut, jika anda ingin memberikan makanan yang kebiasaannya anda masak kepada bayi yang berusia 1 tahun ke atas, pastikan anda memeriksa tahap kepedasannya.
Bukan semua makanan pedas tidak baik untuk kesihatan. Malah, capsaicin yang menyebabkan rasa pedas itu sendiri mempunyai kebaikan anti barah sehingga boleh menghindarkan kanser.
Namun, ia juga boleh merangsang reseptor sakit menyebabkan anak anda tidak selesa dan mungkin meraung kepedasan jika mereka tidak biasa dengan makanan yang diberi.
Jadi, adalah lebih baik jika anda memperkenalkan makanan pedas seperti rempah ratus dan sebagainya secara berperingkat.
Makanan pedas boleh diberikan kepada anak yang masih kecil (1 tahun ke atas), namun anda disarankan untuk mengawal tahap kepedasan secara berperingkat. Jika anda bimbang sekiranya si manja tidak dapat menahan makanan pedas atau mereka menunjukkan sebarang simptom (menangis tidak berhenti, cirit birit dan sebagainya), bawa mereka berjumpa dengan doktor.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pendidikan merupakan aset yang paling penting kerana ia boleh menjamin masa depan individu. Namun banyak faktor yang boleh mempengaruhi kebarangkalian untuk seseorang itu berjaya termasuklah pemakanan individu. Pernah tak dengar ungkapan yang berbunyi “have breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a poor”? Ia menunjukkan kepentingan sarapan pagi dalam mempengaruhi aktiviti individu sepanjang hari.
Kajian terbaru menunjukkan pelajar sekolah yang mengambil sarapan pagi mempunyai keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan GCSE berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan. Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.
Pengambilan sarapan bagi meningkatkan prestasi pelajar
Kita sering mendengar keluhan pelajar berkenaan dengan sarapan pagi. Mana tidaknya, jumlah wang perbelanjaan yang diberikan oleh ibu bapa kebiasaannya cukup untuk menampung kos pemakanan pada satu waktu rehat (biasanya pada pukul 10 pagi). Walau bagaimanapun, sesi pembelajaran bermula pada jam 8 pagi, dan kebanyakan pelajar tidak mengambil makanan sebelum waktu tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendapat insentif bagi menjalankan program sarapan percuma khas untuk pelajar sekolah yang bakal bermula menjelang 2020. Ini merupakan satu inisiatif yang baik bagi menjamin prestasi cemerlang dalam kalangan pelajar.
Negara-negara maju seperti di UK mempunyai program yang seakan-akan sama, namun hanya sebahagian daripada jumlah 24,000 sekolah yang menawarkan program tersebut kepada pelajarnya. Kajian oleh Katie Adolphus yang diterbitkan di Frontier telah menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil makanan pada waktu pagi sukar untuk mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan GCSE. Mereka yang mengambilnya secara kerap sering mendapat keputusan, secara puratanya, lebih dua gred berbanding pelajar yang tidak mengambilnya.
Dianggarkan bahawa hampir setengah juta daripada populasi pelajar sekolah di United Kingdom (UK) belajar dalam keadaan lapar. Kajian soal selidik yang dijalankan di sekolah-sekolah dan kolej yang terletak di West-Yorkshire telah menunjukkan 30% daripada pelajar tidak atau jarang mengambil makanan pada waktu pagi. Mereka yang makan pada waktu pagi dalam kekerapan sekali-sekala pula hanya merangkumi 20% daripada jumlah pelajar di negeri tersebut. Data tersebut telah dianalisis dan dapatan soal selidik menunjukkan mereka yang tidak mengambil makanan pada waktu pagi sering mendapat keputusan, secara purata, kurang 10 markah daripada mereka yang mengambilnya.
Kajian ini menunjukkan kepentingan sarapan pagi dalam meningkatkan prestasi pelajar untuk mendapat keputusan akademik yang cemerlang.
Penting ke sarapan pagi?
Buku yang berjudul Three Square: The Invention of the American Meal oleh Abigail Carroll telah menerangkan perihal pembahagian waktu makan kepada makan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Menurutnya, pembahagian tersebut tidak berteraskan konsep biologi tetapi lebih kepada penerapan budaya oleh orang Eropah kepada komuniti masyarakat tempatan Amerika. Masyarakat tersebut hanya makan jika mereka berasa lapar. Namun pengamalan konsep tiga waktu makan ini membuatkan seseorang individu kelihatan lebih teratur dan bertamadun. Namun, persoalannya, adakah sarapan pagi merupakan perkara yang paling penting buat individu?
Selain dapat meningkatkan prestasi individu,sarapan pagi juga boleh:
Menjadikan seseorang individu lebih aktif: Waktu tidur merupakan fasa berpuasa bagi setiap individu. Kadar gula dalam darah kebiasaannya rendah dan ia merupakan sumber tenaga utama bagi badan. Mereka yang tidak mengambil makanan pada waktu pagi sering berasa lembap, tidak bertenaga dan sukar untuk menjadi lebih produktif dalam menjalankan aktiviti harian
Menurut kajian makanan, pelajar yang mengambil sarapan pagi cenderung untuk mengambil 20-60% lebih nutrisi mikro seperti vitamin B, D, zat besi dan serat berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan. Ada juga kajian yang menyatakan kepentingan sarapan dalam mengawal berat badan namun ia mendapat tentangan daripada ahli akademik yang lain. Kajian lanjut perlu dijalankan bagi mengkaji kesannya dengan lebih tepat.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Muhammad Rayyan!!!!! Mama cakap jangan buat macam tu” Dengan nada menjerit dan penuh kemarahan. Situasi ini biasa terjadi jika ibu bapa ingin melepaskan kemarahan pada anak-anak.
Menjerit adalah amalan biasa kebanyakan kita apabila kita marah kerana mengharapkan kepatuhan dan keajaiban daripada anak-anak.
Adakah ia berkesan?
Tidak.
Kenapa tidak?
Menurut Joseph Shrand, seorang Pakar Psikiatri, apabila kita menjerit kepada anak, kita bukannya mengaktifkan bahagian telinga anak yang mendengar dan hati yang patuh, sebaliknya jeritan mengaktifkan respon ketika takut dan cemas iaitu respon “Flight-Fight-Freeze”.
FLIGHT maksudnya anak melarikan diri ataupun ‘disconnect’ dan menjauhkan diri daripada kita.
FIGHT maksudnya anak melawan ataupun keras hati dan keras kepala.
FREEZE maksudnya anak terkedu, kaku, cemas, tertekan dan tidak dapat bertindak atau berfikir.
Jeritan mengaktifkan bahagian emosi otak, bukannya bahagian yang menggalakkan anak berfikir mencari penyelesaian. “Tetapi bila menjerit barulah anak ambik serius.” Itu kerana anak takut.
Kita mahu anak hormatkan kita, bukannya takutkan kita. Hormat datang dengan hormat (mutual respect), bukannya dengan membuatkan anak merasa tidak bernilai dan tidak dihargai. Yang kita mahukan adalah perubahan yang berpanjangan pada anak, bukannya perubahan sementara kerana anak takut ataupun kerana anak rimas dengan suara jeritan kita.
Oleh itu menjerit adalah tindakan yang sia-sia dan tidak akan mengubah apa-apa. Kita cuma akan melahirkan anak cucu yang menjerit seperti kita ataupun anak cucu yang tertekan kerana tidak tahan dengan jeritan kita.
Berkomunikasilah seperti manusia.
Sumber:
Noor Afidah Abu Bakar Parent Connect Consultancy
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!