Enggan mengambil sebarang risiko, penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Cinta Lestari yang baru mendirikan rumahtangga pada Disember lalu tidak merancang untuk memiliki cahaya mata lagi.
Menurut Bunga, dia tidak mahu mengambil sebarang risiko memandangkan usianya kini sudah pun menjangkau usia 41 tahun.
“Rasa tidak mahu anak lagi, saya sudah tua. Mungkin berisiko sebab saya sudah lebih 40 tahun.
“Dikala usia 35 hingga 40 tahun sudah mula risiko jika hamil lagi,” kongsinya dalam satu temubual.
Berkongsi kisah kehidupannya selepas kembali bergelar isteri, akui ibu kepada Noah Sinclair ini lagi, hidupnya juga kini berubah selepas kehadiran Tiko.
Ads
Jika dahulu Ashraf menjadi peneman hidupnya paling serasi, kini akui Bunga, dia menjalani kehidupan yang berbeza dengan Tiko.
“Saya rasa amat serasi dengan Ashraf. Jadi terfikir terus untuk hidup sendiri. Hampir lapan bulan menangis setiap hari selepas kehilangan dia.
Ads
“Kemudian saya cuba buka lembaran baru. Pasti ada perbezaan kerana Tiko bukan Ashraf. Saya jalani hidup baru kerana saya juga sudah berbeza,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Bunga dan Tiko mendirikan rumah tangga pada 2 Disember tahun lalu di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Liyana Jasmay baru-baru ni kongsi satu pandangan yang memang ‘deep’ tapi sangat relatable — “Jangan bandingkan perkahwinan kita dengan orang lain.” Dalam video yang dimuat naik oleh @keluarga.my di TikTok, Liyana dengan jujurnya menyatakan bahawa setiap pasangan ada cerita, cabaran dan perjuangan masing-masing.
Kadang kita tengok orang lain sweet kat media sosial, terus rasa “kenapa hubungan aku tak macam tu?” Sedangkan kita tak tahu apa yang berlaku di sebalik gambar dan senyuman tu.
“Setiap perkahwinan is different. Tak boleh bandingkan perkahwinan kita dengan orang lain. Macam saya dan suami, kami terbuka. Saya akan terus terang dengan suami tentang perasaan saya. Begitu juga dengan suami, saya minta dia beritahu apa dia rasa.”
Cinta Real Bukan Selalu Instagrammable
Kata Liyana, dalam perkahwinan ni kita tak perlukan “perbandingan” — yang kita perlukan adalah pemahaman. Ada masa kita naik, ada masa kita down. Tapi kalau kita sibuk compare dengan orang lain, kita akan terlepas momen kecil yang sebenarnya penuh erti dalam hubungan sendiri. Jangan risau kalau hubungan kita tak ‘seindah’ orang lain. Kadang hubungan kita lebih jujur walaupun tak dipamer ke umum.
“Kalau kita tak luahkan apa kita rasa, lama-lama ia tertanam dalam hati. Saya dan suami tak suka ‘membukitkan’ perasaan tu. Jadi kami akan jujur dan let go semuanya.”
Apa Yang Penting, Kita Usaha Sama-sama
Dalam rumah tangga, dua-dua pihak kena usaha. Bukan tunggu pasangan jadi sempurna, tapi saling bantu jadi versi terbaik diri sendiri. Liyana juga percaya, bila kita usaha untuk bahagia — ikut cara kita, ikut rentak kita — itulah yang paling real. Lagi satu, dia pesan untuk sentiasa berbincang dan jangan simpan dalam hati. Communication tu penting.
Tonton video ini;
Bahagia Bukan Perlumbaan
Realitinya, bahagia bukan perlumbaan siapa paling sweet atau paling mewah. Bahagia tu bila kita rasa cukup — cukup difahami, cukup dihargai, cukup disayangi. Dan yang paling penting, bila kita reha dengan jalan cinta yang Allah bagi untuk kita.
Sebab tu, Liyana Jasmay cakap dia lebih tenang bila tak bandingkan perkahwinannya dengan orang lain — dan kita pun patut mula begitu juga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa saja sanggup seorang isteri lakukan demi membantu suami dalam kesusahan. Biarpun terpaksa bergolok gadai, tidak pernah sekalipun rasa terbeban, niatnya ikhlas untuk pastikan suami berjaya.
Ada masanya dalam kehidupan suami isteri kita diduga sehingga tiada satu apa pun. itulah tandanya Allah SWT mahu melihat sejauh mana kesabaran dan kesungguhan kita. Bagaimana kita berusaha dan menyerahkan harapan kepada-Nya.
Bila dah sukses, jangan sesekali lupa jasa isteri yang mendorong kita saat mundur. Kisah dari suami ini, Ali Omar, boleh dijadikan inspirasi dan panduan buat suami isteri di luar sana.
Perkongsian tentang liku perjalanan hidupnya sehingga berjaya sekarang adalah hasil bantuan isteri yang sanggup susah senang bersama.
Lalui Jalan Paling Gelap Dalam Kehidupan Lepas Berkahwin Liku2 perjalanan hidup saya memang susah. Setelah saya berkahwin pada 9/8/2007. Saya melalui jalan yang paling gelap dalam kehidupan. Waktu tu isteri saya bertugas di Hospital Pulau Pinang.
Saya tak mampu bayar sewa rumah hampir 6 bulan di Penang, kerana tidak mempunyai wang saya tidak bekerja waktu itu. Hanya Isteri sahaja bekerja waktu itu, tetapi tuan rumah bernama Miss Hun dia izinkan saya duduk walaupun 6 bulan tak bayar sewa rumah.
Alami Alahan Teruk Masa Mengandung Anak Pertama Waktu isteri tercinta Nor Fariha mengandung anak pertama Nor Adrinas Damya, sebulan 3-4 kali masuk hospital akibat alahan yang teruk. Ada satu hari isteri tercinta nak makan buah tetapi saya tiada satu sen pun duit nak beli buah. Lalu isteri tercinta saya, Nor Fariha memberikan fon Nokia untuk saya jual.
Saya pergi di Komtar bersama adik ipar saya menjual telefon Nokia isteri tercinta dengan harga RM450. Setelah dapat duit RM450 saya pergi beli makanan untuk isteri saya makan di hospital. Semua rakan2 saya tahu cerita hidup saya ini betul2 susah.
Pernah juga satu kali dalam perjalanan dari Kelantan ke Penang tayar kereta saya pecah di Gerik jam 3 pagi. Waktu itu juga isteri tercinta saya, Nor Fariha sarat mengandung puteri sulung, Nor Adrinas Damya. Wwaktu itu kandungan dalam 7 bulan.
Jalan Kaki Sampai Bandar Cari Hotel Bajet Saya dan isteri dan kawan saya seorang berjalan kaki hingga ke bandar Gerik mencari tempat tidur sewa hotel bajet bernilai RM50. Esok pagi kemudian nak beli tayar tiada duit.
Jual 1 rantai tangan kecik di Kedai Emas Gerik untuk beli tayar. YA Allah amat2 besar ujian menempuhi kehidupan diriku & isteri tercinta Nor Fariha di awal pernikahan.
Isteri Buat Pinjaman Bank Untuk Buat Bisnes Sebelum saya nak berjaya dalam hidup. Isteri tercinta membuat pinjaman dengan Bank Rakyat RM50K & kesemua duit ini diserahkan kepada saya untuk membuat perniagaan. YA Allah besarnya jasa isteri tercinta terhadap diriku.
Setelah isteri tercinta melahirkan Kakak (Nor Adrinas Damya) hari ke 46 hari, saya telah mendapat berita gembira berkaitan perniagaan saya berjaya mendapat melebihi RM3 juta waktu itu.
Anugerah dari Allah S.W.T. rezeki puteri sulung Kakak (Nor Adrinas Damya) & hasil doa titik peluh isteri tercinta membuat pinjaman dengan Bank Rakyat kepada diriku..
Tanpa Doa & Semangat Isteri tercinta Nor Fariha terhadap diriku , hidupku ini tidak akan berada ke tahap ini seperti hari ini ..TERIMA KASIH ISTERI TERCINTA HARGAI ISTERI KITA INSYAALLAH KITA AKAN BERJAYA DI DUNIA AKHIRAT ❤🤲
Usia perkahwinan pelakon berbakat besar Beto Kusyairy dan isteri tercinta sudah masuk ke tahun yang ke-14. Biarpun begitu, hubungan mereka masih seperti pengantin baru kerana sentiasa berdua bila ke mana-mana.
Biarpun mereka belum dikurniakan cahaya mata, ia tidak menjadi penghalang kepada Beto untuk terus mencipta kenangan indah bersama isterinya. Mungkin ada sesetengah lelaki memilih untuk berkahwin lain demi zuriat tetapi pendirian Beto tidak seperti itu.
Perkahwinannya dengan Tisha Shahar selama 14 tahun cukup membuatkan dirinya bahagia dan tiada zuriat bukanlah hal luar biasa bagi pelakon hebat ini.
Menurut perkongsian di akaun TikToknya, Beto ada ditanya tentang soal berkahwin lain, tetapi jawapan pelakon ini cukup mudah. Dia hanya mahu terus mencipta bahagia dengan isteri yang dicintainya.
Mungkin pada orang lain anak menjadi pengikat kasih sayang paling penting tetapi Beto memberitahu mengenali isterinya selama 24 tahun, dirinya merasakan Tisha adalah ‘the one and only’ dalam hatinya.
Dalam tempoh itu, sudah cukup membuktikan Beto mahu terus bahagia dan menua bersama isteri tercinta. Bukan mudah mencari lelaki setia sekarang dan ramai peminat mendoakan keutuhan kasih sayang mereka berdua sehingga bila-bila. Tidak kurang juga banyak mendoakan agar mereka berdua dikurniakan cahaya mata.
Mempunyai suami yang menyayangi dan menghargai sudah cukup untuk membuatkan seorang wanita merasa bahagia. Melihat kasih sayang antara Beto dan Tisha menjadi inspirasi kepada pasangan muda untuk terus saling membahagiakan dan menerima kelebihan serta kekurangan pasangan seadanya.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...