Pepatah Inggeris menyebut “Happy Wife Happy Life” yang merujuk kepada betapa pentingnya wanita bergelar isteri untuk sentiasa rasa bahagia agar kehidupan rumah tangga turut merasai tempias bahagia jua.

Suami ibarat nakhoda di sebuah kapal. Betul arahnya, benar jalannya, maka selamatlah sebuah kapal merentasi segala macam ombak dan badai.

Namun, jika nakhodanya tidak tahu arah tujuan, maka terumbang-ambing dan karamlah kapal ditelan lautan yang amat mengerikan.

Seorang suami yang baik, beriman dan beramal soleh tentu dapat memimpin isteri dan rumah tangga ke syurga Allah. Bertuahlah isteri tersebut.

Nelydia Senrose Panjat Rasa Syukur

Pelakon cantik Nelydia Senrose yang kini sedang mengerjakan ibadah haji bersama suami tercinta Mohd Hafez Halimi turut meluahkan rasa kesyukuran kerana Allah telah mengurniakan dia suami yang baik untuk membimbingnya menjadi isteri dan individu yang lebih baik.

Coretan tersebut dikongsi Nelydia bersama hantaran beberapa keping gambar kenangan dia dan suami pada hari Wuquf di bumi Arafah.

Kapsyen yang ditulis di Instagramnya benar-benar menggambarkan ketulusan seorang isteri yang sangat menghargai rezeki kurniaan Yang Maha Agong tersebut.

“Syurgaku..terlalu banyak usaha, pengorbanan dan besar pelaburan mu utk kita menjadi tetamu Allah. Niat dan keikhlasan mu utk kejalan Allah sangat ku kagumi.

IKLAN

Dia tidak berkira-kira utk memberi yang terbaik demi jalan Allah. Dia juga menjagaku dgn penuh hormat dan kasih sayang. Dia lah sebaik-baik rezeki buat ku dari yang Maha Agung. Moga Allah satukan hati kami hingga ke syurgaNya,” demikian tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nelydiasenrose

Pemilik nama sebenar, Nik Zaris Nelydia ini turut bersyukur kerana Allah SWT menjemputnya dan suami menjadi tetamuNya bagi menunaikan rukun Islam yang ke-5.

Pelakon drama Khilaf Asmara ini turut  berdoa agar mereka dijemput sekali lagi menjadi tetamu Allah di masa akan datang selain mendoakan orang lain yang turut menantikan jemputan ke tanah suci Mekah juga.

IKLAN

“Terima kasih ya Allah atas peluang ini, jadikan kami tetamu Mu lagi, dan jemputlah mereka juga yang sudah lama menantikan undangan Mu. Aamin YRA.”

Peminat Doakan Terus Bahagia Hingga Ke Syurga

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis mendoakan agar pasangan ini terus bersama hingga ke syurga dan tak lupa didoakan agar pasangan bahagia ini dikurniakan zuriat.

IKLAN

Untuk rekod, Nelydia mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Mohd Hafez Halimi pada 6 April 2019 dan mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber: IG Nelydiasenrose

Untuk lebih banyak info terkini jom klik di sini