Wanita hamil perlu mengambil asid folik kerana asid folik boleh membantu melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya. Doktor menjelaskan bagaimana asid folik boleh mengurangkan risiko kecacatan bayi dalam kandungan.
Jika ada sebarang masalah pada artikel ini, klik kehamilan di website majalahpama link www.www.majalahpama.my untuk artikel penuh.
Risiko mendapat bayi seperti gambar-gambar di bawah dikurangkan sebanyak 70% jika ibu mengambil Asid Folik.
Ads
Gambar Hiasan
Asid folik diambil 3 BULAN sebelum mengandung dan disambung untuk 3 BULAN pertama kehamilan.
Ads
Ads
Gambar Hiasan
Kecacatan Neural Tube boleh dicegah!
Haa.. satu lagi, asid folik tiada kena-mengena dengan kesuburan. Doktor nasihatkan supaya makan asid folik tu untuk cegah kecacatan, bukan untuk senang hamil.
Tendangan si kecil dalam kandungan kini hanya tinggal kenangan. Si kecil yang dinanti-nantikan sudah pergi meninggalkan ibu dan abi. Pertemuan 18 jam yang amat bermakna sebelum perpisahan buat selama-lamanya.
Sudah tertulis sebagai ketentuan-Nya, pasangan ini reda anak sulung berusia 30 minggu dalam kandunagn pergi dulu ekoran daripada kecacatan otak anencephaly di mana bayi berkemungkinan lahir tanpa otak atau mengalami kecacatan otak.
Catatan bapa ini boleh dijadikan peringatan buat wanita yang merancang untuk hamil atau sedang mengandung untuk sentiasa mengambil asid folik ketika berbadan dua. Risiko besar yang akan ditanggung bayi ialah anencephaly salah satunya.
Bayi sulung pasangan ini terpaksa dilahirkan awal bagi mengelakkan komplikasi lain. Apa yang menyentuh hati warganet ialah momen terakhir bersama anak kesayangan yang boleh menyebabkan sesiapa sahaja menitiskan air mata…
Pada hari Khamis 4 Julai 2019 merupakan mimpi ngeri buat ibu dan abi. Pada tarikh itu kami membuat temujanji untuk menjalani ujian detail scan bersama doktor pakar dan mendapati anak kami abnormal baby (anencephaly) semasa scan.
Anencephaly adalah baby yang lahir tanpa otak atau kecacatan otak. Otak tak terbentuk dengan sempurna. Baby yang lahir dengan masalah ini sangatlah berisiko. Baby anecephaly tak boleh hidup lama.
Salah satu faktor yang menyumbang kepada keadaan ini adalah kekurangan asid folik sebelum mengandung dan pada awal kandungan.
Masa scan adik aktif sangat. Siap tendang-tendang lagi perut ibu. Adik macam sorokkan je kat ibu dan abi masalah adik. Dua orang doktor pakar scan adik untuk sahkan adik anencephaly.
Doktor pakar bagi ibu dan abi dua minggu untuk tenangkan fikiran dan membuat kata putus keputusan kami. Jika bersalin awal ataupun bersalin normal jangka hayat adik tidak tahan lama. Mungkin satu jam dua jam. Ataupun paling lama 2-3 hari.
Kandungan kami semasa detail scan berusia 7 bulan, lagi dua bulan je adik nak due baru dapat tahu adik tak sihat dalam rahim ibu. Due adik dijangka 30 September tetapi kami memilih untuk bersalin awal untuk kebaikan bersama dan tidak sanggup tengok adik sakit.
Susah untuk terima semua ini, ibu siang malam menangis tanpa henti ingatkan keadaan adik. Segala kelengkapan baby sudah kami beli untuk menanti kehadiran adik. Sungguh besar ujian Allah kepada kami.
Selama 5 bulan lebih ibu alahan, makan tak lama terus muntah-muntah.Tiap malam sebelum ibu tido abi kena gosok belakang baru ibu boleh tidur. Pengalaman ini abi tidak akan lupakan sampai bila-bila.
Kami cuba pergi ke klinik swasta membuat 3d scan untuk mendapatkan kepastian. Tapi sayang adik tak mahu tunjuk wajah adik dekat ibu dan abi. Adik tutup dengan kaki dan tangan adik atas kepala semasa dalam kandungan ibu.
Doktor cakap air ketuban sedikit dan menyukarkan ibu melihat dengan lebih jelas. Puas abi usik adik tapi adik tetap tidak mahu tunjuk. Mungkin adik tak nak ibu dan abi sedih tengok keadaan fizikal adik.
Ibu dan abi terkilan kerana tidak dapat menjaga adik sehingga besar. Adik ialah anugerah terindah abi pernah dapat. Saat-saat bersama adik 7 bulan 2 minggu dalam kandungan ibu takkan pernah abi lupakan. Terima kasih ya Allah bagi pinjam adik dalam rahim ibu selama 30 minggu ini.
Pada 16 julai semasa berjumpa doktor, saya dan isteri bersetuju untuk ditahan diwad dan dimasukkan ubat bagi bersalin awal. Setelah enam hari berada diwad adik baru keluar. Pada 21 julai tepat 1410h adik dilahirkan. Alhamdulillah abi org pertama dapat azankan adik.
Abi bersyukur sangat-sangat dik dapat dengar adik menangis walaupun doktor cakap jangka hayat adik tidak lama. Pada pagi harini adik tinggalkan kami pada jam 0810 pagi. Semangat adik untuk hidup kuat walaupun hanya 18 jam. Terima kasih Allah bagi anugerah terindah buat kami.
Saya menyeru kepada para wanita diluar sana supaya mengambil asid folik sebelum mengandung dan pada awal kandungan sebagai persediaan awal bagi mengelakkan unplanned pregnancy yang lead to komplikasi. Mungkin salah ibu dan abi tak prepare dulu sebelum mengandung.
Saya harap kisah saya dijadikan pengajaran buat bakal-bakal ibu yang tahu mengandung tapi mengabaikan kepentingan vitamin ini. Saya mohon anda share dan tag untuk bakal-bakal ibu nanti sebagai persediaan awal mengandung dan pada awal kandungan. Mencegah lebih baik dari mengubati, namun ingatlah Allah sebaik-baik Perancang.
Abi bersyukur Allah uji ibu dan abi.Allah pilih kami untuk terima ujian yang sebesar ini dan benda yang paling mahal abi dan ibu pernah dapat iaitu anak syurga. Semoga kesedihan ibu dan abi pada harini Allah gantikan dengan kebahagian pada hari-hari akan mendatang. Ingatlah Allah sayang kita sebab tu Allah uji kita. Yang penting kita redha dan ikhlas atas setiap ujian yang diberikan. Janji Allah itu Pasti?.
Pelakon Nad Zainal akhirnya mengesahkan dirinya sedang hamil anak ketiga dan bakal bersalin pada pertengahan Oktober depan.
Berdebar menantikan kelahiran bayi ketiganya itu, akui Nad, dia terbuka untuk berkongsikan perkhabaran gembira itu apatah lagi baby bump tidak boleh disorok lagi.
“Insya Allah bersalin pada Oktober nanti. Alhamdulillah fasa hamil kali ini tenang-tenang saja, cuma sekarang musim panas. Demam dan batuk itu biasalah, tapi tak mengapa.
“Suami pun seloroh, dah tak boleh nak sorok (kehamilan) ini. Kalau ada yang tahu, tahulah. Cuma nak buat pengumuman tidaklah,” katanya.
Tambah Nad lagi, berat badannya juga semakin bertambah. Tambah pula kata Nad dia paling gemar makan nasi kandar sepanjang hamil kali ini.
Pun begitu kata Nad lagi, doktor turut menasihatinya supaya mengawal pemakanan.
“Saya boleh nikmati hiadangan Nasi Kandar pada waktu tengahari atau malam. Cumanya saya kena kawal diet selepas dinasihati doktor susulan badan cepat sangat naik,” katanya lagi berkongsi.
Terdahulu, Nad mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Ismail pada 23 Januari lalu dan kini pasangan ini menantikan cahaya mata pertama mereka.
Melalui perkahwinannya yang terdahulu, Nad dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.
Ibu hamil dan berpantang selepas bersalin waspada sekiranya ada sakit dan lenguh kaki atau bengkak sebelah kaki, ia mungkin petanda membahayakan nyawa.
Pakar Perunding Kanan O&G, Dato’ Dr Rushdan Noor berkongsi pengalamannya menyaksikan kematian ibu yang baru melahirkan anak akibat komplikasi darah beku ke paru-paru yang dinamakan Pulmonary Embolism.
Saat mendukacitakan melihat kematian pesakit dinamakan Puan M. Kematian seorang ibu bermakna hilangnya seorang ibu kepada anak-anak dan terpisahnya suami isteri buat selama-lamanya.
Proses bersalin lancar namun hari ke-4 selepas bersalin mula lenguh kaki sebelah kiri. Malam ke-6 alami sakit dada & letak minyak angin. Keesokannya Puan M pengsan ketika memandikan anak.
Suasana cemas, dia dibawa ke hospital dalam keadaan nazak & tidak bernafas. Tiub pernafasan dimasukkan dan CPR dilakukan. Denyutan jantung & tekanan darah berjaya dikembalikan. Ujian mendapati paru-paru dipenuhi dengan darah beku. 3 hari kemudian, Puan M meninggal dunia.
Perlu faham perubahan fisiologi wanita hamil, darah mudah membeku. Risiko terjadinya Deep Vein Thrombosis (DVT) sangat tinggi.
Sakit sebelah kaki (sakit betis) semasa hamil / selepas bersalin jangan dipandang ringan. Gejala kaki bengkak, kemerahan dan sakit bila dipicit perlu dirujuk kepada petugas perubatan dengan segera. Lebih serius lagi jika ada tanda sakit dada & jantung berdebar.
Jika dirawat dari peringkat awal, Puan M mungkin dapat diselamatkan. Semoga ia tidak berulang kepada ibu-ibu lain. Pulmonary embolism adalah penyebab kematian ibu yang ketiga paling utama di Malaysia.
Izara Aishah hamil anak ketiga dan bakal menimang cahaya mata perempuan sekali lagi. Pelakon ini berkongsi pengalaman kehamilan mencabar termasuk mudah pening dan hampir pitam.