Kebanyakan kanak-kanak sekarang mudah terdedah kepada risiko rabun jauh seawal usia dan juling jika ibu bapa gagal mengawal penggunaan gajet dalam tempoh terlalu lama.
Perkara ini bukan main-main tapi benar berlaku. Mungkin sekarang ibu bapa rasa tiada apa-apa tapi seandainya ia berlaku pada anak sendiri, menyesal dah tak guna.
Berdasarkan apa yang dikongsikan oleh Pakar Mata, Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah semakin ramai anak-anak datang menerima rawatan sebab mata juling sedangkan sewaktu lahir normal.
Hari ini hari juling di klinik saya.
Beberapa orang pesakit anak-anak datang sebab mata juling, sebab sehari main gadget sampai berjam-jam.
Bila ditanya, Mak tuding jari ke Ayah, Ayah tuding jari ke Mak.
Saya pun nasihatkan dengan baik
Ads
1) Anak-anak bawah 7 tahun kalau main gadget LEBIH 2 JAM SEMINGGU boleh tinggi risiko rabun jauh.
2) Apabila mata kabur akibat rabun, ada potensi jadi mata malas, dan jadi juling . Nanti apabila juling, diejek di sekolah dan anak-anak boleh jadi rasa rendah diri.
3) Hadkan penggunaan gadget kepada 2 JAM SEMINGGU untuk anak-anak kurang 7 tahun
4) Tiada gadget untuk anak-anak BAWAH 2 TAHUN
5) Banyakkan anak-anak main di bawah cahaya matahari untuk galakkan penghasilan dopamin dalam bola mata dan elakkan rabun jauh.
Ads
6) Kalau nak tengok TV, pastikan jarak adalah 2 METER ATAU LEBIH.
Amalan makan jamu amat membantu untuk mendapatkan perut yang kempis dan rata. Selain bersenam dan makan suplemen, amalan makan jamu menjadikan tubuh terasa ‘ringan’ dan bertenaga.
Apabila perut kempis dan rata maka senanglah hendak menggayakan pelbagai jenis pakaian. Diri pun rasa lebih berkeyakinan. Berikut perkongsian Syarifah Farhana Syed Fadzil tentang cara-cara untuk membuat jamu ‘homemade’ menggunakan barang-barang dapur.
Resipi Jamu Homemade
BAHAN-BAHAN:
Halia (2 inci)
Bawang putih (3 ulas)
Kunyit (2 inci)
Halba (3 sudu makan) (rendam 1 malam)
Lada hitam (1 sudu makan)
Sebuk kayu manis ceylon (2 sudu makan)
Madu sidr (1 sudu makan)
*Jamu ini elok dimakan sehari 3 biji sebelum masuk tidur.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat jamu homemade
Rendam semalaman untuk mudah dikisar.
Kisar halus halia, bawang putih, kunyit, halba dan lada hitam.
Inilah hasilnya selepas dikisar halus.
Campurkan dengan serbuk kayu manis ceylon dengan madu.
Sebatikan semua bahan.
Bulatkan kecil-kecil.
Jemur sekejap untuk mengeringkan jamu yang dibulat-bulatkan.
Khasiat halia:
*merahkan bibir
*buang angin
*langsingkan badan
*menghilangkan bau badan
*menaikan seri wajah
*bersihkan kulit
Khasiat bawang putih
*mengelakan kan kanser
*menurunkan kadar kolestrol
*mencegah tekanan darah tinggi
*mencegah penyakit jantung
Khasiat halba
*melancarkan haid
*menghilangkan kembung perut
*menguatkan jantung
*meredakan lendir ditekak
*menghilang migrin
*membuang angin dlm badan
*merawat sengugut
*mengurangkan berat badan
*mengawal kencing manis
*merawat radang kulit
Khasiat kunyit/lada hitam
*membantu masalah pencernaan..
*mengatasi gangguan sembelit
Khasiat kayu manis Ceylon
*menurunkan berat badan
*merawat gastrik
*memperbaiki sistem penghadaman
*awet muda
*menurukan kadar kolestrol
Madu arab sidr
*kaya dengan antioksida
*membabtu sistem pencernaan
*meningkatkan stamina
*menurukan kolestrol dan lain-lain
Selain pemakanan dan juga pengambilan suplemen, senaman juga amat penting bagi mendapatkan bentuk tubuh yang fit dan langsing.
Sindrom Ovari Polisistik atau Polycystic ovary syndrome (PCOS) dialami oleh 2 hingga 26 dalam 100 orang wanita. Sindrom yang terjadi secara senyap ini boleh meningkatkan risiko kanser rahim. Salah satu gejalanya ialah berat badan naik mendadak dan gangguan haid.
Ia mungkin menyebabkan terjadinya tanpa disedari. Dalam senyap dan kealpaan dek kesibukan sehari-hari, tanpa disedari ramai wanita terdedah kepada pelbagai faktor mencetuskan sindrom ini.
Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan wanita & Kehamilan, sindrom ini amat berbahaya kerana memberikan kesan jangka panjang yang dipenghujungnya membabitkan masalah kesihatan kepada wanita. Kanser rahim, tekanan darah tinggi, diabetes, atau kerintangan insulin dan kesan psikologi seperti kemurungan adalah antaranya.
PCOS adalah keadaan yang boleh menganggu kesuburan wanita, hormon dan penampilan seseorang wanita. PCOS mempunyai kesan jangka masa panjang kepada kesihatan. Dalam setiap 100 wanita 2 hingga 26 wanita akan mengalami masalah ini.
Ovari polisistik adalah ovari yang lebih besar dari ovari yang normal dan mempunyai 2 kali ganda folikel ( ruang kosong dala ovari yang berisi air selepas ovari menetaskan telur dalam setiap ovulasi )
Maka, dengan mempunyai ovari polisistik tak bermakna anda mengalami PCOS. Tetapi wanita yang telah didiagnos dengan PCOS mempunyai ovari polisistik.
Gejala ini berbeza antara satu pesakit dengan yang lain. Ada yang mengalami gejala yang sedikit, walaubagaimanapun ada yang mengalami gejala yang melampau.
Tidak diketahui, tapi ianya diwarisi. Jika mak, makcik atau adik beradik mempunyai PCOS, kemungkinan anda mendapat PCOS pun meningkat
Perlu diketahui gejala yang timbul akibat PCOS sebenarnya berpunca dari ketidakseimbangan hormon dalam badan
LEBIH HORMON LELAKI
Hormon testosteron ( hormon lelaki ) dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit oleh ovari semua wanita. Wanita yang menghidap PCOS mempunyai paras hormon testosteron yang lebih tinggi dari biasa dan menyebabkan seseorang wanita itu ‘menyerupai’ lelaki.
Insulin adalah hormon yang bertanggungjawab mengawal atur paras gula dalam darah. Bagi wanita yang menghidap PCOS, insulin dalam badan menghadapi kerintangan dan tidak dapat berfungsi seperti biasa. Hasilnya paras gula dalam darah meningkat.
Untuk mengatasi masalah ini, badan secara automatik akan menghasilkan lebih banyak insulin. Insulin yang banyak ini menjadi punca kepada masalah kegemukkan, haid tak teratur, masalah kesuburan dan paras hormon lelaki ( testosteron ) yang tinggi.
Wanita yang menghidap PCOS mempunyai gejala yang datang dan pergi, lebih-lebih lagi jika berat badan mereka bertambah dan berkurang. Keadaan ini menyukarkan doktor membuat diagnosis dan mungkin mengambil masa yang sedikit lama untuk mengenalpasti PCOS.
Walau bagaimanapun, diagnosis PCOS dikenalpasti bila anda mengalami mana-mana 2 simptom di bawah :
#1. Kerintangan Insulin / Diabetes
Jika paras gula darah tidak berada dalam lingkungan yang normal, keadaan ini boleh menyebabkan diabetes. 1 atau 2 dari 10 wanita yang menghidap PCOS akan menghidap kencing manis juga nanti .
Diabetes yang tidak dirawat akan menyebabkan kesan buruk untuk jangka masa yang panjang. Jika anda penghidap PCOS, kemungkinan anda mendapat kencing manis meningkat sekiranya :
#2. Tekanan darah tinggi
Wanita yang menghidap PCOS akan mengalami tekanan darah tinggi yang mana disebabkan oleh kerintangan insulin dan berat badan berlebihan untuk mereka yang menghidap PCOS. Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh menyebabkan sakit jantung, masalah buah pinggang dan strok.
#3. Kanser
Jika anda didatangi haid kurang dari 3 kali setahun, dinding rahim akan jadi tebal lebih dari biasa dan boleh menyebabkan kanser rahim pada sebilangan kecil wanita.
Ada banyak cara untuk melindungi dinding rahim menggunakan hormon progesterone. Doktor akan berbincang dengan anda sama ada menggunakan pil hormon selama 5 hari berturut – turut untuk 3 atau 4 bulan, mengamalkan pil perancangan keluarga atau menggunakan alat dalam rahim ( Mirena ) . Cara-cara ini bergantung kepada hasrat pesakit sama ada mahu mengandung lagi atau tidak.
PCOS tidak meningkatkan risiko wanita mendapat kanser payu dara atau kanser ovari.
#4. Kemurungan dan perubahan mood
Simptom PCOS boleh menyebabkan seseorang wanita kemurungan memikirkan perubahan yang terjadi pada diri dan berasa rendah diri
TIP MENGURANGKAN RISIKO KESIHATAN DALAM JANGKA MASA PANJANG
PCOS tiada penawar dan tidak boleh sembuh. Rawatan perubatan yang diberikan adalah untuk mengurangkan simptom-simptom PCOS di samping mencegah komplikasi yang boleh timbul akibat PCOS.
Rawatan yang sangat berkesan adalah dengan mengurangkan berat badan dan bersenam dan mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat, bukan bergantung kepada ubat-ubatan semata-mata.
Menurut kajian terkini, penggunaan sudu yang tidak tepat saiz untuk mengukur ubat cecair akan menyebabkan kesukaran menentukan dos. Ini kerana amaun ubat cecair yang dituang ke dalam sudu akan bergantung kepada saiz sudu tersebut lalu mengakibatkan terlebih dos. Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui mengapa sepatutnya kita jangan guna sudu untuk beri ubat kepada anak.
Adakah anda menggunakan sudu untuk mengukur ubat cecair?
Pernahkah anda tertanya-tanya pada diri anda sebenarnya boleh atau tidak menggunakan sudu untuk mengukur dos ubat cecair?
Kebanyakan ibu bapa pasti pernah menggunakan cara ini terutamanya ketika memberi anak ubat batuk atau selesema jenis cecair. Dan ketika itu, anda mungkin menganggap ia adalah normal.
Namun demikian, kajian ini mungkin akan mengubah persepsi anda. Sebaiknya, jangan guna sudu untuk beri anak ubat.
Dalam kajian yang dijalankan untuk melihat cara ibu bapa mengukur ubat cecair, para pengkaji mendapati bahawa 39% daripada ibu bapa salah mengukur dos ubat yang mereka mahukan dan 41% lagi salah mengukur ubat yang doktor preskripsikan.
Selain itu, ibu bapa yang menggunakan sudu untuk mengukur ubat juga cenderung tersalah dos sebanyak 2 hingga 3 kali dan tidak mengikut preskripsi doktor sebanyak 1 hingga 9 kali.
Kesan jangka masa panjang guna sudu untuk beri anak ubat
Dalam kajian terbaharu, seramai 200 individu dinilai. Mereka diminta untuk menuang 5 ml dos ubat selesema – bersamaan 1 sudu teh, ke dalam sudu yang pelbagai saiz.
Kemudian, mereka akan ditanyakan sama ada mereka yakin atau tidak dengan ubat yang telah dituang tersebut.
Keputusannya, sebanyak 11,6% kes terlebih dos berlaku pada sudu yang bersaiz besar dan 8,4% kes yang menggunakan sudu bersaiz sederhana pula terkurang dos.
Ia masih berlaku walaupun individu tersebut sudah amat yakin mengenai dos ubat yang dituang mereka.
Menurut Dr. Ian Paul yang merupakan seorang pensyarah Jabatan Ubat dan Kanak-kanak di Penn State College, Amerika Syarikat, amaun ubat yang dituang ke dalam sudu memang tidak akan tepat.
Ketidaktepatan dos ini akan membuat kanak-kanak lebih berisiko terlebih dos atau terkurang dos ubat. Ini kerana setiap ubat yang dipreskripsikan adalah berdasarkan kepada berat badan, kondisi kesihatan dan umur kanak-kanak.
Kanak-kanak juga adalah lebih sensitif berbanding individu dewasa. Oleh itu, sebarang kesilapan dalam dos ubat boleh mengundang kepada masalah kesihatan yang serius seperti kes keracunan ubat yang pernah terjadi akibat salah dos ubat.
Apa yang ibu bapa perlu buat?
Untuk lebih yakin dan selamat apabila memberikan ubat kepada anak, jangan guna sudu. Sebaliknya, guna tutup botol pengukur atau picagari untuk mengukur dos ubat. Atau, anda juga boleh meminta kepada doktor sudu yang telah dicipta khas untuk mengukur dos ubat.
Selain itu, anda juga boleh meminta doktor menukar arahan ketika memberi anak ubat daripada penggunaan sudu kepada penggunaan ukuran ml untuk mengelakkan kesalahan dalam pemberian dos ubat kepada anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Luka Caesarean memerlukan penjagaan rapi selepas bersalin. Ketahui 7 tip penting termasuk berjalan awal, pemakanan seimbang, penyusuan susu ibu dan penjagaan luka untuk mempercepatkan proses pemulihan.