Mungkin sebelum ini ada orang tua dah beri bayi makan bubur atau nestum yang dicairkan seawal umur sebulan. Niat mereka tak mahu bagi anak menangis dan cepat kenyang.
Jadi apabila ibu sekarang dalam pantang pun, bila anak tu menangis, akan ada yang cakap berilah makan sebab anak tak kenyang menyusu. Bila dalam hal ini, kita sebagai ibu pun mula rasa serba salah.
Kalau diikutkan pemberian makanan pejal kepada anak kurang dari 6 bulan boleh membahayakan nyawa anak itu sendiri. Mungkin dari awal tiada masalah tapi kesan untuk jangka panjang kita tak tahu.
Jadi ibu-ibu janganlah terlalu cepat nak bagi anak makan. Yakinlah susu ibu sebenarnya dah boleh mengenyangkan dan banyak khasiatnya. Walaupun kita rasa sikit tapi cukup sebenarnya untuk anak.
Perkongsian dari Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom untuk peringatan sema ibu boleh dijadikan peringatan bersama.
Niat Nak Bagi Bayi Kenyang, Tapi Akhirnya…
Saya sedang jaga mak mertua yang kurang sihat. Dengan Fatimah sekali. Mujurlah Fatimah ni sejenis yang dah biasa ikut ke mana pun, jadi dia baik-baik sahaja sejak semalam.
Kemudian, ada seorang pelawat yang datang dan tegur betapa ‘gebunya’ Fatimah.
Seperti biasa, soalan yang akan kerap ditanya “minum susu apa ni?”.
Mak mertua laju menjawab dalam keadaan lemah “Susu badan je. Dia ni cikgu mengajar menyusu. Kalau nak tanya, boleh tanya dia je..”, kata mak mertua tujukan pada anak pelawat tadi yang sedang sarat.
Saya macam selalu, terkuis-kuis malu.
Ads
Terus si ibu muda merangkap anak makcik itu tanya saya beberapa soalan tentang penyusuan. Saya cuba menjawab sehabis baik merujuk kepada setiap soalan beliau.
“Ala anak-anak saya semua dulu minum nestum masa sebulan..” sampuk si makcik tadi merangkap mak si ibu muda itu.
Bulat mata mak mertua saya. Segar terus muka dia yang dari semalam asyik baring sahaja.
“Minum nestum sebulan?”, tanya mak mertua saya sambil pandang muka saya. Sebagai seorang nenek yang pernah kehilangan cucunya, pandangan mak mertua saya tu jelas merisaukan.
“Bancuhlah cair-cair, lepas tu bagi minum air banyak-banyak”, kata makcik itu lagi.
Saya macam dah tak boleh berdiam. Selama ni saya memang bukan jenis berkongsi dengan semua orang yang saya tak kenal. Tapi memandangkan makcik tadi bakal menerima cucu dalam beberapa minggu lagi, saya terpaksa bersuara.
Ads
“Bahaya bagi macam tu. Usus bayi masih belum matang (apatah lagi baru sebulan jerit hati saya). Dan bagi air masak banyak pun bahaya. Boleh jadi intoxification nanti”.
“Elok je tak ada apa anak-anak semua”, jawab makcik tu.
“Dulu pun banyak kes juga yang melibatkan kematian tapi kita tak tahu sebab dulu tak macam sekarang (ada facebook belaka)”, jawab saya dengan nada masih berlembut.
“Ala.. yang jadi macam tu (mati) sebab salah bancuh. Dia tak bagi minum air banyak. Kalau bancuh cair-cair tak jadi macam tu..”
ALLAH.. Saya tidak mahu menyahut lagi dan terus diamkan diri. Saya tak nak jadi biadap.
Ini bukan soal dia beri susu apa pada anak-anak dia dulu. Tapi dia sedang cuba beritahu yang beri bayi berusia sebulan minum Nestum adalah OK sahaja.
Bagi anak minum nestum kepada bayi yang berusia sebulan adalah satu tindakan yang TIDAK WAJAR sama sekali dilakukan.
Ads
Mungkin saya tidak berjaya untuk educate makcik itu. Bukan tak nak teruskan perbincangan, tapi bila perbincangan bakal menjadi perbalahan, lebih baik saya mengalah.
Jadi saya menulis perkongsian ini dengan harapan ibu-ibu lain dapat belajar dan tidak cuba untuk merisikokan bayi masing-masing dengan memberikan nestum sebelum berusia 6 bulan walaupun nestum cair.
Air yang berlebihan boleh menyebabkan water intoxification berlaku.
Water intoxication berlaku bila bayi diberikan air melebihi keperluan tubuh badannya. Tubuh manusia mengandungi 70 – 80% air dan susu ibu atau FM mengandungi air dalam 85%.
Jika bayi kurang dari 6 bulan diberikan tambahan air masak selepas minum susu boleh menyebabkan kepekatan garam dalam darah cair. Dan bayi boleh mendapat sawan tanpa demam.
Dan memberi makanan pejal kepada bayi sebelum waktunya juga boleh merisikokan usus bayi yang belum matang. Usus bayi boleh tercedera atau tersumbat.
Jadi, sebelum perkara yang lebih buruk berlaku, ambillah langkah pencegahan. Bayi menangis bukan semestinya kerana lapar. Bayi menangis kerana itulah fitrahnya untuk berkomunikasi dan minta bantuan dari kita.
Jadi sebagai ibu dan ayah, lindungilah mereka dan jagalah hak mereka dari sesuatu yang kita tidak diingini berlaku kepada mereka.
Penggunaan puting tiruan atau pacifier menjadi pilihan kebanyakan mama dan papa akhir-akhir ini. Tapi pastikan anda fikir dua kali sebelum memberikannya kepada bayi.
Ramai mama papa yang memilih puting tiruan untuk menenangkan bayi. Diharapkan keputusan itu diambil setelah berfikir semasak-masaknya akan kesan yang mungkin akan berlaku.
PERTIMBANGKAN DAHULU
Kebanyakan bayi mempunyai refleks menghisap yang kuat. Ada bayi yang sudah pandai menghisap jari dan ibu jari sejak lahir lagi. Selain ia mimik hisapan kepada payudara, ia memberikan bayi keselesaan dan kelegaan. Sebab itu kebanyakan ibu bapa memilih untuk puting tiruan untuk bayi, malah ia menjadi barang wajib ada seperti mana lampin.
Adakah puting OK untuk bayi anda? Memang ia memudahkan anda dalam menenangkan bayi, mama papa perlu fahami risiko yang bakal dihadapi sekiranya bayi diberikan puting tiruan serta faktor keselamatan.
Mama papa perlu memahami kesan negatif menggunakan puting tiruan kepada bayi. Ia seharusya diberikan pertimbangan wajar kerana berkemungkinan memberikan pelbagai kesan negatif kepada bayi.
Mouthing reflex ialah keadaan apabila bayi suka memasukkan jari dan objek ke dalam mulut. Penggunaan puting sepanjang masa boleh mengganggu perkembangan ini.
#1 MENGGANGGU PENYUSUAN SUSU IBU
Memperkenalkan puting tiruan pada awal selepas kelahiran boleh mengganggu penyusuan susu ibu. Hisapan pada payudara, botol dan puting tiruan adalah berbeza.
Beberapa kajian yang dilakukan mendapati ada sesetengah bayi yang diberikan puting pada awal usia, penyusuan susu ibu mereka menjadi kurang kerap dengan sela masa yang lama antara setiap penyusuan. Ini menyebabkan penyusuan susu ibu tidak dapat bertahan lama.
Bagaimanapun, kajian terhadap penggunaan puting yang tidak terhad dalam bayi yang sihat dan lahir cukup bulan mendapati bahawa ia tidak memberi kesan kepada penyusuan.
#2 KEBERGANTUNGAN KEPADA PUTING
Bayi anda mungkin akan menghadapi masalah kebergantungan kepada puting. Bayi akan kurang selesa atau menangis jika puting tiada atau terjatuh. Bayangkan jika putingnya tertinggal atau hilang, tentu suasana jadi haru biru! Mood bayi juga akan terganggu.
#3 MENINGKATKAN RISIKO JANGKITAN TELINGA
Jangkitan telinga tengah kebanyakannya akan terjadi apabila bayi berumur enam bulan ke atas di mana kuman yang mungkin terdapat pada puting. Ia dinamakan otitis media.
#4 MENGGANGU PERTUMBUHAN GIGI
Penggunaan puting dalam masa yang lama boleh meningkatkan risiko masalah gigi si manja di mana sekiranya ia digunakan pada beberapa tahun awal usianya. Ia boleh menyebabkan gigi susu tumbuh tidak teratur atau sedikit terkeluar.
#5 MASALAH UNTUK CERAI PUTING
Ada sesetengah kanak-kanak bercerai puting pada usia 2 tahun dan ada yang lebih lewat sehingga empat tahun. Kebarangkalian timbulnya masalah untuk menceraikan puting adalah tinggi.
Walau bagaimana pun elakkan menggunakan kekerasan sebaliknya ambil pendekatan psikologi dengan memujinya bila dia boleh berenggang sebentar dengan puting kesukaannya. Dapatkan nasihat doktor jika usaha anda untuk memisahkan puting denga si manja menemui jalan buntu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak melahirkan Aafiyah, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengakui perasaan rindu sentiasa wujud ketika berjauhan dengan cahaya matanya yang kini berusia empat bulan.
Memandangkan teknologi hari ini serba canggih, Siti memberitahu dia menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengubat kerinduan tersebut.
“Rindu tu sentiasa ada. Kalau saya perlu hadiri program seni, memang teringat anak di rumah.
“Jadi, saya melihat dan memantau Aafiyah menerusi CCTV yang disambungkan terus ke telefon bimbit saya.
“Kalau nampak saya tunduk tengok telefon, maknanya saya tengah intai Aafiyah di rumah lah tu,” katanya.
Sementara itu, penyanyi lagu Comel Pipi Merah ini mendedahkan dua bulan pertama kelahiran Aafiyah merupakan antara pengalaman paling mencabar sebagai ibu.
Dalam tempoh tersebut, dia perlu membiasakan diri menjaga bayi yang masih kecil dan mengakui kitaran tidurnya sedikit berubah.
“Masa awal-awal dulu agak mencabar kerana perlu bangun tengah-tengah malam untuk menyusu dan menukar lampin.
“Waktu tidur pun berubah, tapi sekarang Alhamdulillah, semuanya sudah okay. Aafiyah tak banyak ragam dan mudah dijaga,” ujarnya.
Sumber: Mstar Online & ig Siti Aafiyah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Masa si manja tengah tidur, cubalah bercakap dengan dia. Cakap benda elok-elok.” Haaa…ibu-ibu sekalian pernah ‘tak’ dapat nasihat macam ini? Kalau anda melakukannya seperti yang dinasihatkan, adakah anda tahu kebaikan daripada perbuatan anda itu? Jom Hello Doktor ‘nak’ kongsikan.
Pupuk nilai positif ketika tidur
Bercakap dengan si comel anda ketika mereka sedang tidur adalah merujuk kepada perbuatan yang dipanggil sebagai affirmative sleep talking. Ia adalah seperti hipnosis. Bertenang, jangan fikir bukan-bukan. Ia bukanlah satu perkara yang menakutkan.
Apa yang dimaksudkan dengan affirmative sleep talking ini adalah anda membisikan kata-kata positif kepada bayi anda pada saat mereka melelapkan mata. Perbuatan ini pada asasnya dapat membantu minda untuk ‘berinteraksi’ dengan perkataan yang anda bisikan.
Bisikan seperti, “Besar jadi anak yang pandai”, “Mama sayangkan Husna” dan “Husna kena jadi budak baik” adalah antara kata-kata yang boleh anda bisikan kepada si manja anda.
Kaedah yang dianggap seperti terapi bicara ketika tidur ini adalah sesuai untuk diaplikasikan kepada anak anda ketika dia masih bayi sehinggalah dia berusia 12 tahun. Ia dipercayai dapat membentuk keyakinan diri pada anda dan membantunya untuk membesar menjadi individu yang lebih berdikari.
Manfaatnya
Beberapa manfaat lain yang akan diperoleh si manja daripada terapi ini adalah seperti:
-Meningkatkan kesedaran dan rasa disayangi
-Untuk kesihatan dan kesejahteraan dalaman
-Memperbaiki tingkah laku
-Menjadikan anak lebih tenang, bahagia dan teratur
-Membantu mempertingkatkan keupayaan bertutur
Cara melakukannya
Tempoh yang terbaik adalah selepas 40 hingga 50 minit pertama selepas mereka tidur. Ini kerana pada saat ini minda di bawah sedar masih terjaga dan terbuka untuk menerima sebarang kata-kata positif.
Peruntukkan masa sekurang-kurangnya 5 minit setiap malam secara berterusan. Ketika mereka sedang melelapkan mata, mulakan dengan pendekatan yang lembut, seperti membisikkan nama anak dengan perlahan-lahan
Lafazkan kepada mereka betapa anda sayangkan mereka, nyatakan betapa berharganya kewujudan mereka dalam kehidupan anda
Selepas itu anda boleh memulakan terapi ini dengan menyatakan perkara-perkara positif seperti, “Gosok gigi tu baik untuk gigi. Jadi Husna kenalah rajin gosok gigi. Lagi Mama bertambah sayang.”
Ulangi untuk menyebut nama mereka dua hingga tiga kali bagi mendapatkan perhatian mereka. Dalam masa yang sama untuk menyedarkan mereka bahawa anda sedang ‘bercakap’ dengan mereka
Pastikan anda memilih perkataan yang sesuai untuk menukar atau mengubah tingkah laku anak ke arah positif
Ulangi terapi ini sewaktu anak tidur untuk sekurang-kurangnya empat minggu. Ini kerana dikatakan tempoh tersebut adalah waktu yang terbaik untuk minda anak memproses dan menerima apa yang dibisikkan.
Tiada salah mencuba
Mungkin ada antara anda yang meragui keberkesanan kaedah ini. Namun, penulis sendiri tidak menafikan turut melakukan kaedah ini. Tidak ada rugi kalau kita mencuba. Ia mungkin dianggap sebagai satu perbuatan yang mudah. Tetapi hakikatnya ia memberikan satu perasaan yang kuat dan asas keyakinan yang tinggi dalam minda separuh sedar si manja. Selamat mencuba!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.