Sebelum ini media melaporkan Firma Guaman Eversheds Harry Elias LLP mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bercerai talak tiga dengan bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko.
Peguam, Koh Tien Hua, memaklumkan Sultan Muhammad V bercerai talak tiga pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang syariah.
Bagaimanapun di instagram Rihana Oksana semalam, dia telah memuat naik beberapa keping gambar anak lelakinya yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.
Sebelum ini dia banyak berahsia mengenai anaknya dan hanya berkongsi momen indah perkenalan dan di awal perkahwinan mereka.
Ads
Comelnya Tengku Ismail Leon!
Selepas Rihana Oksana memuat naik gambar anak lelakinya, ternyata ramai yang terpegun dengan kecomelan Tengku Ismail Leon yang kini dah mencecah usia 5 bulan.
Ads
Jelas wajahnya saling tak tumpah dengan Sultan Muhammad V. Dengan kulit putih gebu dan senyumannya yang manis boleh buat sesiapa geram dengan Tengku Ismail Leon ini.
Menerusi kapsyen yang ditulis Rihana Oksana di posting terbaru instagramnya dia memperkenalkan diri anaknya sebagai Ismail Leon serta memberitahu bahawa hero ciliknya itu amat menyayanginya.
Bayi menangis sampai ibu bapa tak tak tahu cara nak tenteramkan bayi. Bagi yang pertama kali bergelar ibu bapa, ada masanya anda mendapati sukar untuk memahami apa yang sebenarnya bayi perlukan. Betul tak?
Adakah sebab lapar, sejuk, bosan, tak selesa atau mahu dipeluk. Mungkin bagi ibu bapa yang tak biasa, tangisan bayi ini boleh membuatkan anda bimbang.
Ok kali ini perkongsian dari Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia dan juga penulis buku Mengapa Bayi Anda Menangis, Puan Uswatun Hasanah boleh membantu ibu bapa meredakan tangisan anak dalam tempoh yang singkat.
Bedung
Langkah paling penting. Sebab tu ni langkah pertama. Kenapa? :
Mereka akan terus menangis selama reflek ini tak ditutup.Reflek moro ini perlu dimatikan dengan menghentikan pergerakan luar kawalan bayi: -..dengan membedung.
Pegang Bayi Pada Sisi Dan Perutnya
Bayi tak pernah berbaring rata di belakangnya semasa dalam kandungan, betul tak?. Mereka terapung dan hanya berpusing-pusing dalam posisi sama ada mereka berbaring secara sisi atau terlungkup dengan kakinya dan lututnya sedia ada menekan perutnya selama 9 bulan.
Jadi, masa nak tenangkan bayi, cara pegang pun kenalah betul: pada sisi atau pada perut bayi sahaja. Gambar-gambar diatas hanya sebahagian contoh cara pegang.
Nak tengok cara pegang yang lain boleh ‘search’ video koleksi di Baby Language.
Buat Bunyi Shhh
Siapa yang tak tau lagi rahim adalah alam yang sangat bising? Angkat tangan cepat. Ye, sangat bising. Mencecah 70db: sama kuat dengan bunyi vakum pembersih rumah tu. Jadi, bayi resah dengan suasana sunyi sebab dah terbiasa hidup dalam bising.
Jadi, bila bayi mengamuk teruk, berilah bunyi yang lebih atau sekurang-kurangnya sama kuat dengan jeritannya. Ye la, kalau ‘slow’ sangat nanti dia cuma dengar jeritan dia sendiri je.
Mana pulak nak cari bunyi ni? Ha paling mudah kita buat sendiri la. Rapatkan mulut anda ke telinga bayi dan buat bunyi shhh sekuat mungkin. ‘Shhh’ ini hampir menyamai bunyi rahim.
Hayun/Goyang
Bukan ‘goncang’ ok. Kenapa nak hayun? Sebab bayi manusia dah 9 bulan terbuai-buai dalam perut ibu setiap saat ibu bergerak.
Jadi, setelah membedung-pegang bayi pada posisi betul, sambil shhh tu goyang la sikit bayi. Jangan la statik je. Sokong kepala bayi sepanjang masa. Boleh buat perlahan-lahan hingga bayi dah selesa dan tenang.
Hisapan
Ada tak imej ultrasound bayi anda sedang hisap jari?. Kalau takde, rasanya semua orang pun pernah nampak imej bayi menghisap jarinya semasa dalam kandungan, samada di internet atau dalam buku.
Kenapa nak hisap jari lagi kalau tali pusat tu memang dah 24 jam salurkan makanan tanpa henti?. Mestilah bukan sebab bayi lapar kan?. Sebabnya..alam dah ajar bayi: hisap lah..ia mententeramkan.
Jadi, jika bayi masih tak tenang dengan 4 langkah sebelum ini, berilah elemen ke 5 ini iaitu menghisap. Oleh kerana bayi bawah 4 bulan belum ada koordinasi otot penuh untuk hisap ibu jari sendiri, maka alternatif yang ada terhad kepada: payudara ibu, botol, jari bersih ibu dan puting tiruan (pacifier).
* jari ibu tu mungkin kedengaran tak senonoh buat sebahagian kita, tapi ketahuilah ia diamalkan sebahagian budaya lain jadi ia tetap satu alternatif..
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan nak cepat suruh bayi pandai berjalan, rupanya lagi lama bayi merangkak lagi bagus untuk perkembangan mereka. Asalkan bayi anda mempunyai tahap perkembangan yang normal dan sihat tubuh badannya, tak perlulah nak paksa bayi berjalan seawal usianya 9 bulan!
“Eh, anak you masih merangkak lagi? Anak I dah nak berjalan. Dia langsung tak merangkak pun,” dengan bangganya seorang ibu berkata kepada ibu yang anaknya asyik merangkak sahaja.
Ada ibu yang rasa berbangga bila bayinya tidak merangkak. Kononnya bila merangkak, bayi terdedah kepada risiko cedera dan tercekik kerana kemungkinan mengutip objek yang ditemui.
Hakikatnya merangkak adalah perkembangan yang baik kepada bayi. Ketahui kelebihan dan kebaikan kepada bayi.
1. Menguatkan leher, tangan, sendi dan otot.
2. Menguatkan otot besar dan kecil dan meningkatkan perkembangan motorik kasar dan halus.
3. Menunjang koordinasi mata dengan tangan, kekuatan, ketegangan otot, keseimbangan dan kemahiran jari.
4. Melatih kedua belah otak di mana pergerakan menyilang ketika merangkak dapat merangsang kedua belah otak atau kawasan yang berbeza pada otak. Ia sekaligus membantu mengkoordinasi penggunaan kedua belah mata, telinga, tangan dan kaki secara serentak.
5. Meningkatkan pengeluaran myelin di otak. Gerakan menyilang ketika merangkak membolehkan kedua belah otak berkongsi, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat penting dengan lebih cepat.
AKTIVITI MERANGKAK MENINGKATKAN PENGELUARAN MYELIN, BAHAN YANG MELAPISI SEL SARAF YANG MEMBANTU OTAK MENGHANTAR DAN MENERIMA MESEJ LEBIH CEPAT DAN JELAS. MERANGKAK AKAN MERANGSANG PULA BAHAGIAN OTAK ‘MENERIMA’ DAN ‘EKSPRESIF’.
6. Mengembangkan sambungan rangkaian saraf. Gerakan berulang-ulang saat merangkak merangsang, dan mengembangkan sambungan rangkaian saraf otak sehingga otak lebih berkesan dalam mengawal proses kognitif seperti pemahaman, kepekatan dan ingatan.
7. Membantu perkembangan dan pemahaman bahasa kerana bayi dirangsang menggunakan kedua telinga secara serentak dan mengembangkan pendengaran kedua telinga.
8. Merangsang kepekaan sentuhan, visual dan jarak jauh-dekat.
Jadi, biarkanlah si manja anda merangkak sepuasnya kerana ia sebenarnya salah satu cara pembelajaran yang terbaik untuknya selain dapat menguatkan segala otot-otot badannya sebelum dia mula belajar berjalan.
Seronok sebenarnya tengok anak dah pandai merangkak. Lucu dan menghiburkan aksi si comel masa mula-mula belajar merangkak dan bila dah semakin pantas dan laju merangkak.
Kalau anda nak tengok macam-macam aksi bayi merangkak, bolehlah saksikannya di Misfit 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semasa pertandingan Merangkak Challenge Pa&Ma pada 5 Ogos 2018
Dijangkakan seramai 50 orang bayi akan berentap merebut gelaran Jura Merangkak Challenge. Tentu meriah dan menghiburkan melihat gelagat bayi-bayi comel merangkak untuk mendapatkan papa dan mama masing-masing.
Bagi papa mama yang mempunyai bayi berusia 6 hingga 12 bulan, boleh rebut peluang memenangi hadiah barangan bernilai RM1000 untuk gelaran juara Merangkak Challenge dengan mendaftarkan nama anak. Mana tahu rezeki anak anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekejap masa berlalu, dah menginjak usia 10 bulan anak sulung kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Muhammad Bilal. Setiap keletahnya sentiasa menjadi tumpuan ramai apatah lagi selepas wajahnya dikongsikan oleh ummi dan abahnya kepada umum.
Baru-baru ini, akaun Instagram peminat Neelofa @lofa.page memuat naik semula satu InstaStory daripada selebriti berusia 33 tahun itu memaparkan dia bersama anak kesayangannya di dalam kereta.
Menerusi video tersebut, Bilal kelihatan sangat leka menonton siri animasi kanak-kanak popular dari Indonesia berjudul Riko the Series.
Difahamkan, Bilal gemar menonton siri bercorak Islamik yang terkandung bacaan pelbagai surah al-Quran itu sehingga mampu ‘melayan’ untuk sejumlah episod.
Ramai juga yang memuji Neelofa, bab anak dia begitu metitikberatkannya. Bermula dari Bilal dalam pantang lagi Neelofa menggunakan pelbagai pendekatan untuk perkembangan anak.
Bukan itu saja, cara tidur Bilal, penyusuan susu ibu dan pemakanan Bilal juga Neelofa banyak belajar daripada pakar yang khusus dalam bidang tersebut untuk memastikan anaknya membesar dengan baik.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat Neelofa memuji kecomelan Bilal yang amat fokus sambil mendengar bacaan surah sekali gus dititipkan doa agar menjadi anak soleh.
Anak soleh, lengkap pakej
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas Haris Ismail pada 27 Mac tahun 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari lalu.
Kegembiraan sebuah keluarga yang datang untuk berkelah bertukar menjadi tragedi apabila fenomena kepala air melanda secara tiba-tiba, meragut nyawa seorang wanita dan dua kanak-kanak...