Kehamilan

“RMCO Baby” Penantian Selama 8 Tahun Berakhir. Isteri Jehan Miskin Kini Sedang Hamil, Tahniah!

Share

Betapa bahagia dan gembiranya setiap pasangan apabila dimaklumkan tentang kehamilan yang pertama. Tambahan pula sudah menunggu agak lama untuk mempunyai zuriat sendiri.

Pelakon Jehan Miskin berkongsi berita gembira tentang kehamilan isteri tercinta setelah lapan tahun menjalani kehidupan berumah tangga bersama. Berita tersebut dikongsi Jehan sendiri menerusi akaun instagramnya.

Dengan kapsyen bertanda pagar ‘new adventures’ Jehan memuat naik sekeping foto dia dan isteri, Julie Camelia Rhee memegang gambar imbasan bayi.

Daripada kapsyen yang lain juga ternyata pasangan ini begitu gembiran atas kurniaan rezeki zuriat pertama tersebut. Menurut Jehan lagi, isterinya itu bakal melahirkan anak pertama mereka pada tahun hadapan.

Baca: “Perjuangan Mendapatkan Garis Dua Ga Sia-sia,” Tahniah Zaskia & Irwansyah! Bakal TImang Cahaya Mata Pertama Setelah 10 Tahun Menanti

Menjenguk ke akaun Instagram milik Julie, dia menyatakan bahawa tidak sabar untuk melalui fasa teruja, malu dan gembira sepanjang kehamilan ini.

Jelasnya dia dan Jehan tidak menyangka bahawa mereka bakal bergelar ibu dan ayah tidak lama lagi.

Dalam ruangan komen, rakan industri dan juga para pengikut turut mengucapkan tahniah buat pasangan ini.

Untuk rekod, Jehan dan isterinya, Julie telah berkahwin sekitar Mei 2013. Julie merupakan warganegara Korea Selatan dan kini sedang menetap di Kuala Lumpur.

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini, semoga Julie seronok dan teruja untuk melalui proses kehamilan yang indah ini dan semoga semuanya dipermudahkan buat mereka berdua!

Sumber: Oh Bulan & IG Jehan Miskin, Julierhee

Baca: Resepi Makaroni Bakar Bersama Bebola Daging Enak, Mudah Nak Buat Anak Makan Confirm Berselera!

Jangan lupa saksikan Episod 5, Journey Bersama JoviaNina pada Rabu 23 September 2020, jam 9 malam dan ulangan pada Ahad, 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

IKLAN