Jika bosan saban hari dengan nasi, apa kata kali ini kita sediakan pula Roti Burger Bolognese Cheese untuk anak-anak dan keluarga.

Bahannya sama seperti membuat sos Bolognese namun ia dimasukkan ke dalam roti. Anak lagi kenyang! Nak tahu macam mana nak sediakan roti bolgnese cheese ini, jom cuba resipi perkongsian Pn Rozita Daud ini. Sedap!

Roti Burger Bolognese Cheese, Puas Hati Makan Inti Sedap & Penuh, Perut Anak Pun Kenyang!


Roti burger bolognese cheese resepi ada di setiap gambar, saya dah halal resipi ni dunia mahu pun akhirat untuk semua ahli group ini.

 

Bahan-bahan:
Sos bolognese 1/2 boleh
2 keping daging burger ayam (hancur kan)
3 batang sosej(potong macam ni)
5 batang jejari ketam (potong macam ni)
1 biji sedang bawang besar (potong dadu)
3 biji bawang putih (ketuk cincang halus)
3 keping cheese tak ada dalam gambar

 

Roti Burger Bolognese Cheese, Puas Hati Makan Inti Sedap & Penuh, Perut Anak Pun Kenyang!

Tuang minyak 2 sudu besar dan tumis bawang dan bawang putih kejap, masuk daging burger dan masak cincang-cincang nanti berketul-ketul.

 

IKLAN

Masukkan sosej dan biar masak sekejap. Masuk sos bolognese dan jejari ketam. Kacau rata.

 

Masuk perasa sikit je dan sikit garam, kacau rasa dan masak sampai kering sikit.

Ni yang dah siap.

Untuk sapu atas bawah roti burger:
2 sudu marjerin pelangi
Sikit daun sup
2 ulas bawang putih (tumbuk halus)

Roti Burger Bolognese Cheese, Puas Hati Makan Inti Sedap & Penuh, Perut Anak Pun Kenyang!

IKLAN

Gaulkan saja bahan ni.

Roti Burger Bolognese Cheese, Puas Hati Makan Inti Sedap & Penuh, Perut Anak Pun Kenyang!

Roti burger potong 4, jangan potong habis nanti nak masuk isi, bawah roti pasti dah sapu marjerin dulu.

Roti Burger Bolognese Cheese, Puas Hati Makan Inti Sedap & Penuh, Perut Anak Pun Kenyang!

Masuk isi ikut nak banyak mana.

Roti Burger Bolognese Cheese, Puas Hati Makan Inti Sedap & Penuh, Perut Anak Pun Kenyang!

IKLAN

Siap sapu marjerin dan last letak cheese.

Roti Burger Bolognese Cheese, Puas Hati Makan Inti Sedap & Penuh, Perut Anak Pun Kenyang!

Bakar 150cc 10minit je.

Siap boleh makan dengan sos cili, mayonis dan cheese ikut kita suka.

Selamat mencuba!

Menarik: Resipi Ayam Goreng Serai Thai, Perap 30 Minit, Rasa Bukan Main Sedap

Roti Burger Bolognese Cheese, Puas Hati Makan Inti Sedap & Penuh, Perut Anak Pun Kenyang!

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI