
Anak-anak gemar makan roti telur? Apa kata mama cuba pula resipi yang ini. Dengan menggunakan cheese, boleh buat sesiapa saja jatuh cinta. Tak susah pun sebenarnya nak sediakan asal ada empat bahan ini.
Jika anak tak suka cheese tak ada masalah, boleh je nak letakkan telur saja. Semua itu -terpulang pada selera anak-anak. Boleh buat untuk sarapan, minum petang atau makan malam. Kena cuba dulu baru tahu kesedapannya macam mana.
Berikut disertakan resipi Roti Chessy Balut Telur Har Ryea. Mudah dan sedap! Jom kita buatt menu simple ni.

Roti Chessy Balut Telur
Bahan-bahan:
Telur 2 biji
Roti 2 keping
Cheese 2 keping
Sedikit Lada Sulah
Cara membuatnya:
👉🏻Pukul telur dengan sedikit lada sulah.
👉🏻Dadarkan telur dalam kuali leper.
👉🏻Letakkan 2 keping cheese di atas telur dadar.
👉🏻Kemudian letakkan roti di atas cheese tu..

👉🏻Mula lipat telur dadar dr tepi kuali dan tutup roti & cheese.
👉🏻Terbalikkan buat seketika.
👉🏻Siap, dah boleh angkat
👉🏻Potong & makan panas-panas. Sedap sangat!👍🏻
Kredit: Har Ryea
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mudahnya Masak Kek Sarang Semut Guna Periuk Nasi, Blender Dan Tekan Button Sahaja, Awesome!

Kita selalu memikirkan sukarnya hendak menyediakan kek di rumah kerana tiada kelengkapan seperti oven dan sebagainya. Hakikatnya dengan daya kreativiti kita sendiri, kek berjaya dihasilkan malah sama cantik dan gebu persis kek biasa.
Kek menggunakan periuk nasi ini sekali lagi ditunjukkan oleh pemiliknya, Puan Hayati Ismail buat semua penggemar kek sarang semut. Memang terbaik malah menghasilkan sarang yang cukup hebat. Jom cuba kek mudah ni!

Ni 2nd time sis buat kek sarang semut guna rice cooker. Sebelum ni tak sempat nak tunjuk gambar yang dah potong. Masa tu ramai yang tanya jadi tak sarang semutnya siap minta photo. Sedih nak jawab sebab masa tu keknya semua dah abis masuk perut. Hari ni sis buat sekali lagi ambik gambaq siap-siap.
Sarangnya jadi tapi sis seram tengok lobang-lobang tu. Jadi sis potong sikit je macam tu, yang lain sis potong menegak, baru tak seram nak makan. Saya dah add photo resepi, cuma tambah kan satu sudu kecil essen vanilla ya.
Resipi wajib cuba: Roti Pota Homemade Style Versi Mudah, Sedap Macam Beli Di Pasar Malam!
Ramai tanya macam mana cara guna rice cooker. Sis edit sini cara-cara buat ya. Untuk info, semua bahan sis blender. Bila dah sebati masukkan gula caramel blend sekejap je. Lepas tu terus masuk bahan dalam rice cooker, tekan button. Nanti button akan naik, tunggu 5 minit, tekan balik. Ulang buat sampai 5 kali tekan. Lebih kurang 45 minit sis masak.Selamat mencuba semua.
Bahan-bahan:
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
125gm butter
4 biji telur gred B
Setengah tin susu pekat
1 sudu besar baking soda (wajib)
1 sudu esen vanila
Ni lah periuk nasi yang saya guna. Sebelum ni cuma tahu periuk ni boleh masak nasi je.
Panaskan gula api sederhana sehingga hangus tapi bukan hangit ya.
Bila nampak keperangan, tuangkan air panas tadi sikit demi sikit. Sampai habis. Then perlahankan api sampai gula hangus tadi dan air sebati. Kemudian masukkan butter, kacau dan biarkan seketika.

Masukkan 4 biji telur ke dalam mangkuk. Kacau sebati dengan susu pekat. Kacau untuk sebatikan saja.
Masukkan tepung dan baking soda. Kacau sebati.

Kemudian tuangkan air gula hangus tadi (ketika masih suam-suam) ke dalam adunan sambil kacau sehingga habis.
Griskan rice cooker. Kemudian tuangkan adunan ke dalam. Tekan button memasak.

Biarkan kek masak sendiri. Tekan lagi button hingga masak.
Masa ni semerbak satu rumah bau nya.

Tadaaa.. ni lah kejadian selepas keluarkan kek sarang semut dari rice cooker.
Resipi wajib cuba: Cantik Sangat Onde-Onde Bunga Telang, Kukus Sekejap Kelapa Parut Kalau Nak Onde-Onde Tahan Lama!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi Sate Paling Simple Nak Buat! Rasa Sedap Hidang Masa Raya, Anak Pun Suka!

Selain rendang, ketupat dan lemang, sate juga turut digemari untuk dijadikan juadah ketika musim perayaan. Orang kata renyah sikit nak buat sate ni, tapi perkongsian yang dibuat oleh Mufidah Jamil menerusi laman Facebook Makan Apa Hari Ni (MAHN) mudah untuk penggemar sate ikut dan buat sendiri di rumah.
Yang penting boleh makan sampai puas dan cukup untuk seisi keluarga. Selamat mencuba!
“Assalamulaikum dan selamat pagi,sebelum kak pida bergelut di dapur untuk menyiapkan sajian #Sate untuk open house hari selasa ini…kak pida kongsikan resepi sate cara kak pida yg paling simple…Bila buat sendiri memang jimat separuh tau dari kita tempah tetapi agak penat sikit ok boleh tengok langkah-langkah seperti yg kak pida tunjukkan boleh cuba buat sate daripada air tangan sendiri selepas ini apa lagi sekarang musim open house kan…boleh la saji untuk para tetamu atau makan bersama famili nanti
1. Seekor ayam anggaran berat 2 kg.

2. Tips. Boleh guna salah satu atau ketiga-tiga bahan ini untuk mencuci daging ayam bagi hilangkan bau hanyir dan memastikan ayam bersih suci.

3. Kulit ayam yang diasingkan daripada isi ayam…jangan buang tau boleh selitkan bersama isi ayam bila cucuk sate nanti….sedap bila ada rasa lemak-lemak sikit kulit ayam ini boleh direbus untuk melembutkannya bagi senang masa proses menghiris dan cucuk nanti.

4. Ini hasil lepas direbus…toskan

5. Isi ayam yang telah siap dihirisi.

6. Racik halus serai,halia dan lengkuas…anggaran dalam:-
Serai 6batang
Halia 45gm
Lengkuas 45gm

7. Hasil serai, halia dan lengkuas selepas diblander…halus macam ni. Masukkan dalam isi ayam.

8. Gaulkan Gula,serbuk kunyit,garam dan perasa tambahan bersama isi ayam. Anggaran :-
Gula: 2 1/2 @ 3cawan gula ikut tahap kemanisan yg dikehendaki.
Garam 1 sudu kecil kfc.
Perasa tambahan 1 sudu kecil kfc.
Satu senduk serbuk kunyit.

9. Siap segala perapan sate…sedia untuk dicucuk juga boleh dibiarkan semalam sebelum dicucuk untuk mesrakan segala bahan perapan.

10. 2 kg ayam boleh dapat 75 cucuk +-

sumber: Mufidah Jamil (MAHN)
Resipi wajib cuba: Resipi Rendang Kerang Sedap, Makan Time Raya Cicah Dengan Ketupat. Memang Padu!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sup Ikan Berkhasiat Untuk Otak Bayi, Kaya DHA, Ibu Bolehlah Selalu Masak Untuk Anak Makan

Sup ikan berkhasiat untuk otak bayi, kaya DHA, ibu bolehlah selalu masak untuk anak makan. Sup ikan memang baik untuk bayi. Sarat dengan DHA. Anda boleh mengikuti resepi daripada ibu ini untuk menyediakan sup ikan yang mesra bayi.
Sup Ikan Berkhasiat Untuk Otak Bayi, Kaya DHA
Ibu-ibu amat teliti dalam pemilihan sajian untuk bayi. Oleh itu, sediakan sajian daripada bahan yang kaya DHA (asid dokosaheksaenoik). Ia adalah nutrien penting yang diperlukan untuk perkembangan otak selain daripada zat besi, zink dan asid folik.
DHA merupakan sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh. DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Kajian yang dijalankan mendapati bayi berusia enam bulan sehingga kanak-kanak dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.

Puan Siti Nur Ezzah Zaini telah berkongsi resepi Sup Ikan Merah untuk bayinya, Muhammad Aidil Zhafran Mohd Nazri. Jom kita ikuti apa bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya.
Ibu Bolehlah Selalu Masak Untuk Anak Makan
BUBUR SUP IKAN MERAH
Bubur nasi-masak secara berasingan
BAHAN-BAHAN UNTUK SUP IKAN MERAH
Isi ikan merah
Bawang holland
Lobak merah
Sawi
Daun sup
Kentang
Sawi
Chicken bone broth (dalam bentuk kiub)
Mix herbs
Minyak zaitun (extra virgin)

CARA PENYEDIAANNYA
1.Tumis bawang holland dengan minyak zaitun smpai kekuningan.
2.Kemudian masuk kentang, lobak merah dan mix herbs untuk naikkan bau wangi sup.
3.Tambah air sedikit dan masukkan kiub chicken bone broth.
3.Bila sup mendidih, baru masuk isi ikan merah, sayur sawi dan daun sup. Siap sup ikan merah.
4.Kemudian ambil isi dalam sup dan kisar.
5.Campurkan ia dengan dengan bubur yang sudah siap kisar. Gaul rata dan tambahkan sup ikan merah sebagai kuahnya. Siap untuk diberikan kepada bayi!

SUKA BERIKAN IKAN KEPADA ANAK
“Kita sebagai orang dewasa pun perlu lebihkan makan ikan berbanding ayam. Contoh ikan yang baik ialah salmon. Ikan adalah sumber protein semula jadi yang elok diambil.
“Saya akan selang selikan penggunaan antara ayam dengan ikan untuk penyediaan sajian anak. Isi ikan lebih lembut berbanding ayam menyingkat masa penyediaan dan memudahkan bayi menghadamnya,” kata Siti Nur Ezzah.
6 INFO IKAN KEPADA BAYI:
*Ikan berminyak seperti tuna , sardin, halibut dan salmon adalah sumber terbaik untuk omega-3 yang sihat.
*Tetapi sardin tidak praktikal untuk memberi makan kepada bayi, dan halibut dan tuna lebih tinggi dalam merkuri.
*Salmon adalah sumber terbaik DHA (asid lemak omega-3) dan ikan paling sihat untuk si manja.
*Berikan bayi anda ikan yang mengandungi merkuri rendah.
*Ikan merah ialah ikan yang berkalori rendah dan sumber protein yang baik. Sarat dengan selenium, vitamin A, potassium dan omega-3.
*Selain itu, ikan mackerel (ikan kembung) ialah antara ikan yang kaya dengan omega-3. Ikan kembung juga kaya protein, vitamin B terutamanya vitamin B12.
Bagaimanapun untuk memastikan bayi mendapat nutrien penting untuk tumbesarannya, pastikan anda memberikan ikan secara sederhana. Jangan lupa pastikan si kecil mendapat makanan yang seimbang dari semua kategori makanan dalam piramid makanan.
Baca artikel lain juga: Tak Perlu Asyik Nak Suap Anak Makan, Biar Anak Explore, Gunakan Kaedah Baby Led Weaning!
Mama Hati-hati Beri Anak Makan Buah-buahan Kecil, Doktor Kongsi Tip Elak Tercekik
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


